Blogroll

Sunday, May 20, 2012

1 broadband, kongsi banyak laptop dalam masa serentak, bagaimana caranya?

Semoga semua ceria-ceria belaka.

Biasa kita dengar orang cakap macam ni

Nak guna streamyx ke nak guna broadband. Streamyx kita boleh buat wifi, pastu boleh kongsi ramai pengguna, tapi tak boleh mobile. Kalau broadbang (broadband) pulak, boleh bawak kemana-mana, tapi tak boleh kongsi ramai- ramai guna kat rumah.

Rasa-rasa ramai tak yang pikir benda yang sama? sebenarnya saya pon fikir yang sama, sebab tak tau.

Rupa-rupanya, kita boleh kongsi jugak walaupun guna broadband.hehe..Sun

Ok kalau nak tau, jom kita mulakan.Saya kongsikan bagaimana laptop kita akan jadi wifi pulak supaya org lain boleh guna internet yg kita sedang pasang kat laptop kita.

1. First sekali, kita kena guna windows 7 Ultimate. Kalau windows 7 Home User, takboleh / takde function ni. (Ni yg saya tau la..kalau korang tau, boleh ajar kat saya nanti.)

windows7_login_screen_for_vista1

Nampak tak tulisan Windows 7 Ultimate kat bawah tu?

2. Lepas sign in broadband, celcom ke, maxis ke, digi ke, ape2 je ke, boleh tengok kat icon kat bawah sekali sebelah kanan.

brdbnd01

Lepas klik pada anak panah tu, klik pula pada “Open network and Sharing Center”

3. Lepastu, anda akan lihat paparan begini

brdbnd02

Klik pada Set up a new connection or network

4. Pastu paparan sebegini akan keluar

brdbnd03

Sila klik pada Set up a wireless ad hoc ……(mcm dlm kotak yg saya highlight tu). Tekan Next.

5. Lepas tu, paparan ni pulak yang keluar

brdbnd04

Isi network name , Security type ( Open, WEP atau WPA2-Personal), dan security key. Kalau pilih Open, tak perlu letak security key.

Klik pada next.

6. Lepastu, anda akan nampak paparan ini

brdbnd05

NI bermakna, wifi kita dah boleh diguna. Kalau nak guna untuk internet, kena pastikan klik pada kotak yang saya tandakan merah tu. Kalau tak klik, nanti kawan takboleh guna internet walaupun dia dah connect dgn wifi kita.

boleh tekan close lepas tu.

7. Wifi kita pon dah siap. kalau nak tengok wifi kita tu betul ade ke takde. boleh tekan kat icon internet connection macam kat bawah ni

brdbnd07

Lihat!! Dah ade wifi yang saya baru buat tu. nama network tu “saya punye wifi”

ok sekian, semoga bermanfaat untuk semua.

1 ulasan:

  1. Hi, guna hp leh tak?? hp saya s2 mini tak leh pulak detect wifi dari laptop??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...