Blogroll

Saturday, December 3, 2011

KENALI KARAKTER MELALUI STATUS FB

Mungkin korang selalu baca dan komen status kawan-kawan anda bukan?tapi tahukah anda yang status seseorang itu melambangkan karakter dirinya yang sebenar?? antaranya..

1. Kaki update
Orang jenis macam nih kat mana-mana je akan selalu update status. Status selalunya tidak terlalu panjang tapi kerana terlalu sering membuat rakan facebook lain terasa rimas jugak kerana hal-hal yang tidak penting di-post. Contoh: ” Tengah korek-korek bontot, korek-korek shiooom~ ”

2. Melankolik
Biasanya selalu meluahkan perasaan di status. Tujuannya? Mungkin kerana ingin diberi banyak komen dari teman-temannya atau hanya ingin sekadar meluahkan rasa isi hatinya di facebook. Biasanya orang jenis ini menceritakan kisahnya dan kadang-kadang bertanya mengenai diri dan lebih kepada bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi daripada orang lain.

3. Tukang mengeluh
Dari pagi siang, petang, malam, subuh, dan bersambung esok harinya mengeluh. Peliknya, ada je bahan-bahan yang nak jadi keluhan. Eh? Korang jangan lak nak mengeluh lepas baca nih! haha. Kalau korang mengeluh, korang le tu kan?


4. Sombong
Biasanya suka menunjuk-nunjuk. Mungkin mereka tidak berniat sama sekali untuk menyombongkan diri, tetapi orang yang melihat selalunya merasakan dia nih sombong, bajet dan sebagainya…

5. Puitis
Orang jenis ini suka update status dengan kata-kata mutiara. Jadi, setiap kali update status selalu saja mengeluarkan kata-kata mutiaranya. Kadang-kadang sampai tak paham ape yang die tulis atau maksudkan. Nak buat kita terharu? Atau nak kita tahu perasaan di sebalik puitisnya kata yang bermetafora? Atau sekadar memancing perhatian? Atau… ah! banyak sangatlah persoalan…

6. In English
Jenis ” In English ” nih termasuk dalam kategori manusia apa saja, melankolik, puitis, sombong dan sebagainya. Dari pandangan sisi rakan facebook. ( Mentaliti Melayu selalu macam nih la; bukan nak kutuk bangsa sendiri ) Tapi selalunya jenis ini akan mengutarakan dengan yang lebih bergaya iaitu dengan bahasa Inggeris. ( Aku pulak terasa lepas tulis yang nih, macam aku lah… hahaha ) Sampaikan kene ejek terus.

7. Lettew
Hahaha, admin tak tau macam mana nak definikasikan type orang jenis nih. Letak ” Lettew ” je lah. Lettew adalah bahasa yang selalu digunakan di twitter bermaksud ” Awak lettew… – LAH TU ” Selalu status update dengan bahasa yang sukar difahami dengan ejaan kejap besar, kejap kecik… kejap besar… kejap kecik… Paham-paham je lah.

8. Obsesi
Selalunya manusia jenis nih kuat berangan dan hidup dalam imigasi tersendiri… bergantung kepada obsesi di penulis status update.. dan kerap kali dicontohkan kepada profil FAKE. contoh: ” Tengah dating dengan Lisa Surihani – At, Kebun pisang tok mudim.

9. Serba tahu
Insani jenis nih, semua dia nak tau…. dari rambut atas sampai kuku hujung kaki… padahal, satu mende dia tak tahu….. Just cakap je…. Contoh; tgk bola….. ” Ramli pemain jersi 19, Man.Utd berpindah ke Kelab Malam. ” Padahal PROPA je.. Lagi nak lebih2, tak tahu diam2 la… jangan buat tau2 je…

10. Kaki Wayang
Selalu update status mengenai filem yang baru habis ditonton… Kalau tgk 10 movies, 10 movies la status berderet hari tuh jugak.
Contoh: ” Alamak! Toyol…. best. Hantu toyol die pakai pampers and hisap tetek bukan jari kaki ”

11. Sales
Takde update pasal lain, semua pasal barang-barang yang dijual secara online dalam facebook. Jual kerepek pisang dalam talian. Untung maaaa~

12. Kemasyarakatan
Selalu update status mengenai kemasyarakatan. Contoh : Jom ramai2 datang ke stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan robot Real Steel!

13. L33t
Leet atau eleet atau leetspeak atau 1337 atau l33t dan juga dieja 31337 atau 3l33t Juga dikenali sebagai bahasa hacker. Selanjutnya korang cari sendiri kalau nak tau sejarah leet. Manusia jenis ini ada beberapa versi, dari tulisannya yang aneh, atau tulisannya biasa saja, bahasa alien atau memang tak paham langsung!
contoh:
L33t 1 : “@£@h@¡ x2… p€n¡n9 §¡07 k€p@£@ @kµ 7€n90k @w€k §€k§¡ n¡h”
L33t 2 : “aLaHa| x2….. P3n|nG s|0t k3paLa aKu tGk aWeK S3k$i n|h ”
L33t 3 : “4£4h41… p3n1n9 $107 |{3p4£4 4|{µ 73n90|{ 4w3|{ $3|{$1 n1h
(Ingat comel ke tulisan serupa l33t nih?)

14. Hidden Message
Orang jenis nih, menyembunyikan mesej sebenar dalam mesej status. Kebanyakkannya perempuan.
Contoh : “For you my A**FF C*LL*N, I can’ t live without you..i miss you… you are my blah blah blah..”,
(Padahal orang tersebut tidak ada dalam jaringannya.. hahaha. saje tulis. SMS je terus kat die la kalau rindu…)

15. Misteri
Selalunya membuatkan banyak orang bertanya tanya atas apa maksud dari status orang tersebut. Mengudang tanda tanya dan ah! misterilah…
Contoh : ” Sudahlah.. ” , ” Matilah…” ” Termenung… ” <– Apa kes!?

Sumber: http://nizarazu.com

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...