Blogroll

Sunday, April 28, 2013

PRU13-Keputusan hasil undian JustUndi - PR menang besar...


Apa komen anda....

Lynas - AIDS : Apa yang sama??

Adakah kita Rasional atau Emosi? Pembicaraan Saintifik Isu Lynas




 
Pihak kerajaan dan Lynas memberi gambaran penduduk Kuantan-Kemaman serta orang-orang yang menyokong mereka adalah kumpulan orang yang tidak tahu apa-apa. Mereka digambarkan sebagai paranoid, takut terhadap sesuatu ancaman yang tidak wujud tanpa sebarang rasionaliti. Menjadi mangsa ahli-ahli politik berkepentingan dan esktrimis alam sekitar. Bagi mengukuhkan dakwaan mereka itu, mereka mengemukakan beberapa fakta sains dan teknikal bagi menunjukkan tahap radiasi Lynas adalah di bawah paras berbahaya.

Namun, adakah paras berbahaya itu benar-benar diterima sebagai ‘selamat’ di peringkat antarabangsa?

Sebenarnya, di sebalik semua itu, tidak ada konsensus (persefahaman) saintifik dan teknikal pada isu risiko kesihatan akibat pendedahan kronik (jangka panjang) kepada radiasi tahap rendah daripada pemancar dalaman (internal emitter - zarah radioaktif yang masuk ke dalam tubuh manusia, dalam kes kilang pemprosesan Lynas, sisa pepejal diproses menjadi serbuk dan berpotensi memasuki tubuh manusia melalui pelbagai laluan). Dalam keadaan ketidakpastian saintifik seperti ini, adakah kita boleh mengambil jalan mudah dan menerima bahawa tahap radiasi Lynas selamat seperti yang berlaku sekarang?

Amalan biasa di peringkat antarabangsa untuk takat selamat bagi pendedahan kepada sinaran mengion (1 mSv/tahun untuk orang awam, dan 20 mSv/tahun untuk tetapan pekerjaan) telah diperolehi daripada model risiko kuantitatif yang telah dibangunkan oleh ICRP. Model ini telah ditentukan berdasarkan penemuan daripada kajian susulan terhadap mereka yang terselamat daripada letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki (dengan mengambil kira kesan serta-merta, pendedahan seragam keseluruhan badan terutamanya kepada radiasi gamma daripada sumber luaran).

Sejak 3 dekad yang lalu - bermula dengan kes Seascale, kemudiannya Chernobyl, dan yang terbaru, dua kes besar (dengan statistik yang kukuh) kajian epidemiologi kebangsaan di Jerman (KiKK, 2008) dan Perancis (Geocap, 2012), telah mendapati peningkatan kes leukemia di kalangan kanak-kanak yang berada di lokasi yang didapati ukuran dan anggaran radiasi luaran berada pada tahap 100 hingga 1000 kali di bawah tahap selamat, iaitu 1mSv/tahun.

Antara hipotesis yang telah dicadangkan berikutan peningkatan kes leukemia kanak-kanak yang tidak dapat dijelaskan ini adalah bahawa terdapatnya kemungkinan model risiko yang sedia ada dan tahap selamat yang digunapakai mereka tidak mengambil kira risiko terhadap kesihatan daripada faktor pemancar dalaman.

Untuk menangani kebimbangan ini, Kerajaan UK (melalui kerjasama antara Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar) menubuhkan panel pakar bebas pada tahun 2001 (CERRIE, yang dipengerusikan oleh Profesor Dudley Goodhead, Pengarah Unit Majlis Penyelidikan Perubatan pada Radiasi dan Kestabilan Genom). Pada tahun 2004, panel pakar mengemukakan laporan mereka, dan kesimpulan mereka telah dinyatakan dalam dua perenggan:

“Bukti Biologi: Pandangan Jawatankuasa telah dibahagikan kepada banyak aspek interpretasi data biologi. Bagi menyimpulkan ketidakstabilan genom, kesan bystander, induksi mutasi satelit mini dan isu-isu tertentu mikro dosimetri, terdapat persetujuan umum bahawa kebanyakan fenomena adalah benar dan ada yang mungkin merupakan sebahagian daripada respon selular dan tisu. Walaubagaimanapun, terdapat perselisihan pendapat yang ketara sama ada data yang sedia ada adalah mencukupi untuk membuat kesimpulan yang kukuh mengenai implikasi radiasi terhadap kesihatan. Satu pihak minoriti Jawatankuasa ini berpandangan bahawa data yang ada telah jelas mencabar anggaran dos rendah yang selamat yang digunapakai kini dan mereka memberi penekanan terhadap implikasi pemancar dalaman. Ahli-ahli lain pula kurang yakin pada kekuatan saintifik kes tersebut. Kebanyakan ahli-ahli Jawatankuasa percaya bahawa pengetahuan yang lebih mendalam diperlukan dan sebahagian menganggap bahawa pengukuran risiko epidemiologi semasa berkemungkinan akan dimasukkan faktor tindak balas selular luar biasa ini, walaupun pada kesan dos rendah masih tidak dapat dipastikan. (CERRIE 2004, p.116).

