Blogroll

Monday, May 19, 2014

CARA INSTALL TEAMVIEWER

Cara Install Teamviewer – Salah satu fungsi teamviewer adalah untuk meremote komputer teman Anda dari jarak jauh. Adapun cara menginstallnya iaitu: 
 
2. Klik DOWNLOAD → Start Download 

3. Klik 2x pada Teamviewer_Set up en (Teamviewer GMBH) 

4. Klik Install dan personal/non-commercial use → Accept and Finish 

5. Muncul Your ID dan passwordnya 

ID dan password inilah yang nantinya akan dipakai oleh rakan kita untuk masuk ke komputer kita. 

Adapun cara menggunakannya sangat mudah, kita harus terhubung dulu dengan partner kita yang juga telah menginstal teamviewer. Klik Connect to partner → masukkan pasword teman kita dan tunggu beberapa saat sampai layar monitor teman kita muncul di layar monitor Anda.

NB : ini hanya untuk kepentingan pribadi ya.. non commercial use

Monday, May 12, 2014

BUANG VIRUS SHORTCUT GUNA CMD

Berkenaan dengan penulisan entri  pada kali ini akan ditunjukkan cara-cara membuang virus shortcut secara manual. Virus shortcut merupakan virus yang membuat jangkitan dan seterusnya akan membuat fail shortcut daripada folder tertentu dan menyembunyikan folder asal. Virus shortcut juga dilengkapi dengan folder recycler yang bergantung dari jenis virus. Virus ini juga mempunyai kandungan virus trojan dan worm untuk melakukan kerosakan pada sistem windows terutamanya pada explorer.exe dan cmd.exe. Memandangkan virus shortcut ini boleh mendatangkan mudarat pada komputer  jom belajar cara-cara untuk menyingkirkannya.
  1. Buka Command Prompt. Start- All Program- Accessories- Command Prompt. Kalau nak cepat, klik Run, taip cmd dan klik ok. Perisian Command Prompt akan muncul. Sebelum itu, Scan terlebih dahulu pendrive anda menggunakan anti-virus. Pastikan anda buang virus yang dikesan oleh anti-virus tersebut.
  2. Seterusnya, lihat nama drive pada pendrive anda samaada F,C,T dan sebagainya. Cuma jangan taip abjad C atau D kerana C dengan D adalah hak milik cakera keras dan komputer anda. Taip attrib -h-r-s/s/d f :\*.* dan klik enter. Yang admin boldkan (f) tu adalah nama drive pada pendrive.
  3. Selepas beberapa minit (dalam 2 minit macam tu) pergi ke lokasi pendrive anda dan anda akan dapati folder yang telah disorok oleh virus tadi akan muncul semula dan folder yang mengandungi virus akan menunjukkan anak panah. Jadi, delete / buang folder itu. Ingat! anda mestilah membuang folder yang mempunyai anak panah sahaja dan biarkan folder yang tiada anak panah.
  4. Tutup kembali pendrive anda dan buka kembali. Anda dapat melihat kesemua folder yang disimpan boleh digunakan semula.
  5. Siap. :D
P/s: Kalau nak lebih selamat, scan kembali pendrive anda selepas membuang virus shortcut dari pendrive anda.

Sekian, tamat perkongsian ilmu pada kali ini, Assalamualaikum..

Monday, April 21, 2014

MARAN OH MARAN




Buat julung kali dalam hidupku aku berada di Daerah Maran. Pemergianku ke daerah ini untuk mendengar taklimat berkaitan Sekolah Kluster Kecemerlangan di Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Ini kerana sekolah ku iaitu SK Sungai Puteri telah dicalonkan untuk memohon menjadi sebuah sekolah kluster. 

Aku ke daerah ini bersama -sama dengan Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Oleh kerana taklimat ini akan berlangsung pada pukul 8:30 pagi, maka guru besarku telah mengambil keputusan untuk menginap di Daerah Maran. Kami telah memilih homestay yang berada di bawah selian Majlis Daerah Maran. Terdapat dua kategori bilik di homestay ini iaitu untuk VIP yang berharga RM220 semalam dan bukan VIP pada kadar biasa RM60 semalam. Sungguhpun begitu jumlah bilik untuk homestay ini agak terhad. Walau bagaimanapun, suasana pada sebelah pagi cukup menenangkan jiwa. Malah bagi kaki pancing amat sesuai untuk menginap di homestay ini kerana terdapat sebuah kolam di hadapan homestay ini.

Kesimpulan yang boleh aku buat setelah berada sekejap di Daerah ini adalah, Maran sebuah daerah yang tidak terlalu sibuk serta sukar untuk mencari tempat untuk menginap. Ini mungkin kerana ianya berhampiran dengan Daerah Temerloh yang jauh lebih pesat membangun.

Saturday, April 19, 2014

PENANDA WACANA

Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

Friday, March 28, 2014

INSTALL DOOGLE YES 4G DI WINDOW 8



Mungkin ini sekadar pengetahuan bagi individu yang belum tahu cara untuk install doogle yes 4G di windows 8 kerana walaupun driver untuk doogle boleh dimuat turun  di laman sesawang YES iaitu https://yes.my namun ianya sia2 kerana setelah dipasang driver itu doogle gagal berfungsi kerana laptop tidak dapat mengenal pasti kehadiran doogle... setelah puas memikirkan cara yang sesuai maka saya telah berjaya menemui kaedah yang betul bagi memastikan doogle yang dibeli atau dibekalkan di sekolah2 di Malaysia untuk para guru dapat digunakan.....

justeru itu disini dikongsi cara yang betul untuk install doogle yes di windows 8. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah


  • Plug ini doogle di laptop. Lampu merah akan menyala;
  • bukan enjin carian yang diminati spt firefox, google chrome, internet explore dsb;
  • taip di address bar alamat berikut http//yeslife.my/ycwinbeta;
  • daftar akaun pada ruang yang disediakan..pastikan guna akaun dan email yes yang diperolehi;

  • selesai daftar klik butang start download. Tunggu hingga selesai;

  • extract fail yang selesai download;
  • install seperti biasa

 Selesai install cubalah guna doogle Yes 4G itu untuk memastikan ianya berjaya...

Sekian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...