Blogroll

Thursday, October 31, 2013

MANA SATU PILIHAN ANDA



Lwn

Aksi Perlawanan Akhir Watson Piala Malaysia 2013 akan berlangsung pada malam 3 November bagi mengetahui pasukan manakah yang akan merebut gelaran Juara Piala Malaysia Watson 2013.

Dengan kemenangan yang dilakar sekali gus menemukan dua pasukan pantai timur itu di pentas final yang dijadualkan berlangsung pada 3 November ini dan Stadium Shah Alam di pilih sebagai venue perlawanan akhir. Lebih manis lagi, impian Pahang untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai selepas menanti selama 16 tahun

Kelantan pula selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan tersebut yang dilakarkan pada musim lalu

Melihat kepada statistik rekod perlawanan antara Kelantan dan Pahang sebelum ini, keputusan lebih memihak kepada pasukan Kelantan. Apapun rekod tetap rekod, sejarah tetap sejarah. Itu cerita dulu, Pahang yang kini bukanlah seperti dahulu kerana mempunyai pemain yang sungguh lasak seperti Azamuddin Akil (Alex) tetapi perlu diketahui juga Kelantan bukan ala-ala punya pasukan, kerana pasukan ini tidak pernah terlepas peluang untuk masuk ke Separuh Akhir tiap kali Kempen Piala Malaysia bermula.

SUMBER : http://live-radio-streaming.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...