Kekejaman seorang pembantu rumah warga Indonesia (amah) yang melambung membaling,mengangkat dan menghempas secara mengila sehingga mendatangkan kecederaan anak majikannya yang berusia 4 bulan itu pada 15 Februari lalu dibalas dengan hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan
Tertuduh, Yuliana dari Acheh, Indonesia kelihatan bergenang air mata sebaik saja hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Sesyen di Kuantan lapor akhbar myMetro
Terdahulu,perbuatan tertuduh terbongkar apabila tindakan kejamnya itu berjaya dikesan menerusi sambungan rakaman kamera litar tertutup secaralangsung dalam talian yang dapat di tonton menerusi telefon pintar
milik majikannya
Wednesday, February 20, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Teladani Akhlak Rasulullah Dalam Usaha Membentuk Integriti Diri
Rabiulawal, bulan
kelahiran Rasulullah SAW, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada
Ilahi atas kurniaan rezeki tidak terhingga nilainya kerana menjadi umat
Nabi Muhammad SAW yang diutuskan membawa petunjuk kebenaran dan berita
gembira kepada yang beriman.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira
(kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang yang
ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan
diminta (bertanggungjawab) mengenai ahli neraka.” (Surah al-Baqarah,
ayat 119)
Sabda Rasulullah: “Hendaklah kamu bersikap benar, kerana sesungguhnya bersikap benar membawa kepada kebajikan, dan kebajikan akan membawa kepada syurga, dan seseorang itu akan sentiasa bercakap benar hinggalah dia dicatat sebagai yang amat benar di sisi Allah.” (Riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya percakapan yang paling baik adalah kitab Allah SWT. Dan petunjuk yang paling benar adalah petunjuk Muhammad SAW.” (Riwayat Al-Bukhari)
Pengorbanan besar
Kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya dilihat melalui keseluruhan pengorbanan Baginda menyampaikan risalah dan hakikat kebenaran itu sehingga sanggup mengharungi apa juga cabaran dengan penuh kesabaran, ketabahan serta kebijaksanaan sangat tinggi.
Baginda SAW apabila dijanjikan pelbagai ganjaran oleh pembesar kafir Quraisy supaya meninggalkan usaha dakwah bersabda: “Walaupun diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku sekalipun untuk aku meninggalkannya, nescaya tidak juga akan aku lakukan.”
Begitulah kuatnya pegangan Rasulullah dalam menyampaikan risalah kebenaran kepada umatnya. Pada masa sama, kebenaran ajaran Islam yang dibawa tidak akan terserlah jika tidak ditunjukkan dengan kemuliaan sifat siddiq iaitu jujur dan benar.
Sifat benar yang ditunjukkan Baginda meliputi segala aspek pegangan kepercayaan, pertuturan dan perbuatan. Sifat benar ini telah menimbulkan rasa percaya dan senang dalam hati orang yang mengenali dan berurusan sehingga mendorong untuk beriman dengan ajaran yang dibawa.
Tak pernah menipu
Dr Mahmud Muhammad dalam penulisannya, Babeli ‘al-syabab al-Muslim fi Muwajihat al-Tahdiyyat menukilkan bahawa Saidina Abu Bakar pernah berkata mengenai Rasulullah SAW: “Dia tidak pernah berdusta kepada manusia, maka bagaimana pula dia boleh berdusta kepada Allah SWT?”
Justeru, di kala ramai yang tidak mempercayai termasuklah daripada kalangan mereka yang beriman mengenai perkhabaran Israk Mikraj Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar sebaliknya tanpa ragu mempercayai sesuai dengan jolokan gelarannya al-Siddiq.
Jujur dalam perniagaan
Sifat mahmudah ini ditiru sahabat antaranya Abdul Rahman bin Auf dalam perniagaan yang diusahakan dengan jujur tanpa tipu helah, benar dan bijaksana sehingga berjaya mengaut keuntungan memecahkan monopoli perniagaan kaum Yahudi di Madinah.
Rasulullah memuji mereka yang jujur dengan sabdanya: “Peniaga yang jujur akan ditempatkan bersama nabi, golongan yang benar, syuhada dan solihin.”
Baginda juga mengingatkan dengan tegas bahawa amalan dusta bukan daripada kalangan umat Baginda. Baginda menegur peniaga yang tidak jujur kepada pelanggannya apabila didapati mencampurkan antara buah kering dan basah dalam satu longgokan.
Sifat siddiq bentuk integriti
Justeru, dalam bekerja dan memberikan perkhidmatan, sifat siddiq Rasulullah perlu kita contohi khasnya untuk membentuk integriti. Terdapat pelbagai cara diambil majikan untuk memelihara dan membangunkan kualiti sifat ini termasuklah menyediakan kod etika perkhidmatan.
Beberapa contoh tatacara kerja yang tidak bertanggungjawab dan tidak berteraskan kejujuran ialah pemalsuan dokumen, pemindaan data dan fakta, pemalsuan tuntutan, tidak menjaga kerahsiaan daripada ketirisan, tiada ketelusan dalam tindakan dan membuat keputusan, penyalahgunaan kuasa serta suapan.
Firman-Nya: “Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar.” (Surah al-Taubah, ayat 119)
Menurut Imam al-Qurtubi, Allah SWT menyifatkan orang yang benar dan beriman dalam urusan mereka sebagai orang yang bersungguh-sungguh dalam agama.
Sabda Rasulullah: “Hendaklah kamu bersikap benar, kerana sesungguhnya bersikap benar membawa kepada kebajikan, dan kebajikan akan membawa kepada syurga, dan seseorang itu akan sentiasa bercakap benar hinggalah dia dicatat sebagai yang amat benar di sisi Allah.” (Riwayat al-Bukhari)
Sumber: Berita Harian
Monday, February 18, 2013
Awas: Teknik Mudah Mencuri Kereta MyVi
Serius tak sangka yang MyVi mudah dicuri begitu sahaja dengan teknik
yang betul. Saya bukan hendak mengajar cara-cara mencuri menggalakkan
kecurian kereta, tapi untuk untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku.
Berikut adalah langkah bagaimana kereta myvi dicuri;

