Blogroll

Friday, October 7, 2011

INTIPATI BAJET 2012


Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Thursday, October 6, 2011

MEH UJI PANTASKAH ANDA MENAIP

47 perkataan
Speed test

FIKIR2KANLAH…..luahan rasa rakan fbku

image

Air Milo + Nasi Berlauk (mana nak cari...)
Renung-renungkan….pemimpin
lain ada mcm ni???
Mana nak cari MB
macam ni Uniform ….. tetap pakai SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI
BESAR.
Sewaktu kami sekeluarga
berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga
sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut
dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai
tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan
Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan memberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..
* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..

Oleh: Mohd Nasaruddin Mohd Nasir

MENGUMPAT YANG DIBENAR OLEH SYARAK

Perbuatan mengumpat merupakan dosa yang sering dilakukan oleh seseorang tanpa disedari. Dosa ini hanya boleh ditaubati dengan meminta maaf kepada orang yang diumpatnya itu.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat : 12
... وَلَا تجَسَّسُوْا وَلَا يَغْتب بَعْضُكُمْ بَعْضًا أيُحِبُّ أحَدَكُمْ أنْ يَأكُلَ لحْمَ أخِيْهِ مَيْتا فَكَرهْتمُوْهُ ...

Ertinya : ... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang , dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. adakah seorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya...
Namun begitu, terdapat beberapa keadaan seseorang itu di haruskan untuk melakukan perbuatan mengumpat itu. Imam al-Ghazali dan Imam al-Nawawi menyatakan bahawa seseorang itu boleh melakukan perbuatan mengumpat dalam enam perkara yang di benarkan oleh syarak :
(1) Membanteras Kezaliman : Orang yang dizalimi boleh membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti khalifah dan hakim atau kepada orang yang mempunyai kemampuan terhadap individu yang menzaliminya agar kezaliman itu dapat dibanteras.
(2) Membasmi Kemungkaran : Perbuatan mengumpat yang bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran dengan katanya "si polan melakukan kemungkaran, maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Maka di bolehkan, dengan syarat tujuannya itu semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
Namun seandainya kemungkaran itu hanya berkaitan dengan Allah SWT yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada orang lain, maka haram hukumnya kita dedahkan kejahatan yang disembunyikan tersebut, kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang. Selagimana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan, maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada orang lain.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"مَنْ سَترَ عَلى مُسْلِمٍ سَترَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَة"
Ertinya : Sesiapa yang menutupi keaiban seseorang muslim, nescaya Allah SWT akan menutupi keaibannya di dunia dan akhirat kelak.

Sunday, October 2, 2011

KAKITANGAN AWAM DIRAMAL NAIK GAJI LAGI….

Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini. Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam. Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.


Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan. Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007. Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.
Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA. Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
dipetik daripada BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...