Blogroll

Tuesday, July 24, 2012

CARA SETTING APN MAXIS DAN CELCOM

Kali nie aku nak share cara2 nak setting APN kt android.masalah lost connection nie jadi lepas aku root X8 aku.sekejap ada line 3G sekejap hilang pastu die suh download blk..so sgt2 menyusahkan..tapi xpe.aku dah jumpa cara nak setel kan masalah nie..aku dah try memang menjadi.

Tapi sebelum tu check dulu kt hp korang pastikan korang dah tick kt "data enable".pergi ke setting pilih wireless and network>mobile network>tick "data enable" "national data roaming" international data roaming"...jika tiada tanda-tanda 3g dan korang x boleh surf guna mobile data itu bermaksud memang wujud masalah.


yang ni setting utk celcom:

untuk set APN secara manual pergi ke setting > wireless and network > mobile network > Access Point Names dan tekan menu > new APN ...untuk 3G setting dalam ruang yang tersedia isi kan perkara di bawah :


Celcom 3G setting :
Name : Celcom 3G Internet
APN : celcom3g
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default

dan untuk celcom mms setting korang create another new APN...dan isi dengan butiran dekat bawah ni...

Celcom 3g MMS setting :
Name : Celcom 3G MMS
APN : celcom3g
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

Yang ni plak utk maxis:

3G
Name : Maxis 3G
APN : unet
Proxy :
Port :
Username : maxis
Password : wap
Server :
MMSC : http://172.16.74.100:10021/mmsc
MMS Proxy : 202.75.133.49
MMS Port : 80
MMS Protocol : WAP 2.0
MCC : 502
MNC : 12
Authentication Type :
APN Type : default,mms

2G
Name : Maxis 2G
APN : net
Proxy :
Port :
Username : maxis
Password : wap
Server :
MMSC : http://172.16.74.100:10021/mmsc
MMS Proxy : 202.75.133.49
MMS Port : 80
MMS Protocol : WAP 2.0
MCC : 502
MNC : 12
Authentication Type :
APN Type : default,mms
 
lepas dah setting pastu save.pastu pilih la APN tu..aku dah try.masalah connection hilang tu dah setel..

Monday, July 23, 2012

SOLATLAH.....

RASULULLAH bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Seorang mukmin sejati tidak cuai dalam melaksanakan ibadat solat fardu diwajibkan termasuk menjaga waktu, mematuhi tertib solat di samping mengerjakan ibadat sunat yang termampu olehnya.

Sesungguhnya jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak dapat merasai ketenangan dan ketakwaan sebenar kepada Allah. Lantaran itu ramai tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun mengerjakan sembahyang, puasa dan amalan wajib lain.

Rebutlah peluang semasa hidup untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata: "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari."

Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA


SEMAK KEWARGANEGARAAN HANDPHONE

Wah.. Telefon pun ada kewarganegaraan? Ho-ho-ho. Apa korang ingat Blogger je ada IC? Ha-ha-ha:D  Bukan kewarganegaraan. Cuma nak cek handphone korang yang canggih tu mana asalnya. Caranya begini ya.. 
Step 1. Korang taip no *#06# di handphone korang yang canggih tu.
Step 2. Akan terkeluar 15 digit nombor IMEI (International Mobile Equipment Identity)
Cnth No imei 316725204690216
Korang tengok pada nombor ke-7 dan ke-8.
*Kalau 02 atau 2 - Handphone korang dibuat di Asia tenggara which is Kualiti Biasa-Biasa
*Kalau 08 atau 80 - Handphone korang Made in GERMAN which is Kualiti yang BAGUS
*Kalau 01 atau 10 - Made in Finland which is BETTER than German punya kualiti.
*Kalau 00, 03 & 04 - Made from Kilang Asal which is The BEST quality among the quality's grade
Note: Kalau tiada sebarang nombor di atas, maknanya handphone korang PATI mariii which is no quality but KUALI.. Ho-ho-ho.

