Blogroll

Tuesday, May 31, 2011

Menghapus"Stalled Print Jobs" secara Manual

Kita boleh menghapus daftar antrian yang boleh dicetak (print) dengan cara manual sebagai berikut :
  1. Buka Control Panel > Administrative tools> Service
  2. Cari “service” yang namanya Print Spooler kemudian klik kanan dan pilih Stop. Jangan ditutup dulu window Service
  3. Buka folder Windows sistem, biasanya di C:\WINDOWS\system32\spool\PRINTERS
  4. Hapus semua file yang ada di folder tersebut. File basanya dengan ekstensi *.spl dan *.shd
  5. Setelah semua dihapus, seperti langkah no 2, tetapi klik kanan Print Spooler dan pilih Start
  6. Ulangi proses printing dokumen
Selain dengan dua cara diatas, satu lagi dengan file batch file. Download Printer.bat (249 bytes), kemudian jalankan langsung. File ini berisi perintah MS-DOS (command prompt) untuk menjalankan penghapusan antrian printer seperti langkah manual di atas.

FALSAFAH CRYUFF RAMUAN GUARDIOLA


Pep Guardiola

BARCELONA - Lionel Messi mungkin menjadi inspirasi di sebalik kejayaan Barcelona yang menewaskan Manchester United pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, namun pencapaian jurulatih, Pep Guardiola tidak boleh diketepikan.
Selepas semusim bersama pasukan remaja Barca bagi pengalaman pertamanya dalam bidang kejurulatihan, dia kemudiannya menjadi jurulatih pasukan utama pada 2008 dan berjaya meraih gelaran kejuaraan liga sebanyak tiga kali.
Ia memang sukar untuk tiba di kelab yang sudah diuruskan dengan baik, malah ia sangat baik.
Pada musim panas 2008 kelab tersebut mula berlaku pergolakan.
Selepas melakar kejayaan sebagai jurulatih, Frank Rijkaard hilang kawalan dan telah disingkirkan.
Pelantikan Guardiola yang kurang berpengalaman dianggap sebagai perjudian besar tetapi dia menerapkan falsafah dalam bola sepak melalui hantaran pantas serta disiplin.
Dia merupakan ikon revolusi pasukan impian Johan Cruyff pada awal 1990-an.
Pengendali dari Belanda memperkenalkan cara serangan yang baru dengan mementingkan pergerakan pasukan secara keseluruhan berbanding individu dan mereka berjaya meraih kejuaraan liga empat kali berturut-turut serta Piala Eropah di Wembley pada 1992.

KADAR ELEKTRIK BARU


PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.

"Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini. 

Saturday, May 28, 2011

Nabi dan Rasul

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :
1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.
Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.

Al-Fatihah Buat Lamin bin Mohd Yusof

lamin
Hari 28 Mei 2011, sebaik sahaja selesai menjawab soalan peperiksaan OUM bagi kertas Prinsip Teknologi Pendidikan, aku meng”on”kan telefon bimbitku. Aku dapati satu panggilan tak dijawab dan dua buah mesej terpapar di skrin telefon bimbitku. Alangkah terkejut diri ini apabila membaca sebuah mesej yang menyatakan Cikgu Lamin bin Mohd Yusof yang mengajar di SK Rompin, Kuala Rompin, Pahang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Walaupun aku tidak rapat dengan beliau, tetapi aku dapati allahyarham seorang yang mudah mesra, peramah dan sentiasa ceria. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh semua insan yang pernah mendampinginya.
Semoga Allah S.W.T menempatkan roh beliau dikalangan hambanya yang beriman. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...