Berikut adalah langkah bagaimana kereta myvi dicuri;
- Cari dan tarik salah satu wayar yang terdapat pada ruang tayar hadapan sebelah kanan kereta Myvi.
- Selepas itu, tempat enjin akan terbuka. Kemungkinan juga alarm kereta akan dihidupkan. (Bagi kereta Myvi yang mempunyai alarm)
- Buka tempat engin dan cabut wayar alarm.
- Buka dan by pass salah satu fius. Tujuannya untuk buka pintu kereta.
- Dengan menggunakan screw driver, buka steering lock.
- Kemudian, start engine menggunakan screw driver juga.
- Selesai dan kereta tersebut dah jadi milik pencuri.
sumber: http://syahrulzaman.blogspot.com
Sinopsis, Trailer Dan Gambar: Filem Kerat 14
Sekiranya anda meminati filem aksi tempatan, jangan lupa untuk menonton filem Kerat 14 di pawagam berdekatan anda mulai 14 Februari nanti.
Filem Kerat 14 diarah oleh pengarah muda, Arjin Uppal dan menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Ghous, Ali Arami, Zamarul Hisham, Arash Mohd dan Azhar Jb.
Sinopsis Filem Kerat 14
Kerat 14 merupkan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya.
Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman.
Trailer Rasmi Filem Kerat 14
Trailer rasmi filem Kerat 14 ini juga telah mencapai angka lebih daripada satu juta tontonan di Youtube. Adakah filem ini juga akan mendapat jutaan tontonan nanti?
http://www.youtube.com/watch?v=fLE8vMgsObs&feature=player_embedded#
Percutian Rozita Che Wan Dan Zain Saidin DI Universal Studios Singapore

Kisah percintaan Rozita Che Wan dan Zain Saidin semakin menjadi tumpuan. Tambahan pula gambar Rozita dan Zain bercuti bersama keluarga di Universal Studio Singapore. Selepas isu hangat tentang perkahwinan Rozita Che Wan, kini isu percutian bersama dengan Zain Saidin pula. Kredit to rotikaya
Kalau sudah jodoh, berkahwin sajalah Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Demi mengelak lebih banyak fitnah dan gosip. Anak Rozita Che Wan turut sama mengikut ke USS bersama dengan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Adakah nasi minyak Rozita Che Wan sudah dapat dihidu?



Subscribe to:
Posts (Atom)