Blogroll

Saturday, April 19, 2014

PENANDA WACANA

Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,


vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) 
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........
Dipetik daripada :
staff.iiu.my/mascitah/penandawacana.doc.

Penanda Wacana
A
1. Andaikan perkara ini berlanjutan,
2. Apa yang membimbangkan kita ialah
3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita ...
4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah...
5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa...
6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa
7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini,
8. Ada pihak yang beranggapan bahawa
9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa
10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan
11. Adalah dipercayai bahawa...
12. Adalah lebih Afdal (baik) jika...
13. Adalah memalukan kita kerana
14. Adanya perkara ini kerana
15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika....
16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan
17. Adat di dunia memang begitu,
18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana...
19. Adiwarna (memang bagus) jika kita......
20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan...
21. Advis (nasihat) saya ialah ...
22. Aduan yang kita sering terima uialah...
23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan
24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa...
25. Agak membimbangkan kita kerana...
26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah...
27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan....
28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..
29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,
30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa
31. Alam terbentang menjadi saksi,
32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa
33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita....
34. Amnya, (Umumnya)
35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana....
36. Angkara perbuatan ini,
37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa....
38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah ...
39. Atas dasar perikemanusiaan,
40. Ayuhai manusia,....
B
41. Bagaimana pun,
42. Bahang masalah in semakin terasa kerana
43. Bagunlah wahai rakyatku,
44. Barangkali kita terlupa bahawa...
45. Baru-baru ini,
46. Belakangan ini,
47. Bayangkan suatu hari nanti,
48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan...
49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka...
50. Belukar kehidupan ini mengajar kita....
51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa
52. Bernas sekali anggapan bahawa...
53. Biasanya,
54. Bobroknya (rosaknya) masyarakat hari ini kerana...
55. Bulan dan bintang menjadi saksi bahawa
C
56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor...
57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana
58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..
59. Cukuplah sekadar ini,
60. Cukup malu kerana...
D
61. Dada manusia yang kejam ini..
62. Dada insan yang rakus (tamak) ini...
63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan...
64. Dakwaan yang mengatakan bahawa...
65. Dakwaan ini memang tepat kerana
66. Dakwaan ini tidak berasas kerana
67. Dalam mengharungi arus globalisasi,
68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,
69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari,
70. Dalam hal ini,
71. Dalam ajaran agama dan moral,
72. Dalam mengaplikasikan nilai ini,
73. Dalam pada itu,
74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah
75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa...
76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa....
77. Dapat kita simpulkan bahawa...
78. Daripada membiarkan masalah ini kronik,
79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa...
80. Dalam hal sedemikian,
81. Dengan berbuat demikian,
82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..
83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan...
84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana
85. Diskriminasi kaum menyebabkan...
E
86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita
87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.
88. Ekoran daripada peristiwa ini,
89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..
90. Entah mengapa,
F
91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa...
92. Faktor utama ialah..
93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah
94. Fasal (berkenaan) itu,
95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah...
96. Fokus utama topik kita ialah...
97. Fungsi utama ialah..
G
98. Galakan ini datangnya daripada...
99. Gamatlah suasana kerana ...
100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana...
101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa
102. Gejala ini ada kaitan dengan....
103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila...
104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan....
105. Generasi dotkom ini mementingkan..
106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila...
107. Gundah sekali apabila....
108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,
H
109. Habis (jadi),
110. Hala tuju kerajaan ialah...
111. Hal ini demikian kerana
112. Hal ini berlaku kerana...
113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana...
114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana...

115. Hal ini berpunca daripada...
116. Hal ini menyebabkan...
117. Hal ini menghalang usaha kita...
118. Hampanya ibu bapa apabila...
119. Harapan kita ialah...
120. Harapan negara ialah...
121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan
122. Hipotesisnya ialah...
123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana...
124. Hujah yang dikatakan...
125. Hujah itu memang tepat kerana...
I
126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan...
127. Idea ini menyebabkan
128. Ideologi ini memang benar kerana...
129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana
130. Ijtihad pelbagai pihak ialah...
131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan...
132. Iman manusia semakin menipis kerana..
133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,
134. Impaknya(kesannya) ialah
135. Impak daripaha hal ini menyebabkan...
136. Ingatlah bahawa...
137. Ingat,
138. Insaflah wahai manusia,
139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana...
140. Istilah malas memang bahaya kerana...
141. Izinkan saya katakan bahawa....
J
142. Jika ditinjau dari sudut agama,
143. Jauhari berpendapat bahawa,
144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa
145. Jadi,
146. Berjaga-jagalah kita,
147. Jagat (dunia) ini amat luas,
148. Jagatraya (seluruh dunia) ini,
149. Jago (juara) politik beranggapan,
150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana
151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin
152. Jak ( semenjak / dari)
153. Jalan hidup yang lurus ini
154. Jauh di sudut hati,
155. Jauh berbeza daripada orang lain,
156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan
157. Jentera kerajaan mestilah
158. Jihad (perjuangan) manusia
159. Justifikasinya, (alasannya)
160. Jurang pemisah in menyebabkan

