Blogroll

Sunday, September 16, 2012

DENGAN SIAPA WAJIB BERHIJAB DAN HARAM BERSALAM

     DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN
Disebabkan kecuaian di dalam mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpai mempunyai beberapa anggapan yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, secara automatik ia mebawa kepada hal yan fatal, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap sebagai mahromnya. Sangat ironis, tetapi demikianlah kenyataannya. Oleh kerana itu diperlukan penerangan secepatnya.
Berikut ini beberapa orang yang sebenarnya bukan mahram tetapi dianggap mahram tersebut:
[1]. Ayah Dan Anak Angkat.
Hal ini berdasarkan firman Allah :
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]
[2]. Sepupu (Anak kepada pakcik/makcik).
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:
“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian. [An-Nisa': 24]
Menjelaskan ayat tersebut, Syaikh Abdur Rohman Nasir As-Sa’di berkata:
” Hal itu seperti sepupu (dari sebelah ayah) dan sepupu(dari sebelah ibu)”. [Lihat Taisir Karimir Rohman hal 138-139]
[3]. Ipar.
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshor: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”. [HR Bukhori; 5232 dan Muslim 2172]
Imam Baghowi berkata; ” Yang dimaksud di dalam hadits ini adalah saudara suami (ipar) kerana dia tidak termasuk mahram bagi si isteri. Dan seandainya yang dimaksudkan adalah mertua sedangkan dia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?” Lanjutnya: “Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian”.
[4]. Mahrom Lakonan.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang `berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ; “Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.
JENIS-JENIS MAHRAM
[A]. MahrAm Kerana Nasab (Keluarga)Mahram dari sudut nasab adalah yang disebutkan oleh Allah Ta’ala di dalam surat An-Nur 31:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada :
suami mereka, atau
ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau
anak-anak lelaki mereka, atau
anak-anak lelaki suami mereka, atau
adik beradik lelaki mereka, atau
anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau
anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki), atau
wanita-wanita di kalangan mereka, atau
hamba-hamba yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
Para ulama’ tafsir menjelaskan: ” Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahrom bagi wanita adalah yang disebutkan dalam ayat ini, mereka adalah:
[1]. Ayah
Termasuk dalam katagori ayah (bapak) adalah datuk, baik dari bapak mahupun ibu. Juga bapak-bapak mereka ke atas. Adapun bapak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan firman Allah Ta’ala;
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. “[Al-Ahzab: 4]
Dan berkata Imam Muhammad Amin Asy Syinqithi rahimahullah, “Difahami daripada firman Allah Ta’ala ” Dan isteri anak kandungmu …” (QS. An Nisa: 23) bahawa isteri anak angkat tidak termasuk diharamkan, dan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 4, 37,40´´ [Adlwaul Bayan 1/232]
Adapun bapak tiri dan bapak mertua akan dibahas pada babnya.
[2]. Anak Lelaki
Termasuk dalam kategori anak lelaki bagi wanita adalah: cucu, baik dari anak lelaki mahupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas. Dan tentang anak tiri dan anak menantu akan dibahas pada babnya.
[3]. Adik beradik lelaki, Baik Sekandung, Sebapak Atau Seibu Sahaja.
[4]. Anak-anak saudara (anak buah)
Bbaik dari adik beradik lelaki mahupun perempuan dan anak keturunan mereka. [Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233]
[5]. Pakcik
Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;
“Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya:”Apa yang kamu sembah sepeninggalku”. Mereka menjawab:”Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, …”. [Al-Baqarah :133]
Sedangkan Ismai’il adalah pakcik kepada putra-putra Ya’qub. [Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]
Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.” (Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)
[B]. Mahram Kerana Penyusuan
Perbahasan ini dibahagi menjadi beberapa fasal:
[a]. Definisi Hubungan Penyusuan
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan syarat-syarat tertentu. [Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]
Sedangkan persusuan yang menjadikan seseorang menjadi mahram adalah lima kali persusuan pada hadits daripada Aisyah radhiallahu `anha.
“Termasuk yang di turunkan dalam Al-Qur’an bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.” [HR Muslim 2/1075/1452, Abu Daud 2/551/2062, Turmudhi 3/456/1150 dan lainnya) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama'. (lihat Nailul Author 6/749, Raudloh Nadiyah 2/175]
[b]. Dalil Hubungan Mahram Dari Hubungan Penyusuan.
Qur’an :
” … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …” [An-Nisa' : 23]
Sunnah :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu `anhu berkata; Rasulullah shallallahu `alaihi wassalam bersabda :
“Diharamkan daripada penyusuan apa-apa yang diharamkan daripada nasab.” [HR Bukhori 3/222/2645 dan lainnya]
[c]. Siapakah Mahram Wanita Sebab Penyusuan?
Mahrom kerana sebab penyusuan seperti mahram dari nasab iaitu:
[1]. Bapak susuan (Suami ibu susu)
Termasuk juga datuk susuan aaitu bapak kepada bapak atau ibu susuan, juga bapak-bapak mereka ke atas.
[2]. Anak lelaki dari ibu susu
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
[3]. Saudara lelaki sepersusuan, baik kandung mahupun sebapak, atau seibu dulu.
[4]. Anak buah persusuan, baik dari saudara susu lelaki atau perempuan, juga keturunan mereka
[5]. Pakcik persusuan (Saudara lelaki bapak atau ibu susu)
(Lihat Al Mufashol 3/160 dengan beberapa tambahan)
[C]. Mahram Karena Mushoharoh
[a]. Definisi Mushoharoh
Berkata Imam Ibnu Atsir; ” Shihr adalah mahram karena pernikahan.” [An Niyah 3/63]
Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; ” Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah dengan wanita tersebut selam-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan, mertua perempuan. [Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]
[b]. Dalil Mahram Sebab Mushaharoh
Firman Allah:
“Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka….” [An-Nur 31]
“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…” [An-Nisa' : 22]
“Diharamkan atas kamu (mengahwini) …ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]
[c]. Siapakah Mahrom Wanita Dari Sebab Mushoharoh
Ada lima yakni :
[1]. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:
“Adapun suami, maka semua ini (bolehnya menampakkan perhiasan, perintah menundukkan pandangan dari orang lain-pent-) memang diperuntukkan baginya. Maka seorang istri berbuat sesuatu untuk suaminya yang tidak dilakukannya dihadapan orang lain.: [Tafsir Ibnu Katsir 3/267]
[2]. Ayah Mertua (Ayah Suami)
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
[3]. Anak Tiri (Anak Suami Dari Isteri Lain)
Termasuk anak tiri adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki mahupun perempuan, begitu juga keturunan mereka [Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
[4]. Ayah Tiri (Suami Ibu Tapi Bukan Bapak Kandungnya)
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan [Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]
[5]. Menantu Laki-Laki (Suami putri kandung) [Lihat Al Mufashol 3/162]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya. [Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]
[Disalin dengan sedikit diringkas dari: Majalah "Al Furqon", Edisi 3 Th. II, Syawal 1423, hal 29-32]
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/27/kekeliruan-tentang-mahram/

