Blogroll

Showing posts with label myfamily. Show all posts
Showing posts with label myfamily. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

SAMBUTAN ULANG TAHUN DARWISY




SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-6 TAHUN BUAT ANAKANDA KETIGA

MUHAMMAD AMIRUL DARWISY

SEMOGA MENJADI INSAN YANG BERIMAN DAN BERTAKWA SERTA DIKURNIAKAN USIA DAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN.

Thursday, November 27, 2014

TAHNIAH DAN SYABAS


DIUCAPKAN BUAT ANAK SAUDARAKU  
AHMAD AZRI BIN KAMARUDIN 
YANG BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN 
DI KOLEJ POLY TECH MARA

HAPPY BIRTHDAY TO YOU



BUAT CUCU TOK LONG
SEMOGA DIPANJANGKAN USIA DAN DIMURAHKAN REZEKI

Sunday, October 5, 2014

HARI RAYA HAJI 2014


Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2014 disambut dengan serba sederhana dengan rasa penuh kesyukuran. Alhamdulilah semua ahli keluarga dapat pulang ke rumah kedua ibu bapaku kecuali adikku yang berkhidmat di Perak. Pada tahun ini, ibuku telah melaksanakan korban. 

Semoga pada tahun hadapan sambutan yang lebih meriah dapat dilakukan.


Friday, September 19, 2014

TAHNIAH

TAHNIAH BUAT ANAK SAUDARA 
SYAFIQ
YANG BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN DI
ALAM


Monday, March 24, 2014

ROMPIN FEST 2014





Rompin Fest kembali lagi. Ianya diadakan pada 23 hingga 30 Mac 2014. Pelbagai acara turut direncanakan oleh Majlis Daerah Rompin. Seperti biasa aku membawa keluargaku ke Rompin Fest ini untuk mengisi cuti persekolahan. Semua atas permintaan anak ketigaku yang baru pulih dari demamnye...
Namun yang menyedihkan terdapat mini kasino di pesta pantai ini yang mana ku lihat ramai orang MELAYU riang ria mempertaruhkan wang untuk mendapatkan hadiah yang tidak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan dosa yang mereka lakukan tanpa mereka sedar..

Sunday, March 9, 2014

LELAH LAGI....

Hari ini anak ketigaku mengalami lelah yang sudah lama tidak dialaminya. Namun akibat jerebu yang melanda sepanjang 2 minggu ini masalah penafasannya terganggu sehingga anakku lelah. 
Walaupun aku telah mengambil langkah dengan memakainya penutup mulut namun sudah menjadi kerenah kanak-kanak penutup mulut itu sekadar hiasan baginya. Walaupun begitu aku bersyukur kerana lelah anakku ini tidak membahayakannya. Alhamdulilah...

Friday, August 30, 2013

SELAMAT ULANG TAHUN ANGAH

Hari ini aku telah mengadakan sambutan hari lahir buat anak keduaku yang ke-8 tahun. Walaupun sambutannya cukup kecil tapi bagiku ianya bermakna dalam kesibukanku dengan tugasan seharian seorang pendidik.

SELAMAT HARI LAHIR ANGAH (NUR AYUNI BATRISYIA)
SEMOGA MENJADI MUSLIMAH YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT SERTA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.



Sunday, January 27, 2013

SEJENAK BERSAMA YB DATO HJ HUSAM MUSA




Kehadiran YB Dato Hj Husam Musa di majlis perkahwinan adik iparku Rosmawati binti Ramli pada bulan Disember 2012 yang lalu telah memberi kesempatan kepada bapaku serta abang iparku untuk mengenali lebih dekat YB Dato Hj Husam Musa.

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI LAHIR DARWISY


SELAMAT HARI LAHIR,
SELAMAT HARI LAHIR,
SELAMAT HARI LAHIR DARWISY
SELAMAT HARI LAHIR....

25 JULAI 2012

UJIAN PERTAMA


Ujian untuk beralih dari tali pinggan putih ke kuning. Anak keduaku Nur Ayuni Batrisyia yang berumur 7 tahun menangis sebelum ujian kerana takut untuk berhadapan dengan penilai kerana pada fikirannya ujian ini dilakukan secara solo. Tetapi sebenarnya, ia dilakukan secara beramai-ramai. Kan sia-sia saja air mata tu....Apa2 pun sekarang mereka berdua sudah memiliki tali pinggang berwarna kuning. TAHNIAH buat anak2ku...

Tuesday, September 20, 2011

Tahniah Along


Alhamdulilah, anak sulungku berjaya juga menjadi pemenang Kuiz Jejak Maklumat anjuran Pusat Sumber Sekolah. Penat lelahnya membaca dan mencari maklumat kepada soalan yang diajukan berbaloi jua. Ku harap ini menjadi pembakar semangat kepadanya untuk menjadikan amalan membaca ini suatu kemestian demi menuntut ilmu akhirat dan duniawi. Sebagai seorang bapa aku berbangga dengan kejayaan anak sulungku ini.

Monday, September 5, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR BATRISYIA


Sambutan majlis hari lahir anak keduaku telah diadakan pada malam raya pertama. Suasana cukup meriah dek kerana ramai saudara mara yang pulang beraya. Walau bagaimanapun kerana banyaknya juadah sempena hari raya maka kek yang dibeli juga tidak kehabisan. Semoga anak keduaku ini dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan akhirat.

Thursday, July 28, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR DARWISY






Sambutan diadakan di KFC Rompin pada 25 Julai 2011 bagi meraikan ulangtahun kelahiran anakku yang ketiga. Majlis yang diadakan hanya dihadiri oleh Pn. Norhayati Abdul Rahim, jiran rapat dan Pn. Norhayati Isa yang turut meraikan kejayaan anaknya Mohamad Hafizzudin Jamaludin yang memperolehi 5A pada percubaan UPSR. Namun begitu majlis ini, hilang serinya kerana isteriku tiada kerana menghadiri kursus PJ di Temerloh.

Monday, July 4, 2011

Kajayaan Anak Keduaku

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Larian serentak 1 Murid 1 Sukan dan 1 Malaysia yang telah diadakan pada 2 Julai 2011 di seluruh negara telah mengundang anak pertamaku turut serta walaupun hanya murid tahap 2 sahaja yang diwajibkan. Namun dek kerana tugasku pada hari itu maka anak sulungku turut menyertainya bersama rakannya yang juga merupakan anak-anak rakan setugasku. Begitulah kehidupan anak seorang guru kecil.

Sunday, June 19, 2011

Buat ayahandaku yang amat kusayangi dan kasihi RAZAK BIN HAJI BAKAR.
Sesungguhnya beliau seorang bapa yang amat tegas namun penyayang.
Dek kerana ketegasannya itulah  aku jadi sepertimana sekarang. 
TERIMA KASIH ABAH.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...