Blogroll

Wednesday, February 20, 2013

PEMAKAIAN TKRS


Pemakaian Pelajar Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Pemakaian Pelajar Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Pemakaian Pegawai Kadet Remaja Sekolah

"Pemakaian uniform yang tepat penting dalam menjaga kredibiti pasukan dan keperibadian pemakai serta organisasinya"

Ada 3 jenis Uniform KRS
  • Uniform No 4  : Terdiri daripada baju dan seluar berwarna sherwood dark green (hijau tua). Digunakan sebagai pakaian utama pelajar KRS dan pakaian aktiviti bagi pegawai latihan.
  • Uniform No 3 : Terdiri daripada baju hijau muda dan seluar hijau gelap (bagi pelajar KRS dan Pegawai KRS). Manakala bagi TKRS baju dipadankan dengan seluar biru gelap (seluar seklah rendah) dan merupakan pemakaian utama bagi TKRS.
  • Uniform No 2 : Terdiri daripada sepasang bush jacket hijau gelap. Pemakaian untuk semua pegawai KRS di semua peringkat.


Pemakaian kadet TKRS dinamakan Pakaian Utama TKRS.

Banyak kesilapan berlaku dalam pemakaian uniform bagi TKRS. 

Antara kesilapan utama ialah memakai seluar no 4 (seluar hijau gelap - sepatutnya seluar biru) yang berpunca daripada Guru Penasihat yang kurang pengetahuan dan pembekal uniform yang sekadar menjual tanpa mengetahui spesifikasi pemakaian. Di samping itu, sepatutnya tiada sebarang lencana dijahit pada bahagian bahu/lengan baju.

Sila rujuk buku pemakaian di page Baca Buku KRS



Kadet KRS (sekolah menengah) dibolehkan memakai 2 jenis pemakaian iaitu:-
  • Uniform No 3. Dinamakan juga pakaian pejabat (pakaian semasa sesi persekolahan) kerana ia lebih selesa dipakai berbanding Uniform No 4.
  • Uniform No 4. Merupakan uniform utama kadet KRS. Pemakaian wajib dalam upacara seperti perbarisan, ujian kenaikan pangkat, aktiviti dan pertandingan kawad


KATEGORI PEGAWAI KRS

Pegawai KRS terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:-
  • Pegawai Pengurusan - Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidangPangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.
  • Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam dan lencana kolar berlapik merah.
  • Pegawai Latihan - Guru penasihat KRS dan TKRS sama ada yang bertauliah (mengikuti Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat). 
  • Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa pelapik merah..
JENIS PEMAKAIAN

Ada 3 jenis pemakaian yang disesuaikan dengan fungsi dan situasi. Semua pegawai LAYAK memakai semua jenis pemakaian tersebut, iaitu:

  • Pemakaian No 2 (Bush Jacket) - Merupakan pemakaian semasa acara-acara rasmi.
  • Pemakaian No 3 (Pakaian Pejabat) - Digunakan semasa di pejabat, sekolah dan menghadiri mesyuarat.
  • Pemakaian No 4 (Pakaian Aktiviti/Latihan) - Digunakan semasa menghadiri dan melaksanakan aktiviti seperti kawad, perkhemahan dan sebagainya.

ETIKA PEGAWAI SEMASA BERUNIFORM

Semasa beruniform kita tertakluk kepada etika semasa beruniform. Ianya adalah etika universal yang digunapakai oleh semua unit beruniform. Antara yang utama ialah:-
  • Memakai uniform dengan betul (menepati spesifikasi) dan kemas.
  • Menanggalkan alas kepala semasa makan.
  • Tdak mempamerkan pakaian semasa menaiki motosikal dan kenderaan awam. (boleh menaiki kenderaan awam, tetapi uniform (baju & pangkat) mesti ditutup dengan jaket, wind breaker dsb).
  • Tidak makan di warung-warung terbuka semasa beruniform (juga boleh, tetapi mesti tutup dengan jaket, wind breaker dsb).
  • Menjaga tingkah laku, gaya dan percakapan agar bersesuaian dengan taraf kepegawaian.
Jagalah imej diri kita sendiri, jabatan dan KRS dengan berpakaian dengan tepat.janganlah kerana kurangnya pengetahuan kita maka kita dipandang rendah oleh anggota badan beruniform yang lain (polis,tentera dan sebagainya). Sebarang keraguan silakan rujuk Buku Pemakaian, Tanda Pangkat dan Panggilan Pangkat. di page Baca Buku KRS atau muat turun di page Muat Turun blog kami.

PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN KRS
Pangkat Pegawai Pengurusan KRS merupakan pangkat yang secara automatik disandang oleh pegawai pengurusan di sekolah, PPD, JPN dan KPM berdasarkan jawatan hakiki yang disandang. Pangkat ini tidak lagi sah apabila beliau menjawat jawatan lain yang tidak setara.

Walaupun sesorang pegawai pengurusan dibolehkan memakai uniform berserta pangkat yang diperuntukkan, pegawai tersebut perlu juga melalui proses perlantikan dan pentauliahan.


0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...