Bukti epidemiologi: Semua ahli Jawatankuasa percaya bahawa bukti epidemiologi adalah kukuh untuk pendedahan tahap sederhana dan tinggi akan menyebabkan penggabungan radionuklid dalam badan, seterusnya menyebabkan peningkatan risiko kesan buruk kepada kesihatan kepada mereka yang terdedah. Semua ahli Jawatankuasa kecuali seorang percaya bahawa tahap rendah kemasukan radionuklid juga menyebabkan peningkatan risiko kesan buruk kepada kesihatan akibat radiasi dalaman organ-organ dan tisu. Beberapa orang ahli juga berpandangan bahawa bukti epidemiologi secara keseluruhannya tidak semestinya bermaksud jangkaan daripada model risiko semasa adalah salah dari segi materialnya. Ahli-ahli lain menganggap bahawa model ini mungkin kurang menitikberatkan risiko daripada kemasukan radionuklid tertentu oleh faktor-faktor yang agak sederhana. Dua orang ahli pula beranggapan bahawa model tersebut kurang menitikberatkan risiko daripada kemasukan radionuklid oleh faktor-faktor yang sangat besar. Sebaliknya, seorang ahli berpendapat bahawa sebarang pemerhatian terhadap kenaikan risiko pada dos yang rendah adalah berkemungkinan mempunyai sebab-sebab lain daripada radiasi, bermaksud, model tersebut sebenarnya terlalu menitikberatkan risiko pada dos yang rendah. Oleh itu, hanya sedikit konsensus di kalangan ahli Jawatankuasa berkenaan bukti epidemiologi secara keseluruhannya. (CERRIE 2004, p.117)”

Secara ringkas, di kalangan ahli-ahli panel UK, pandangan mereka sangat berbeza-beza terhadap kes ini, ada yang beranggapan kesan buruk boleh diabaikan dan ada yang mendakwa model semasa memandang rendah risiko radiasi sekurang-kurangnya 100 kali ganda daripada yang sepatutnya - jelas menunjukkan di kalangan pakar juga tidak ada konsensus.

Prinsip Pencegahan - dalam situasi ketidakpastian saintifik dan teknikal, error on the side of caution (salah kerana berhati-hati) - adalah satu prinsip yang terkenal dan diterima secara meluas undang-undang di negara dan perundangan antarabangsa. Di California misalnya, prinsip ini adalah dilaksanakan dengan memerlukan Molycorp (dalam proses pembukaan semula lombong nadir bumi terbesar di dunia) untuk mematuhi keperluan pelepasan cecair sisa sifar walaupun kelarutan sebatian torium adalah terhad dalam kebanyakan keadaan.

Naluri penduduk Kuantan-Kemaman pada asasnya adalah benar, “jika loji tersebut adalah selamat, mengapa tidak beroperasi di Australia?" Sedangkan, Arafura Resources akan mengendalikan sebuah kilang penapisan nadir bumi di Australia (Whyalla, Australia Selatan), pihak berkuasa Australia beroperasi dengan prinsip berjaga-jaga dengan mengarahkan Arafura untuk mengangkut sisa pepejal radioaktif kembali ke tapak lombong di Nolans Bore, Wilayah Utara untuk ditanam dengan selamat. Arafura dijangkakan akan mendapat keuntungan yang kurang berbanding Lynas. Amalan penapisan dan pelupusan yang selamat sebenarnya memba maksud harga tanah jarang menjadi lebih mahal - adakah pengguna bersedia untuk membayar lebih untuk telefon pintar mereka? Adakah Apple bersedia untuk mengurangkan margin keuntungan? Begitu juga dengan pihak yang lain.

“Nick Curtis, Najib Razak, dan lain-lain mesti berpindah dan membawa keluarga mereka terutama anak-anak kecil mereka untuk hidup di Kuantan / Gebeng” - ini adalah teras moral dan etika yang dipegang oleh penduduk dalam penentangan dan hujah mereka. Pandangan mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar sana mesti diberi keutamaan dalam perkara ini. Terutamanya dalam keadaan ketidaktentuan saintifik dan teknikal mengenai risiko kesihatan daripada pemancar dalaman, Lynas dan pihak berkuasa Malaysia tidak akan berupaya menghapuskan persepsi risiko dan rasa tidak senang fikiran penduduk Kuantan-Kemaman, dan kesan ke atas kehidupan dan ekonomi tempatan (nilai hartanah, pelancongan dan industri sampingan, produk makanan laut dan pelbagai lagi). Itulah keadaan sebenar yang perlu ditangani mereka, dan penduduk tempatan mesti mempunyai kata muktamad. Pilihan di tangan kita!

