Blogroll

Saturday, December 31, 2011

Wanita Malaysia Kuat Curang

Tahukah Anda Wanita Malaysia Kuat Curang
Tidaklah semua, tetapi sebahagian wanita Malaysia mempunyai kecenderungan untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.
Melalui Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011 mendedahkan 39 peratus wanita Malaysia mengakui mereka pernah curang terhadap pasangan masing-masing.
Manakala, hanya 33 peratus lelaki Malaysia memiliki sikap yang sama.
Secara keseluruhan, tanpa mengira jantina pula, Malaysia berada di tangga ketiga paling ramai pasangan yang curang.
Di atas Malaysia adalah negara Thailand dan Korea selaku juara dan naib juara bagi jumlah pasangan yang kuat curang.
Kajian itu melibatkan 36 buah negara dan dilancarkan November lalu.
Fakta-fakta lain hasil kajian berkenaan ialah;
- Rakyat Amerika Syarikat (AS) paling aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115
kali).
- Rakyat Malaysia merupakan antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69).
- Secara keseluruhan tanpa merujuk mana-mana negara, kajian itu turut mendapati bahawa pasangan tidak berkahwin yang hidup bersama melalukan seks sebanyak 146 kali setahun.
- Manakala, Pasangan berkahwin membuat hubungan seks sebanyak 98 kali setahun.
- Empat peratus daripada responden yang ditemuramah mengakui melalukan hubungan seks setiap hari.
- 57 peratus melakukan seks paling kurang sekali seminggu.
- Secara umum, masyarakat serata dunia lebih rela keluar bergembira bersama rakan daripada melakukan hubungan seks. Hampir satu perlima atau 22 peratus memilih rakan
daripada seks dengan pasangan (19 peratus) manakala 10 peratus lagi memilih untuk bersukan atau keluar membeli-belah.
* Sekadar Gambar Hiasan

Saturday, December 3, 2011

Daftar bantuan RM500 dibuka 10 Disember

Pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Sehubungan itu, pembayaran bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan.
Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.

KENALI KARAKTER MELALUI STATUS FB

Mungkin korang selalu baca dan komen status kawan-kawan anda bukan?tapi tahukah anda yang status seseorang itu melambangkan karakter dirinya yang sebenar?? antaranya..

1. Kaki update
Orang jenis macam nih kat mana-mana je akan selalu update status. Status selalunya tidak terlalu panjang tapi kerana terlalu sering membuat rakan facebook lain terasa rimas jugak kerana hal-hal yang tidak penting di-post. Contoh: ” Tengah korek-korek bontot, korek-korek shiooom~ ”

2. Melankolik
Biasanya selalu meluahkan perasaan di status. Tujuannya? Mungkin kerana ingin diberi banyak komen dari teman-temannya atau hanya ingin sekadar meluahkan rasa isi hatinya di facebook. Biasanya orang jenis ini menceritakan kisahnya dan kadang-kadang bertanya mengenai diri dan lebih kepada bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi daripada orang lain.

3. Tukang mengeluh
Dari pagi siang, petang, malam, subuh, dan bersambung esok harinya mengeluh. Peliknya, ada je bahan-bahan yang nak jadi keluhan. Eh? Korang jangan lak nak mengeluh lepas baca nih! haha. Kalau korang mengeluh, korang le tu kan?

10 TANDA PASANGAN MULAI CURANG

Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!!!
Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.
Menghabiskan masa banyak ditempat kerja- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.
Tidak berminat dengan persekitaran dirumah- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...