Blogroll

Friday, January 31, 2014

Tukar Icon Pendrive

Lama fikir nak cari idea untuk update blog hari ni. Last2 terfikir mcm mana nak ubah icon pendrive yg lebih menarik berbanding yang sedia ada. So google punya google dapatlah sumber dari nabeelstories.com

efect yang dimaksudkan seperti di bawah bila korang cucuk je pendrive dalam laptop , dia akan jadi macam ni :

Style kan ? So dekat sana aku dah malas nak reka icon untuk pendrive aku , aku letak je banner blog ni sebagai icon . Cantik jugak engko !! Aku ada cari tutorial kat google tadi , tapi malangnya susah nak ikut . Apakata kali ni aku buat version aku sendiri ? Baik , ini dia cara2nya :

1. First , korang kena convert gambar yang korang nak jadikan sebagai icon . Format gambar tu mesti dalam.ico ye . Tak tahu macam mana nak convert ? Okay mula2 pergi sini dulu ---> ICO Converter

2. Lepas tu , akan keluar satu benda macam ni kan ?


Apa yang korang perlu buat , tekan "Choose File" dan pilih gambar yang korang nak upload , dan lepas tu terus tekan "Convert" . Jangan memandai ubah benda lain yang ada kat sana ok ?

3. Dah habis proses upload , nanti dia akan automatik download dengan sendiri gambar baru dalam format.ico . Dah tu , korang bukak pendrive korang , buat satu folder baru dan bagi tajuk "banner" . Contoh macam ni :




4. Lepas tu , korang pindahkan gambar .ico yang korang convert tadi ke dalam folder banner tadi . Faham kan ? Contoh macam di bawah :



Korang bagi je nama apa2 dekat gambar .ico korang . Letak nama sendiri lagi senang . Macam aku , aku letak nama "nabeel" je . Tengok gambar kat atas tu sebagai rujukan .

5. So sekarang korang buka pendrive korang , right-click lepas tu pilih "New" , dan kemudian pilih "Text Document" . Rujuk gambar kat bawah :


6. Lepas tu buka Text Document yang korang buat tadi . Text document tu masih kosong kan ? Haaa sekarang , korang copy kod bawah ni :

[autorun]label=NABEELicon=banner\nabeel.ico

7. Paste kod di atas pada ruangan Text Document yang korang buka tadi . So akan jadi macam ni :


8. Sekarang , korang perlu tukar nama kod seperti berikut :

Kod warna merah - Nama pendrive korang . Ikut sebijik macam nama pendrive korang ok ? Kalau huruf besar , buatlah huruf besar .

Kod warna ungu - Tak payah ubah . Sebab korang dah namakan file pada step nombor 3 tadi sebagai "banner" kan ? So jangan usik .

Kod warna hijau - Nama gambar icon korang .

9. Dah habis tukar kod tadi , korang nak SAVE pulak . Cara nak SAVE , korang tekan "File" , lepas tu pilih"Save As..." , lepas tu korang ubah nama file kepada autorun.inf . Bahagian "Save as type" tu korang pilih"All Files" ok ?

10. Lepas tu eject pendrive korang . Then , cucuk balik . Tengoklah perubahannya ! Hehee =)

Semoga berjaya !! Best ok try benda ni .

Wednesday, January 22, 2014

SISC+ : Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah Bakal Gantikan Guru Cemerlang?


SISC+ : Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah
Apa itu SISC?
Program SISC ataupun juga dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak awal tahun 2011. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".

Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah.

Program ini telah diadakan secara berperingkat, dengan 2 negeri perintis telah dimulakan di Kedah dan Sabah pada tahun 2011. Atas keberkesanan program SISC yang telah dijalankan, maka jawatan SISC+ akan diwujudkan mulai tahun 2013, dengan pelaksanaan  nya adalah merangkumi seluruh negara.


Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.

Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah utk membimbing guru dlm aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.

Bidang Tugas SISC
1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah

Download Maklumat SISC+ dan FAQ
Download Brosur SISC+
Download Brosur SIPartner+

Faedah Yang Diterima oleh SISC
1. Peningkatan peluang untuk impak
Anda akan membina hubungan khusus dengan ~20 guru. Dengan membimbing 20 guru, anda boleh meningkatkan kualiti pengajaran sebanyak 20 kali ganda berbanding dengan seorang guru biasa


2. Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan anda adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran. 

Selaku SISC+, anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa anda bekerja dengan guru, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang 

3. Masa bimbingan berkualiti
Pertumbuhan profesional yang tidak dapat ditandingi
Program latihan yang boleh diakses sebanyak 15 hingga 20 hari dalam setahun. Di samping itu, anda akan diberi seorang Jurulatih Utama Peribadi yang akan bekerja bersama anda di PPD untuk membantu anda menjadi seorang pembimbing


4. Laluan kerjaya yang dipercepat
Selaku pendidik yang terbaik, SISC+ menikmati kemajuan kerjaya yang pesat melalui laluan kerjaya Cemerlang baharu *sedang dibangunkan dan dimuktamadkan

Syarat Memohon SISC
- Mempunyai pengalaman mengajar dalam subjek sekurang-kurangnya 5 tahun
- Berpengetahuan dalam subjek dan pedagogi serta memiliki BScEd/ BA(Ed)/ B.Sc dengan Dip Edu/ B.A dengan Dip Edu.
- Mengajar subjek pilihan utama (major/minor)
- Menunjukkan kemahiran pengajaran yang cemerlang
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan insaniah yang baik
- Bersedia untuk belajar dan mencuba cara dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terbaru dan inovatif


Download Maklumat SISC+ dan FAQ
Download Brosur SISC+
Download Brosur SIPartner+

Monday, January 13, 2014

HILANGKAN IKLAN DI SAAT LAYARI LAMAN SESAWANG

Cara menghilangkan iklan pada situs dengan Adblock Plus 
Kadang waktu asik browsing kita masuk ke sebuah website yang penuh dengan iklan. Kalau cuma satu atau dua masih biasa, ini ada banyak. Iklan gambar, iklan gif, iklan flash, bahkan iklan video. Ini bikin koneksi internet jadi lambat dan kuota terbuang percuma. Gimana cara manghilangkan iklan di website saat browsing? Pertanyaan itu yang akan dijawab di posting ini.
Caranya sangat mudah, tapi sayang banyak orang yang kurang tau tentang add-on ini. Namanya adblock. 
Adblock, seperti namanya ad (iklan) block (blokir) adalah sebuah add-on yang berfungsi untuk menyembunyikan iklan, baik itu iklan gambar, gif, flash, maupun iklan video yang kadang memperlambat koneksi kita. 
Add-on ini bisa diinstall baik di Mozzila Firefox maupun Google Chrome
Untuk menginstal ikuti langkah dibawah: 
Google Chrome
1. Buka link ini http://adblockplus.org/en/chrome
2. Klik tombol Install for Chrome (warna hijau, ada di sebelah kanan) 
3. Nanti akan muncul sebuah jendela baru yang meminta kita untuk konfirmasi pemasangan Adblock, Add
4. Browser akan otomatis mendownload dan memasang, sekarang browser anda bebas iklan dan koneksi akan jadi lebih cepat karena tidak perlu loading iklan
Mozzila Firefox
Langkah sama persis dengan chrome, langsung download add-on di link resmi ini
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...