K
161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa
162. Kaca mata ini sentiasa melihat
163. Kadangkala,
164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan
165. Kala manusia bermain dengan kezaliman,
166. Kalakian, ( ketika itu)
167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila
168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan
169. Kancah politik menyebabkan
170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga
171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan
172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana
173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila
174. Kata Perdana Menteri,
175. Kata golongan intelek,
176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa
177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa
178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah
179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila
180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan
181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)
182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana
183. Kelak,
184. Kemudiannya,
185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan
186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan
187. Kekentalan hidup mengajar kita
188. Kerenah manusia pada zaman moden ini,
189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila
190. Khususnya,
191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana
192. Kini,
193. Kira-kira sedekad lalu,
194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa
195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila
196. Kombinasi ini menyebabkan
197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan
198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana
199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa
200. Konklusinya,
201. Konsep ini sesuai kerana
202. Kontradiksinya, (sebaliknya)
203. Kekosongan jiwa menyebabkan
204. Kotornya sanubari seseorang jika
205. Kreativiti ini menyebabkan
206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana
207. Kritikalnya masalah ini kerana
208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila
209. Kurangnya pendidikan menyebabkan
L
210. Lagipun,
211. Lagi pula,
212. Langkah yang sesuai ialah
213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa
214. Lebih-lebih lagi,
215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana
216. Lahiriahnya ( pada awalnya)
217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana
218. Lanjutan daripada peristiwa itu,
219. Lantangnya suara manusia menyebabkan
220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang
221. Lebih-lebih lagi,
222. Leganya kita jika
223. Lillahi, (demi Tuhan)
224. Lumrahnya, (lazimnya)
225. Lumpur hidup ini memang begitu,
M
226. Maknanya,
227. Maka,
228. Masa sekarang
229. Malangnya,
230. Malang tidak berbau,
231. Masihkah anda ingat,
232. Misalnya,
S
      233. Sementelahan,

T
234. Tempiasnya (kesannya)

Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea.Hubungan ini terjadi dalam bentuk ayat baru atau perenggan baru. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat. Pengulangan kata atau rangkai kata utama, terutamanya dalam subjek dan predikat ayat juga berfungsi sebagai penanda wacana.

Fungsi
Contoh
1. Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping itu
2. Urutan
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
4. Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
5. Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
7. Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8. Sebab dan kesan
oleh itu, oleh sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
9. Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
10. Pertentangan
sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
11. Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Dipetik daripada :
http://nasa76.tripod.com/wacana.html

3 jenis penanda wacana:
i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
ii. Memperjitu organisasi penulisan.
iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.
Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
Beri pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya, dsbnya.
Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.
Memperjitu organisasi Penulisan
Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan bahagian yang lain.
Beritahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan kepada bahagian tertentu.
Contoh:
Sebagai kesimpulan,
untuk merumuskan,
contohnya,
tegasnya,
dapat dinyatakan bahawa
pertama,
ahkir sekali,
dengan kata lain,
dalam hal ini,
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi
Nota: Setiap frasa yang diikuti koma (,) seperti contoh di atas diwajibkan meletakkan koma dalam penulisan.
Menghubungkan fakta dengan fakta atau ide dengan ide yang lain
Halliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian, iaitu:
a. Menambah atau memperluas ide
Contoh:
dan
selanjutnya,
di samping itu,
selain itu,
lebih-lebih lagi
tambahan pula,
begitu juga,
seterusnya,
satu lagi
dsbnya.
b. Menunjukkan pertentangan ide
Contoh:
tetapi
Sebaliknya,
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun,
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya,
dan sebagainya.
c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat.
Contoh:
jadi,
Oleh sebab itu,
disebabkan
oleh yang demikian,
untuk tujuan itu,
maka (kata pangkal ayat)
Berikutan itu,
Dengan demikian,
kecuali
dengan syarat
justeru
tetapi - Sekiraya tetapi terletak pada permulaan ayat ia mestilah diikuti dengan tanda koma.
contoh: ... Tetapi, ...
sebaliknya - Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma (,) sebelum perkataan 'sebaliknya'.
Contoh:..., sebaliknya...
pangkal ayat - Di antara contoh-contoh pangkal ayat ialah seperti berikut: hatta, arakian, sebermula, alkisah.
justeru - penggunaan 'justeru itu' adalah salah dari segi tatabahasa


PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:

1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
selanjutnya, seterusnya, di samping
2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,
kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
diterangkan
4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
umpama, bagai, bak kata, sebagai
5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai
kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
bertentangan dengan
7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu
9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
juga dengan
10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
bagaimanapun, namun begitu, bertentangan
dengan
11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya



0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...