SUAMI DAN FACEBOOK ISTERI


Soalan; Salam ustaz, Saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya dibawah: -
1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gamabr, nota, korespondences yang terdapat di dalamnya?
2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan muhrim walaupun atas dasar berkawan?
3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk mejadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan muhrim melalui jaringan social atau email seperti diatas?
4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan social atau email?
5. Sekiranya si isteri tidak bersetuju dengan nasihat dan pandangan suami atas perkara-perkara diatas, apakah yang patut dilakukan oleh si suami?
6. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?
Wassalam

Jawapan;

1. Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. Firman Allah; “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6). Di antara yang dipesan oleh Rasululllah ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda ; “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadis tadi.

2. Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul denagn wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah munkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki. Sabda Nabi; “Sesiapa dari kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri). Menurut ulamak; antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa ke atas ahli-ahli keluarga.

3. Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi orang ketiga” (HR Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar). Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Cemburu ada dua; satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadis ini soleh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5783). Menurut ulamak; maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (HR Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar). Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah). Sabda Nabi juga; “Tiga manusia akan diharamkan Allah dari Syurga;
1. Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503)

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadis no. 5783.
2. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz. 5.

Innocence of Islam – Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad, Nauzubillah!


Seluruh dunia Islam sekarang dilanda kemarahan di atas penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad. Di beberapa negara terutamanya di Asia Barat dan jiran kita di Indonesia sudah melakukan tunjuk perasaan memprotes filem ini. Kita di Malaysia bagaimana? Masih lagikah sibuk dengan Gangnam Style yang tak senonoh tu?
Filem Innocence of Islam
Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.
Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam.
Siapa itu Sam Bacile?
Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan
keburukan Islam kepada dunia.
Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.
sumber: billyinfo.blogspot.com

LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Thursday, September 6, 2012

CARA PASANG TOMBOL PINTU

tombol pintu rumah rosak...sebagai bapa kene gak tau nak repair..asyik nak upah je..bila nak pandai tu dak.. gambar atas..pintu yang aku dah cabut tobol dia...nak cabut pun kene ade skil..kalau pakai kederat..alamat jahanam la pintu tuh...gambar bawah..tombol yang dan kene cabut dek aku la...
tombol baru aku beli..murah je belas2 ringit je...jimat duit...tapi kualiti ok la kot..
bukak je kotak...camtuh lah keadaan dia..eok lagikan..semua komponen dicantum kan..nak bukak kene ada cara....
tau tak camne nak cabut tombol tuh...kalau tarik je kompem tak tercabut kalau setakat pakai kederat manusia..
ternik nak cabut senang je..nampak lubang tuh kan...cocoh je skru driver ke..ape ke..biasa nye disediakan dalam kotak sekalik...so takyah risau....
apabila dan cocoh kat lubang tuh tadi..maka jadi la cam gambar kat atas nih..terpisah kepada tombol dari badan nye...
kemudian leraikan satu2..sila rujuk gambar atas...tombol buka sebelah sahaja...nih dah nak mula proses memasang dah nih...
mula2 masukkan alat kat atas tuh ( tak tau nama ape..masuk je kat tapak yang dah ada tuh... )nih bahagian depan dia...gambar bawah bahagian yang dilihat dari sudut belakang nye ye...
nampak kan alat join tuh yang macam huruf t tuh...alat itu akan disangkutkan pada ruang yang berkenaan ..rujuk gambar bawah..nampak ruang2 tuh kan..ruang tersebut akan melalui join yang kat atas tuh...sebb tuh bila kita pulas tombol je..dia bulih buka dan tutup...

ejas molek2 supaya join tuh masuk betul2...
nih gambar bila dah siap masuk dalam lubang ( tapak lama nih )...

nak tau ok ke dak join yang kita masuk tuh..cube pulas tombol belah sana nuh ( yang kita tak cabut tadik )..jadi camne mende yang terkeluar tuh..kalau pulas je dia masuk keluar masuk keluar..ok lah tuh..kalau pulas tak de perubahan ape2..tak betul lah...
dah settel..pasang semula alat2 yang diceraikan mengikut gambar yang ke 5 & 6 tuh....
nih gambar yang dah siap semua dipasang...

gambar yang sempurna pemasangan nye...lega dan bersyukur jimat duit sikit..kalau upah nih mau rm 15-rm 20...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...