Blogroll

Friday, October 31, 2014

Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Wednesday, October 29, 2014

AWAS SI PENCURI WIRELESS !!!

Anda risau wireless anda di crack atau di hack oleh mereka disekitar anda? Anda merasakan speed internet anda tak macam dulu sebab ada yang mencuri wireless korang? Dah laa pakai kelajuan 1Mbps, orang curi atau “share” pulak wifi. Tu yang jadi slow tu. Jadi, AWAS si pencuri Wireless!!. Ada penyelesaiannya. Mula-mula jika anda nak tahu wireless anda sedang digunakan oleh pihak ketiga, sila lihat lampu signal wireless di modem. Dan jangan ON kan sebarang gajet anda yang gunakan wireless. Jika ada berkelip-kelip, maka ada mereka yang gunakannya. Jika stabil sahaja, maka ia normal kerana tiada wireless connection dari anda.
Dengan modem TM D-Link DIR 615 yang disediakan UniFi, anda boleh lakukan sesuatu. Login ke page D-Link unifi dan klik Status dan seterusnyaWireless.
Dari sini anda dapat lihat berapa devices atau gajet yang berhubung dengan wireless router anda. MAC address dan IP Address dikesan. Nak confirm kan MAC address anda, boleh SEMAK MAC ADDRESS DISINIJadi, jika anda dapati terdapat MAC Address bukan kepunyaan anda, maka anda boleh block devices atau gajet tersebut. Anda boleh klik Advance danAdvance Wireless.
Dan di bahagian Wireless MAC Filter, anda boleh block MAC Address yang tidak dikenali yang mungkin anda detect sebagai ‘penceroboh’. Ini adalah cara yang lebih kurang sama dengan FILTER RULES dalam entry Cara Block dan Unblock Website dan PC. Jadi terlerailah persoalan Executive MAS Cargo mengenai kenapa perlu tahu MAC Address sesebuah devices.
Satu lagi cara adalah dengan anda tukarkan setting Wireless kepada HIDE. So, connection wireless adalah disembunyikan. Ada beberapa router sekarang yang compatible dengan UniFi, contohnya ASUS. tapi configuration kena tengok manualnya sendiri la. hehehee
Sumber :http://shakiddo.com/

AL-FATIHAH


Saturday, October 25, 2014

APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?

Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Thursday, October 23, 2014

KOD E DALAM MAKANAN

Bismillahirahmannirahim..
Pengenalan tentang kod ‘E’
E- bererti EC (European communities)
E-Kod nombor yang diberikan kepada bahan-bahan additif dalam makanan. Sebahagian ‘Kod E’ ini diharamkan di sesetengah negara. Di United Kingdom kod emulsifiers yang tidak disertai dengan huruf E juga diterima tetapi tidak dibenarkan di sesetengah negara lain.
 ‘Kod E’ ini dikategorikan sebagai berikut:-
 ‘Kod E’ Additif Makanan
100-180 Pewarna
200-252 Preservatif
260-297 Pengasid (Acidities)
300-385 Anti oksidan
400-429 Penebal (Thickeners)
430-499 Emulsifiers
620-640 Penggalak Rasa
950-967 Pemanis
Status Halal:
Status Halal hanya diberikan kepada bahan-bahan (ingredien) yang diperolehi 100% bahan mentah yang halal tanpa menggunakan alkohol (arak). Ia adalah bahan berasal dari bahan tumbuhan dan kimia.
Haram:
Bahan yang diperolehi daripada sumber binatang atau menggunakan sumber arak. Semua binatang yang tidak disembelih mengikut Islam juga haram meskipun ia binatang yang halal dimakan kerana nama Allah tidak disebut semasa penyembelihan. Kesemua produk hasilan (by product) yang tidak disembelih juga dianggap haram. By product daripada Khinzir juga haram.

Masybuh atau Syubahat (Ragu):
Status syubahat diberikan kepada Kod E sekiranya sumbernya tidak diketahui sama ada dari tumbuhan atau binatang serta kekurangan maklumat tentang penggunaan bahan asas yang bersumberkan arak. Ada setengah negara tidak mensyaratkan bahan proses pembantu yang dimasukkan bahan pengawet dsbnya.

KOD E YANG HARAM :
Bahan-bahan E di bawah dikira sebagai Haram:
1. E 120: Cochineal (warna merah dari serangga) mengikut Mazhab Hanafi
2. E 441: Gelatin, jika sumber dari khinzir
3. E 542: Edible Bone Phosphate jika sumber dari khinzir

Maklumat di atas cukup berguna untuk barangan makanan yang diimpot. Bagi makanan keluaran tempatan, sila semak dengan pengeluar. Kebiasaannya negara kita mengikut British atau American Standard untuk tujuan coding atau measurement. Adalah dinasihatkan menyemak terlebih dahulu jika kurang yakin.
Amaran: Tidak semua bahan adalah 100% asli. Bahan tersembunyi atau bahan pembantu pemerosesan juga ditambah untuk membantu menyurai, mencampur atau memproses bahan makanan dalam sesuatu sistem makanan. Kebiasaannya bahan tersembunyi ini tidak dicatatkan bersama bahan-bahan yang digunakan dalam makanan sebagaimana yang tertera pada pembungkusan produk kerana ia di bawah peratusan kurang dari 2% yang dibenarkan. Makanan impot umpamanya Beta Kerotin tidak 100% tetapi hanya 98% dan 2% lagi mungkin minyak sayuran atau gelatin ikan. Inilah masalah kita yang perlu kita sahkan bahan tersembunyi yang perlu dipantau oleh JAKIM terutamanya pengeluar bukan Islam.

Diharapkan maklumat ini berguna untuk anda menyemak ingredien pada makanan yang diimpot dan juga tempatan.
Halal Kod Name Category
? E100 Curcumin/Turmeric Color
? E101 Riboflavin (Vitamin B2) Color
? E102 Tartrazine Color
? E103 Chrysoine Resocinol This is coloring E-Number but Halal only if the solvents are Halal
? E104 Quinoline Yellow Color
? E105 Fast Yellow AB A coloring agent, Halal only if the solvents are Halal.
? E107 Yellow 2G Colors
? E110 Sunset Yellow FCF / Orange Yellow S Color
X E120 Cochineal / Carminic Acid Color

Sunday, October 5, 2014

HARI RAYA HAJI 2014


Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2014 disambut dengan serba sederhana dengan rasa penuh kesyukuran. Alhamdulilah semua ahli keluarga dapat pulang ke rumah kedua ibu bapaku kecuali adikku yang berkhidmat di Perak. Pada tahun ini, ibuku telah melaksanakan korban. 

Semoga pada tahun hadapan sambutan yang lebih meriah dapat dilakukan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...