Blogroll

Monday, May 9, 2011

Si Suami buat aduan di pejabat agama

Rakan sekerja aku dok cerita semalam mengenai kawannya. Disebabkan  si isteri tinggalkan solat si suami itu bertindak membuat aduan kat pejabat agama. Si suami tak tahu nak buat camna dah. Nak marah dah tak berkesan kot.

Hehehe... mula-mula aku dengar cerita ini macam pelik je. Jarang-jarang ku dengar kes macam ini. Kes curang, kes ketidak fahaman dan sebagainya pernah la.. tapi kes pasal solat tak dijaga tak pernah lak.


Baru ku fikir.. betapa susahnya nak jumpa lelaki yang jaga solat. Kan? Apatah lagi lelaki yang risaukan hal solat isterinya kan?

Tune Talk Mobile, cara komunikasi lebih MURAH

Syarikat Tune Talk Sdn. Bhd mula beroperasi pada bulan Ogos 2009 dan sedang menggunakan rangkaian Celcom.

Setelah sebulan lebih menggunakan TuneTalk,  aku kini tidak lagi berhajat untuk meneruskan penggunaan nombor telco aku yang terdahulu.

TuneTalk ternyata berjaya memikat hatiku. Hehehe.

Dengan hanya top-up RM50, sehingga ke hari ini penggunaan nombor TuneTalk bernombor "011.." hanya menghabiskan separuh daripada jumlah itu. Walaupun aku telah banyak kali menelefon ahli keluarga dan bersms tetapi penggunaan topup RM50 tetap tak habis-habis!!! Sukanya!!!

Duit poket selamat dan tarikh tamat tempoh lambat lagi yakni 75 hari kemudian!!! Aku rasa RM50 sudah memandai untuk penggunaan selama dua bulan. Penjimatan MAKSIMA di situ la beb!!

HARI IBU

Sunday, May 8, 2011

ISTERI PENGHUNI SYURGA

Fenomena isteri meleteri suami atau dengan kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara biasa bagi kebanyakan pasangan dewasa ini. Malah si isteri seolah-olah tiada sedikitpun merasa bersalah melayani suami mereka seperti adik, kawan atau anak lelaki atau sesiapa sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan ialah terdapatnya isteri yang menganggap menjaga hati atau melayani suami dengan bersikap sopan sudah tidak sesuai dalam keadaan masyarakat kita hari ini atau mungkin dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini menunjukkan bahawa tidak sedikit peranan dan pengaruh media massa, terutamanya televisyen, dalam ‘mendidik’ kaum Hawa di zaman ini.

Friday, May 6, 2011

KERAJAAN MALAYSIA UMUM HARGA GULA NAIK 20 SEN LAGI

PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

“Walaupun harga gula naik 20 sen sekilogram mulai esok (hari ini), kerajaan masih perlu menanggung subsidi untuk bahan itu sebanyak RM283.4 juta setahun.

“Ia kerana langkah penyelarasan semula subsidi sebanyak 20 sen sekilogram itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa gula di pasaran dunia ialah RM2.50 sekilogram,” katanya ketika mengumumkan pelarasan subsidi bahan itu di sini, semalam.

INFO: Perbandingan harga gula di negara lain:


  • Indonesia RM3.80 sekilogram


  • Singapura RM3.61 sekilogram


  • Thailand RM2.31 sekilogram


  • Filipina RM4.50 sekilogram
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...