BAHAYA ROKOK


Wednesday, July 18, 2012

CARA TRADE INI KERETA BELUM HABIS BAYAR

Sebenarnya tajuk yang lebih sesuai dengan posting kali ini ialah bagaimana nak beli kereta dengan cara trade in kereta yang masih ada hutang dengan bank.. erk.. panjang pulak tajuknya..hehe

Aku tengok kat status pelawat blog ni ramai yang sesat sini untuk cari panduan untuk trade in kereta. Jadi kali ni aku merajinkan diri untuk menjelaskan cara-cara jual beli tersebut. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang mungkin dah lima enam kali juga menjalankan aktiviti menambah hutang ni.

Dalam kes ini, kereta yang aku nak jadikan sebagai contoh ialah sebuah Perodua Myvi 1.3 manual buatan tahun 2005. (Ini sebagai contoh ajer... tak der kena mengena samada yang telah hidup atau yang masih mati)


Ini detailnya :-
Jenis Kereta : Myvi 1.3 (M) 2005
Beli : (Baru) November 2005 (start bayar Disember 2012)
Harga Atas Jalan(Termasuk Insuran Road Tax): RM47,000
Deposit : RM5,000
Loan : RM42,000
Jangkamasa Hutang: 9 Tahun (108 Bulan)
Interest: 3.5% = RM13,230 (9 tahun)
Jumlah kena bayar: RM42,000 + RM13,230 = RM55,230
Ansuran bulanan: RM512 (Sepatutnya RM511.39.. jadi bulan terakhir bayar kuranglah)

Info kat atas tu boleh cari kat aggreement yang bank bagi masa kita beli kereta dulu.

Sebelum terjah ke kedai kereta, lebih baiklah buat anggaran kira-kira terlebih dahulu.

1. Jumlah Hutang Yang Tinggal (Settlement)

Mula-mula kita kena tengok dulu berapa hutang yang tinggal. Takut-takut, harga market kereta tak boleh cover hutang kita tu pulak... macam mana nak beli kereta lain kalau macam tu..! Biasanya kalau loan kereta 9 tahun kenalah pakai lebih kurang 5 tahun baru ada balance untuk dijadikan muka kereta baru. Kalau loan 7 tahun, rasanya bayar kat bank 3 tahun dah ok kot. Kena kira lah dulu.

Bila kita trade in kereta, sebenarnya kita akan dikira bayar lump sum kat bank hutang kereta kita tu. Kita bayar habis (kononnya), jadi bank akan suka hati (kononnya) so dia bagi kita rebet pasal habiskan bayar hutang lebih awal dari jadual. Setelah ditolak rebet, hutang kita pada bank akan jadi kurang. (Jumlah hutang yang tinggal ni dipanggil 'settlement')

Berdasarkan info kat atas tu:
Kononnya aku nak jual kereta tu pada bulan ni (Mei 2012 ).
Aku dah bayar selama 78 bulan iaitu RM39,936.
Ikut jadual hutang kita ialah RM55,230 - RM 39,936 = RM15,294 (Tinggal 2 tahun setengah jer)
RM15, 294 adalah hutang sebenar. Tapi pasal kita akan clearkan hutang 2 tahun setengah lebih awal. Maka bank akan bagi rebet. Jadi berapa hutang aku?

Pergi kat link sini Autoworld-Car Loan Settlement Calculator dan isikan maklumat yang sepatutnya seperti gambar di bawah ni:


Dari gambar atas ni, jumlah yang aku kena bayar kat bank ialah RM14,316.00 (dibulatkan). Rebet yang aku dapat ialah RM977.75. Sikit jer, pasal tinggal 2 tahun setengah jer.

Ini anggaran jer tau. Kalau nak tahu jumlah yang tepat kena telefon bank. Bank akan tanya tarikh sebenar nak jual kereta tu, dan kira berdasarkan tarikh tersebut.

