NEWCASTLE - Individu merokok boleh kehilangan kira-kira satu pertiga daripada ingatan harian mereka, menurut penyelidik di Universiti Northumbria, Britain.
Kajian terbaru dijalankan universiti itu menunjukkan perokok mempunyai tahap ingatan lebih rendah berbanding individu tidak merokok.
Namun, perokok yang menghentikan tabiat itu mendapati kemampuan ingatan mereka kembali pulih kepada tahap hampir sama seperti individu yang tidak merokok.
Semasa ujian itu, sekumpulan 70 responden terdiri daripada perokok dan bukan perokok diarah menyenaraikan beberapa maklumat yang diberikan sebelum itu, dengan perokok hanya mengingati 59 peratus daripada keseluruhan maklumat.
Kumpulan bekas perokok mampu mengingati 74 peratus maklumat dan mereka yang tidak pernah merokok pula mampu menyenaraikan 81 peratus daripada maklumat yang diberi.
Sumber : SINAR HARIAN
Sunday, September 25, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Tahniah Along
Alhamdulilah, anak sulungku berjaya juga menjadi pemenang Kuiz Jejak Maklumat anjuran Pusat Sumber Sekolah. Penat lelahnya membaca dan mencari maklumat kepada soalan yang diajukan berbaloi jua. Ku harap ini menjadi pembakar semangat kepadanya untuk menjadikan amalan membaca ini suatu kemestian demi menuntut ilmu akhirat dan duniawi. Sebagai seorang bapa aku berbangga dengan kejayaan anak sulungku ini.
Tuesday, September 13, 2011
Lepaskanlah Jika Itu Yang Terbaik
Bukan mudah untuk kita melepaskan dan melupakan seseorang yang sangat kita sayangi.
Kerna kehadirannya meninggalkan seribu satu cerita didalam hidup kita.
Tetapi,
kita harus akur, akur yang kita terpaksa untuk melepaskan dan melupakannya demi membahagiakannya.
Mungkin,
Mungkin ada hati yang akan terluka, akan berduka.
Tetapi,
Sekiranya itu jalan terbaik,
Kita harus menerimanya dengan redha.
Mungkin,
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang kita terpaksa lakukan,
Hikmah dimana kita tidak dapat lihat hari ini, mungkin tidak hari esok.
Tetapi,
Pasti hikmah itu akan muncul,
Dan kita pasti akan merasakannya.
Monday, September 12, 2011
LELAKI dirogol Tiga Wanita
Aiseymen… Susah jugak nak percaya berita macam ni kan. Namun ia bukannya mustahil di zaman yang serba moden sekarang ni. Namun demikian, kita biasanya didedahkan dengan cerita WANITA diculik dan DIROGOL beramai-ramai oleh LELAKI. Ni dah terbalik plak. GERSANG sangat ke tu?

mungkinkah mangsa akan mengandung setelah dirogol? hehehe….
Jom kita terjah baca sama-sama….

mungkinkah mangsa akan mengandung setelah dirogol? hehehe….
Jom kita terjah baca sama-sama….
HARARE – Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.
Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.
Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.
Monday, September 5, 2011
SAMBUTAN HARI LAHIR BATRISYIA
Sambutan majlis hari lahir anak keduaku telah diadakan pada malam raya pertama. Suasana cukup meriah dek kerana ramai saudara mara yang pulang beraya. Walau bagaimanapun kerana banyaknya juadah sempena hari raya maka kek yang dibeli juga tidak kehabisan. Semoga anak keduaku ini dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

