Blogroll

Monday, February 18, 2013

Tips 10 Perkara Penting Untuk "Dikongsi" Dalam Facebook

1)Tarikh lahir
Mendedahkan tarikh lahir sebenar korang adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan korang kepada kecurian identiti. But,it depends....

2) Nama ibu
Korang perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3) Alamat rumah anda
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman korang kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, kat Pulau Langkawi ni uols, cuti-cuti Malaysia.”

4) Perjalanan jauh dari rumah
Status yang memberitahu ketiadaan korang dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah kita tu sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.


5) Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika korang ‘check-in’ sama ada hospital atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6) Gambar yang tidak sesuai
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Lagi-lagi pompuan. Ingat!

7) Pengakuan atau kekecewaan
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan korang jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan..Hoho

8) Nombor telefon
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana korang berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.. Kalau nak jual sesuatu barang, camne plak ?

9) Mengira detik percutian anda
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan korang berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada korang berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10) Gambar di dalam rumah
Mempunyai lappy yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan rambut palsu dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah korang sangatlah tinggi.
sumber :blog anif

BLACKBERRY 10 AKAN TEMUI PEMINAT

TORONTO: Research In Motion (RIM) menghasilkan sistem terkini yang membolehkan penggunanya menggunakan saluran baru telefon pintar BlackBerry 10 dalam rangkaian mereka sendiri.

Langkah itu sekali gus membuka jalan untuk syarikat itu melancarkan peranti harapannya menjelang 30 Januari ini.
RIM pada Rabu lalu berkata, sistem pengurusan peranti baru iaitu BlackBerry Enterprise Service 10 (BES 10), kini tersedia kepada agensi kerajaan dan pelanggan korporatnya.

Sistem itu akan menyokong hubungan dua hala antara peranti mudah alih milik korporat-pekerja serta menyediakan platform menguruskan peranti berasaskan BlackBerry, Android dan iOS milik Apple.

Telefon pintar Blackberry yang dipacu sistem operasi baru dilihat sebagai nadi utama kelangsungan masa depan RIM, yang ketika ini tewas kepada penguasaan pasaran Apple dan peranti Android.

RIM kini mempertaruhkan barisan peranti baru yang dibangunkan semula dengan skrin sesentuh dan papan kekunci yang diharapkan akan memenangi kembali pelanggan dan penguasaan pasarannya.

Nasib telefon pintar baru itu akan ditentukan daripada penerimaan pelanggan utama RIM, yang kebanyakan sehingga kini masih menggunakan RIM kerana ciri-ciri sekuriti bagi peranti BlackBerry yang kukuh.

Sistem pengurusan peranti mudah alih itu dibangunkan diatas teras sekuriti RIM, menawarkan barisan inovasi yang akan membolehkannya ditambah baik mengikut jabatan IT mereka, kata ketua kanan bagi perisian enterpris RIM, Peter Devenyi.

“Kami pasti pelanggan (enterpris) akan mengambil bahagian untuk menukar kepada BB10,” kata Devenyi, yang merujuk maklum balas positif daripada agensi kerajaan dan komuniti perniagaan.

Kedua-dua peranti BES 10 dan Blackberry 10 kini sudah pun mendapat pensijilan Federal Information Processing Standard (FIPS) 140-2, iaitu pelepasan sekuriti yang ditetapkan kerajaan AS bagi membenarkan agensi kerajaan menggunakan peranti itu sebaik saja ia dilancarkan. - Reuters

Friday, February 8, 2013

BUAT RINGTONE HANDSET SECARA ONLINE


Anda teringin menjadikan sesuatu lagu kegemaran anda sebagai ring tone telefon bimbit anda , masalahnya lagu tersebut terlalu panjang atau anda mungkin hanya meminati bahagian bahagian tertentu dari lagu tersebut untuk di edit dan di jadikan ring tone. mp3Kut menyediakan semua kemudahan ini secara online cubalah , mudah sangat. Kalau nak pakai software sila download kat sini mp3Cut freeware

28 Nov. 2013 bintang berekor dan kemunculan Al Mahdi


Perihal  bintang berekor yang termaktub dalam kitab al-Jufr
Dalam beberapa riwayat, antara tanda kedatangan al-Mahdi adalah munculnya bintang berekor (komet) yang sangat terang;

Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang berekor sudah termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.

Saidina Ali k.a.w. mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat".

Kesimpulan dari ungkapan Saidina Ali k.a.w. dapat diambil kesimpulan seperti berikut;

  1. Komet-komet itu mempunyai orbit yang tersendiri dan ia beredar di atasnya. Kita tidak tahu apakah ia akan meninggalkan orbitnya lalu kembali lagi ke orbit itu disebabkan daya tarikannya yang sangat kuat walaupun dari jarak jauh, atau adakah ia akan pergi ke mana sahaja tanpa arah? Saidina Ali k.a.w. menerangkan satu perkara iaitu setiap komet mempunyai orbit tersendiri. Bagaimanapun komet Shoemaker yang meledak di permukaan Musytari membuktikan bahawa komet-komet itu boleh meninggalkan orbitnya.

  2. Komet-komet itu beredar dalam ruang orbit yang terbatas. Oleh sebab itu kemunculannya akan berulang pada masa peredaran yang tertentu. Saidina Ali k.a.w. telah membicarakan salah satu daripada komet yang muncul di bumi pada setiap dua pertiga dekad. Satu dekad adalah sepuluh tahun, bererti kemunculannya antara tahun keenam dan ketujuh. Lalu komet itu menghilang kemudian muncul semula apabila tiba waktunya. Beliau juga menyatakan salah satu daripadanya yang muncul setiap dua pertiga abad. Dalam kitab lbnu Hamad (al-Fitan) telah menyatakan secara jelas bahawa kedatangan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang yang hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa abad.
Apakah bintang berekor seperti inikah yang dimaksud dalam hadis-hadis tersebut sebagai menandakan kemunculan imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Wallahua'lam.


 Bintang berekor yang akan muncul pada  28 November 2013.
Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 baru di jumpai pada 21 September lepas oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.

Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria.

Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun depan, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.

Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga kaki langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.

Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 Nov. 2013 adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu.
kredit to http://petunjukzaman.blogspot.com/

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...