Thursday, July 12, 2012

Peringatan Buar Wanita Bergelar Isteri


BUKA FILE DARI PENDRIVE



Virus sekarang sukar hendak dibendung. Walaupun ada antivirus yang berbayar sekalipun, komputer kita tetap akan mengahadapi kerosakan akibat dari virus yang durjana. Antara tips untuk membuka file yang ada didalam pendrive adalah (Pengguna Windows XP):

  • Buka My Computer
  • Click Folders
  • Click pada file yang anda mahu buka.

Kenapa kena click folders?? kerana kebiasaan jangkitan virus melalui pendrive, dia ada satu file nama autorun.inf. file ini kalau kita doubleclick pada icon pendrive, secara aotomatik virus akan menular masuk dalam komputer kita. Ok. Jumpa pada tips akan datang!!

Selesaikan Masalah RVHOST.exe








1. Click Start > Run.
2. Taip regedit
3. Click OK.

Nota: Jika regedit tidak boleh buka, sila baca artikal bagaimana untuk enable regedit.

4. Cari subkey berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

5. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Shell" = "Explorer.exe " RVHOST.exe"

6. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run

7. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Yahoo Messengger" = "%System%\RVHOST.exe"

8. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\WorkgroupCrawler\Shares

9. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"shared" = "[SHARED DRIVE]\New Folder.exe"

10. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System

11. Di sebelah kanan, tukar value yang sedia ada kepada value asal yang telah virus tersebut tukar.Ubah supaya menjadi berikut:

"DisableTaskMgr" = "0"
"DisableRegistryTools" = "0"

12. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer

13. Di sebelah kanan, tukar value yang sedia ada kepada value asal yang telah virus tersebut tukar.Ubah supaya menjadi berikut:

"NofolderOptions" = "0"

14. Cari subkey berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Schedule

15. Di sebelah kanan, tukar value yang sedia ada kepada value asal yang telah virus tersebut tukar.Ubah supaya menjadi berikut:

"AtTaskMaxHours" = "0"

16. Cari subkey berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion

17. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Run" = "BkavFw"

18. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion

19. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Run" = "IEProtection"

20. Tutup regestry. Restart Komputer anda.

BUKA FILE DARI PENDRIVE



Virus sekarang sukar hendak dibendung. Walaupun ada antivirus yang berbayar sekalipun, komputer kita tetap akan mengahadapi kerosakan akibat dari virus yang durjana. Antara tips untuk membuka file yang ada didalam pendrive adalah (Pengguna Windows XP):

  • Buka My Computer
  • Click Folders
  • Click pada file yang anda mahu buka.

Kenapa kena click folders?? kerana kebiasaan jangkitan virus melalui pendrive, dia ada satu file nama autorun.inf. file ini kalau kita doubleclick pada icon pendrive, secara aotomatik virus akan menular masuk dalam komputer kita. Ok. Jumpa pada tips akan datang!!

Wednesday, July 11, 2012

CARA UNTUK LAJUKAN INTERNET D PC ATAU NOTEBOOK

Ini adalah salah satu cara untuk melajukan internet menggunakan windows XP@VISTA...

1.Klik START, kemudian klik RUN

2.Masukkan ayat ni : "gpedit.msc" akan keluar Local Group Policy Editor

3.Double klik pada : Local Computer Policy

4.Double Klik pada : Computer Configuration

5.Double Klik pada : Administrative Templates

6.Double Klik pada : Network

7.Double Klik pada : QoS Packet Scheduler

8.Pergi ke folder QoS Packet Scheduler
Double Klik pada : Limit Reservable Bandwidth

9.Ubah posisinya menjadi : Enable.

10.Pada kotak bandwidth limit (%) : ganti angka “20″ menjadi “0″

11.Klik : Apply dan OK

12.Selanjutnya Double klik pada : Limit Outstanding Packets

13.Ubah posisinya menjadi : Enable.

14.Pada : number of packets : ganti “65535″ menjadi “70000″

15.Klik : Apply dan OK

16.Restart Komputer.

Setting ini berlaku untuk semua jenis rangkaian internet dan jika setting ini berjalan dgn lancar tanpa virus, maka akan berlaku peningkatan kelajuan sebanyak 20 %.Selamat Mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...