Blogroll

Sunday, February 14, 2010

Delete Akaun Facebook

Ternyata mendelete account facebook itu tidaklah mudah.Berikut adalah langkah yang benar bagaimana mendelete akaun facebook kita (tidak hanya deactivate). Saya nasihatkan kepada anda untuk benar-benar fokus pada langkah ini, karena memerlukan waktu yang lama untuk benar-benar menghapusnya. Saya memerlukan waktu 5 jam untuk benar-benar membuat halaman akaun cubaan saya kosong. Jadi, enjoy!
- Hapus semua kawan anda dengan cara mengklik tanda “x” lalu memilih “remove friend”.
- Hapus semua foto di halaman album anda. Caranya, masuk ke halaman foto, lalu pilih album dan pilih “delete this album”.
- Hapus semua komen yang anda kirim, dengan cara masuk ke halaman profile lalu pilih tanda “x” dan pilih “delete” di setiap kotak wall dan komen anda.
- Cabut keanggotaan anda dari groups, fan, dan supporter di halaman INFO. Caranya dengan mengunjungi group anda lalu pilih “remove”.
- Hapus semua info tentang anda. Pilih “info” edit.
- Remove semua tag yang ada di halaman foto anda
- Kirim email ke
http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account dan pilih hapus akaun secara permanen. Masukkan password anda lalu masukkan kata sandi yang terlihat.


- Setelah dicomfirm, facebook akan memberitahukan bahawa jika Anda tidak login selama 14 hari, maka akaun anda akan terhapus dan tidak boleh direcovery.
- Setelah itu facebook akan log out automatik.
- Silahkan periksa 14 hari kemudian dengan login menggunakan akaun anda. Kalau tidak dapat bererti facebook anda berhasil di delete.
Sumber :
http://itguidelines.blogspot.com/2009/01/how-to-delete-facebook-account.html
Kesimpulan setelah saya melakukan langkah-langkah di atas adalah, semakin lama anda menjadi member di facebook maka akan semakin panjang waktu yang anda perlukan untuk menghapus akaun anda. Atau singkatnya, semakin lama semakin susah untuk keluar dari facebook. Jadi, sebelum anda terjajah olehnya lebih baik anda berhati-hati. :D

Saturday, February 13, 2010

TAHUN BARU CINA


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao(Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Thursday, February 11, 2010

Demam Campak

Aku dan isteriku tidak tahu mengapa anakku yang ketiga meragam sepanjang 2 hari yang lalu. Badan panas sehinggakan kami mulai risau. Aku telah mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik. Tapi malangnya semua klinik yang terdapat di daerahku tutup maklumlah hujung minggu.

Namun, aku tidak putus harapan ku pusing satu bandar Kuala Rompin dan akhirnya jumpa sebuah klinik yang hampir hendak menamatkan operasinya. Kami terus bergegas masuk selepas 'parking' kereta untuk mendapatkan rawatan. Alangkah terkejut aku bila suhu badannya mencecah 39 darjah celcius sehinggakan doktor terpaksa memasukkan ubat melalui duburnya. Doktor juga memberikan antibiotik untuk diberikan kepada anakku.

Pada sebelah petang keesokkannya, aku dan isteriku mendapati terdapat tanda-tanda bintik-bintik pada badan anakku dan dia juga kerap menggaru-garu mungkin kerana gatal. Aku dan isteriku mengesyaki anakku telah terkena demam campak. Sekali lagi, kami bergegas membawa anakku ke klinik dan memang tekaan kami tepat. Doktor telah memberikan ubat sapu untuk anakku. Tapi maklum ajelah anak kecil amat sukar untuk disapu ubat yang diberikan kerana takut dia akan termasuk ke dalam mulutnya bila dia menggaru-garu badannya.

Untuk itu, aku dan isteriku telah membawa anakku ini ke sebuah rumah yang penghuninya mempunyai ilmu untuk merawat penyakit campak ini secara tradisional. Beliau telah memberikan air penawar dan bedak sejuk untuk dilumurkan ke tubuh anakku. Alhamdulilah selepas mencomorkan bedak sejuk yang dicampurkan dengan air penawar tadi tubuh badan anakku semakin pulih dan demamnya semakin beransur sembuh. DIA KEMBALI AKTIF SEPERTI BIASA.

Sunday, February 7, 2010

Tips Mudah Mencari Gambar Dengan Google

Selain sebagai mesin pencari artikel atau data di website, google juga menyediakan kemudahan pencarian gambar. Meskipun boleh saja kita terus menaip kata kunci untuk gambar yang kita hendak cari. Tetapi jika kita ingin mencari wallpaper yang sesuai dengan ukuran skrin komputer kita (desktop), ada cara yang lebih baik.

Berikut caranya :

  1. Buka Google Images
  2. Klik link Advanced Image Search yang ada di sebelah kanan tombol Search Images.
  3. Akan tampil Advanced Image Search
  4. Pada isian pertama, isikan kata kunci dari gambar yang di inginkan. Misalnya “sky”
  5. Pada bahagian content types, plih photo content
  6. Klik Use my desktop size (maksudnya kita cari gambar yang sesuai dengan ukuran desktop komputer kita)
    google-images-search
  7. Klik Google Search, untuk mulai mencari gambar yang sesuai.

google-images-search-2

Di Opsi yang tampil, kita juga boleh mencari gambar dengan banyak pilihan (setting), seperti ukuran, tipe file, warna dan sebagainya. Jika ingin lebih cepat, boleh juga terus klik pencarian di google Images misalnya : sky imagesize:1152x864 ( untuk mencari gambar/wallpaper dengan kata kunci “sky” dan ukurannya 1152×864 pixel).

Thursday, February 4, 2010

Rasa Nak Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...