Blogroll

Monday, April 21, 2014

MARAN OH MARAN




Buat julung kali dalam hidupku aku berada di Daerah Maran. Pemergianku ke daerah ini untuk mendengar taklimat berkaitan Sekolah Kluster Kecemerlangan di Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Ini kerana sekolah ku iaitu SK Sungai Puteri telah dicalonkan untuk memohon menjadi sebuah sekolah kluster. 

Aku ke daerah ini bersama -sama dengan Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Oleh kerana taklimat ini akan berlangsung pada pukul 8:30 pagi, maka guru besarku telah mengambil keputusan untuk menginap di Daerah Maran. Kami telah memilih homestay yang berada di bawah selian Majlis Daerah Maran. Terdapat dua kategori bilik di homestay ini iaitu untuk VIP yang berharga RM220 semalam dan bukan VIP pada kadar biasa RM60 semalam. Sungguhpun begitu jumlah bilik untuk homestay ini agak terhad. Walau bagaimanapun, suasana pada sebelah pagi cukup menenangkan jiwa. Malah bagi kaki pancing amat sesuai untuk menginap di homestay ini kerana terdapat sebuah kolam di hadapan homestay ini.

Kesimpulan yang boleh aku buat setelah berada sekejap di Daerah ini adalah, Maran sebuah daerah yang tidak terlalu sibuk serta sukar untuk mencari tempat untuk menginap. Ini mungkin kerana ianya berhampiran dengan Daerah Temerloh yang jauh lebih pesat membangun.

Saturday, April 19, 2014

PENANDA WACANA

Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

Friday, March 28, 2014

INSTALL DOOGLE YES 4G DI WINDOW 8



Mungkin ini sekadar pengetahuan bagi individu yang belum tahu cara untuk install doogle yes 4G di windows 8 kerana walaupun driver untuk doogle boleh dimuat turun  di laman sesawang YES iaitu https://yes.my namun ianya sia2 kerana setelah dipasang driver itu doogle gagal berfungsi kerana laptop tidak dapat mengenal pasti kehadiran doogle... setelah puas memikirkan cara yang sesuai maka saya telah berjaya menemui kaedah yang betul bagi memastikan doogle yang dibeli atau dibekalkan di sekolah2 di Malaysia untuk para guru dapat digunakan.....

justeru itu disini dikongsi cara yang betul untuk install doogle yes di windows 8. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah


  • Plug ini doogle di laptop. Lampu merah akan menyala;
  • bukan enjin carian yang diminati spt firefox, google chrome, internet explore dsb;
  • taip di address bar alamat berikut http//yeslife.my/ycwinbeta;
  • daftar akaun pada ruang yang disediakan..pastikan guna akaun dan email yes yang diperolehi;

  • selesai daftar klik butang start download. Tunggu hingga selesai;

  • extract fail yang selesai download;
  • install seperti biasa

 Selesai install cubalah guna doogle Yes 4G itu untuk memastikan ianya berjaya...

Sekian


Wednesday, March 26, 2014

KLINIK 1 MALAYSIA LAGI




Hari ini aku ke Klinik 1 Malaysia untuk dapatkan rawatan bagi penyakit gegata atau gatal. Mujurlah ade klinik ini yg x ramai pengunjung jd mudahlah aku mendapatkan rawatan. Sepanjang bulan Mac ini sahaja sudah 5 kali ke klinik 1 Malaysia ini utk dapatkan rawatan.

Sementara menunggu nama dipanggil aku menimbang beratku yg lama tak ditimbang. Alangkah terkejut bila dapati beratku 58kg yang mana naik 3kg. Alhamdulilah..

Isteri dan Anak2ku turut menimbang berat badan masing2 dan keputusannya seperti berikut:-
Isteriku : 66kg
Along : 25kg
Angah : 35kg
Adik : 14kg

Kurang 10 minit menunggu dan kurang 4 minit menerima rawatan aku diberi ubat sapu dan ubat biji. Walaupun pegawai perubatan menyarankan aku disuntik namun aku menolaknya bukan kerana takut tp tak pasti sama ade gegata atau  campak... aku harap keputusan tidak disuntik adalah keputusan yang bijak.

AL-FATIHAH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...