Urus niaga ASB & ASN
ASB : 18 Disember 2012 hingga 1 Januari 2013
ASN : 26 Disember 2012 hingga 1 Janari 2013
Penangguhan dibuat untuk urusan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Urusniaga akan beroperasi seperti biasa mulai 2 Januari 2013
Wednesday, December 19, 2012
Tuesday, December 18, 2012
SEMAK BIL ASTRO MELALUI SMS
Korang mesti pernah alami masalah
terlewat bayar bil Astro gara-gara lewat terima bil Astro kan. Lepas ni
korang semua tak perlu risau dah terlewat bayar bil Astro ni. Kali ni
aku nak kongsi macam mana cara nak semak bil Astro korang melalui SMS.
Korang tak perlu dah pening-pening tunggu bil Astro tiap-tiap bulan.
Lepas semak, boleh je terus bayar secara online. Korang boleh la ikut
langkah-langkah dekat bawah ni sebagai panduan.
Cara 1: Semak Bil Astro melalui SMS
Taip ASTRO BAL IC [no kad pengenalan] dan Send ke 33310
* gantikan no kad pengenalan dengan no ic korang
* gantikan no kad pengenalan dengan no ic korang
Cara 2: Semak Bil Astro melalui SMS
Taip ASTRO BAL AC [No akaun Astro] dan send ke 33310
* gantikan no akaun astro dengan no akaun korang
Kalau berjaya, korang akan terima SMS
maklum balas daripada pihak Astro berkenaan dengan bil semasa korang.
Mudah kan ? Selamat mencuba…
Monday, December 17, 2012
60 TUTORIAL TENTANG PHOTOSHOP
Bagi anda yang ingin memahirkan lagi diri anda menggunakan Adobe
Photoshop, maka laman Noupe mungkin boleh membantu anda. Laman ini
menyediakan tutorial tentang Photoshop mengenai bidang-bidang berikut:
Anda juga boleh melawat laman web SmashingMagazines untuk mendapatkan lebih banyak lagi tutorial tentang Photoshop, seperti contoh di bawah….

Selamat mencuba
- Photoshop Textures
- Photoshop Patterns
- Photoshop Tutorials
- Photoshop Brushes
- Photoshop Actions
- Photoshop Downloadable .PSD Files
- Photoshop Cheat Sheets
Anda juga boleh melawat laman web SmashingMagazines untuk mendapatkan lebih banyak lagi tutorial tentang Photoshop, seperti contoh di bawah….
Selamat mencuba
MASALAH UNIDENTIFIED NETWORK
Kadangkala, pengguna Windows ( khususnya Windows Vista/7) kerap
berdepan dengan masalah ‘unidentified network’ atau rangkaian tidak
dikenali hingga menyebabkan tidak dapat akses ke internet.
Bagi Windows Vista/7, anda boleh cuba langkah-langkah berikut :
Bagi Windows Vista/7, anda boleh cuba langkah-langkah berikut :
- Klik Control Panel. Pastikan paparan adalah View by Icon supaya lebih senang. Dwiklik pada Administrative Tools.
- Pada tetingkap Administrative Tools, pilih Local Security Policy.
- Klik Network List Manager Policy dalam Local Security Policy.
- Klik Network List Manager Policy dan pada tetingkap kanan yang dipaparkan pilih Unidentified Networks.
- Pilih Properties untuk Unidentified Networks dan pada Location Type pilih Private untuk Home Network. Pada User Permissions, pilih lah yang bersesuaian dengan rangkaian anda.
- Klik Apply, OK kemudian tutup kesemua tetingkap tadi.
Sunday, December 2, 2012
TEKNIK MUDAH KESAN MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK AL-QURAN
Bagi sesebuah institusi tahfiz atau pusat pengajian menghafaz al-Quran yang menggunakan kaedah tasmik
menggunakan silibus sukatan berpandukan muka surat. Sudah pasti menjadi
masalah bagi guru-guru dan juga pelajar untuk mengingati nombor muka
surat yang telah mereka hafaz.
Saya sendiri mengalami masalah ini ketika menjadi guru hafaz
bagi pelajar tingkatan satu. Waktu itu, apabila ditanya sampai manakah
hafazan mereka? Pelajar tidak memberitahu ayat atau maqra’ mana yang
telah mereka hafaz, sebaliknya mereka hanya memberitahu muka surat yang
telah dihafaz.
Jadi, untuk memudahkan guru-guru hafaz dan juga pelajar-pelajar. Saya
ingin kongsikan kaedah ringkas untuk mengenal pasti muka surat pada
setiap awal juzu’.
Untuk pengetahuan anda, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.
KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK
Formulanya amat mudah :
(x – 1) 2 +2
Sekali pandang macam rumuz algebra pulak jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yang hendak anda cari muka suratnya.
Jadi, juzu’ yang hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian
jumlah yang telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil
jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya.
Lihat contoh ini :
Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut :
6 – 1 = 5
5 x 2 = 10
10 ditambah angka 2 dihujungnya = 102
Anda tidak percaya dengan jawapan tersebut? Lihat gambar al-Quran di bawah :
Begitu juga jika anda ingin mendapatkan awal muka surat dalam juzu’ lain. Contohnya juzu’ 30 :
30 – 1 = 29
29 x 2 = 58
58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582
Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai digunapakai pada al-Quran Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah “al-Quran Majeed” adalah berlainan.
Selamat mencuba dan saksikan keajaiban yang berlaku…!!!
Rujukan : http://www.imranshamsir.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
