Blogroll

Friday, October 9, 2009

Peliknya Manusia

PELIK YA, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila dibawa ke pasaraya.

PELIK YA, 30 minit terasa lama untuk berzikir, tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

PELIK YA, tak sampai 30 minit mendengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua puluh 24 jam.

PELIK YA, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasat tidak sabar-sabar nak pergi membeli belah, tetapi dengan laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK YA, pasar malam jauh sanggup nak kereta pergi, tetapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau bersolat, tetapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tetapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaan lama dan panjang.

PELIK YA, rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tetapi majalah hiburan dan novel best seller 1000 halaman habis dilahap.

PELIK YA, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

PELIK YA, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK YA, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang dilayang di internet, tetapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

PELIK YA, kita boleh mengirim ribuan jenaka dan surat berantai dalam emel dan sms, tetapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

PELIK TAK KITA...... ?
Tepuk dada ..... tanyalah iman di hati

Thursday, October 8, 2009

cicak yang HEBAT

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata.Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.Pertandingan memanjat pokok pinang.

30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan.

Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas.

Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.

Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali.

Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.

Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN :-Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

KUNCI KEJAYAAN

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmu
Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan sertakasih-mengasihi sesama manusia.

6) Kenali diri
Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8) Iklankan matlamat
Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)

Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

Wednesday, October 7, 2009

Kerana KITA LEKA

Mungkin kita leka hari ini,
Seringkali bila benda terlepas dari gengaman,
Ucapan "ooopsss" mendahului "Allah",
Tak kala perut yang lapar sudah berisi,
"Ha .... kenyang" mengatasi "Alhamdulilah",

Bila diri terpegun dengan keindahan dunia,
"SubhanaAllah" tertutup oleh "cantiknya".... ,
Ada masanya berita kematian mengunjungi,
Kasihannya .... terucap juga,
Kerana kita lupa kepada "Inna Lillahi
wainna Ilaihi Rajiun" ....

Kadang kala kita lupa,
Kadang kala kita sengaja,
Mungkin kerana terbiasa.

Namun teman .....
Walaupun kita lupa, sengaja, suka atau terbiasa,
Berhati-hatilah ......

Agar .....
Bila nama Izrail tiba membawa berita,
Ucapan "Lailahaillah" ..... kau tetap juara,
Mengatasi segala kata-kata,
Inilah, inilah, inilah ...... kerana kita leka,
Hari ini, esok, lusa dan SELAMANYA ....

Tuesday, October 6, 2009

KITA Sebenarnya....

Kita sebenarnya.....
Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
Lebih suka lepak, tidur, menonton tv daripada sembahyang.
Lebih kenal artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah.
Lebih suka menyebut hello daripada Assalammualaikum.
Lebih suka nyanyian rap daripada wirid atau tahmid.
Lebih suka memuji manusia daripada Allah.
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama.
Lebih suka ke konsert dan karaoke daripada ceramah agama.
Lebih suka mengumpat daripada memuji.
Lebih suka mencarut, @#*!! Daripada menyebut MasyaAllah.
Lebih suka kemungkaran daripada kebaikan.
Lebih berbangga dengan kejahilan daripada syukur dengan keimanan.
Lebih cintakan urusan dunia daripada akhirat.

Tetapi bila orang Tanya arah tujuan kita, kita akan jawab .....
Kita sebenarnya .....
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
TETAPI layakkah kita dengan syurga milik ALLAH ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...