Untuk pengetahuan para wanita2 di luar sana tahu kah kamu yg
sebenarnya kaum kamu ini sungguh indah berbandingkan dgn kaum lelaki ... entry kali ini saya tujukan pada para wanita2 yg
mungkin belum tahu atau masih buta cara2 supaya lelaki yg kamu minati
itu akan tertarik dengan hanya 10 beberapa teknik sahaja..dan untuk
para lelaki2 pula supaya mengetahi kalau2 ada di antara wanita yg
mungkin ingin mendekati kamu tapi kamu tidak tahu yg dia itu suka atau
pun minat dengan kamu jadi di situ kalau kamu ingin mengetahui wanita
itu minat dgn kamu ke tidak..senang aje hanya tengok gerak geri mereka
spt yg di bawah ini....jom intai rahsia diaorang....
1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita
berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang
sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini
menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga
mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...
2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk
bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab
itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki,
membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati
gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada
bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi.
Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil
menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.
4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita.
Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika
sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk
memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan
kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka
anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang
tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk
mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.
5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar
sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda
mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan
cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci
kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.