Disediakan oleh Prof. Chan Chee Khoon
Disunting dan diterjemah oleh Lee Chean Chung

Thursday, April 25, 2013

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

image
Pilihanraya umum ke 13 yang dikatakan sebagai pilihanraya yang akan menentukan masa depan sebenar negara dengan pembangkang dilihat semakin kuat memberi tentangan dan menjadi pesaing kepada kerajaan memerintah. Undi pengundi-pengundi di seluruh Malaysia terutama pengundi baru bakal menentukan jatuh bangun negara Malaysia. Berikut merupakan cara menyemak daftar undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada anda layak mengundi atau tidak pada pilihan raya kali ini.

1. Cara semak daftar undi online.

Semakan boleh dibuat dengan melayari pautan pautan berikut.


**hanya masukkan nombor kad pengenalan anda dan sistem akan memaparkan maklumat daftar undi anda.


2. Cara semak daftar undi SMS
SPR SEMAK NO.IC
Contoh : SPR SEMAK 780121043322
Hantar Ke : 15888

Tuesday, April 9, 2013

CERAKIN NO KAD PENGENALAN GUNA EXCELL BAB 2

1. Dalam posting yang sebelum ini, kita sudah melihat bagaimana nombor IC boleh diproses untuk mendapatkan tarikh lahir, tetapi tidak pula ditunjukkan bagaimana jika nombor IC tersebut bermula dengan nombor '0'. contohnya: 090102-03-0405

2. Jika nombor IC dimulakan dengan nombor '0', maka kita perlulah ubah suai sedikit formula kita yang sebelum ini. Dalam contoh lepas saya telah tunjukkan bahawa;

=LEFT(A2,2) akan memberikan 2 digit pertama nombor IC (digit mewakili tahun) dengan andaian bahawa sel A2 menyimpan nombor IC. Jika Nombor ICnya seperti diatas, maka penggunaan formula ini akan menghasilkan nombor '09'.

3. Excel akan mentakrif '09' menjadi '1909' apabila dimasukkan nilai tersebut sebagai parameter year didalam function DATE. Untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku, gunakan formula dibawah didalam suatu sel yg lain.



4. Setelah itu, gunakan nilai didalam sel C2 untuk dimasukkan sebagai parameter year dalam function DATE.

Selamat mencuba!

Friday, April 5, 2013

CERAKIN NO KAD PENGENALAN GUNA EXCELL


1. Kali ni saya nak berkongsi berkenaan pengolahan Nombor IC didalam Excel untuk mendapatkan lebih banyak maklumat darinya. Dan seperti tajuk posting, akan ada banyaklah sirinya sebelum kisah ini dianggap selesai.

2. Untuk memulakannya, kita perlu setuju, bahawasanya kita boleh keluarkan (BACA: Extract) sekurang-kurangnya 4 nilai lain dari Nombor IC, iaitu:
  • Tarikh Lahir
  • Umur
  • Jantina
  • Tempat Lahir
3. Jadi untuk babak #1, izinkan saya menghuraikan bagaimana kita boleh mendapatkan tarikh lahir dari sesuatu Nombor IC.

4. Kita perlu menggunakan 2 Function dari kategori Text untuk mengeluarkan data-data untuk Tahun Lahir(2 digit), Bulan Lahir(2 digit) dan Hari Lahir(2 digit) yang merupakan 6 nombor pertama dari sesuatu Nombor IC itu. Function yang saya maksudkan adalah Left dan Mid.

5. Jika Nombor IC berada di sel C3, maka formula untuk mendapatkan Nilai Tahun dari Nombor IC adalah seperti berikut:

=LEFT(C3,2)

dimana, parameter #1 dalam function LEFT adalah alamat sel dimana Nombor IC itu berada,
dan, parameter #2 pula adalah bilangan aksara (BACA: Character) yang ingin dikeluarkan (iaitu 2 digit)

6. Seterusnya, untuk mendapatkan Nilai Bulan begini:

=MID(C3,3,2)

dimana, parameter #1 dalam function MID adalah alamat sel dimana Nombor IC itu berada,
dan, paramater #2 pula adalah nombor mewakili kedudukan ke berapa kita ingin mula ambil nilai untuk dikeluarkan dari Nombor IC (dalam hal ini, bermula dari kedudukan ke-3)
dan akhir sekali, parameter #3 adalah bilangan aksara yang ingin dikeluarkan dari Nombor IC itu.


7. Nilai Hari pula dikeluarkan dengan menggunakan formula berikut:

=Mid(C3,5,2)


8. Langkah terakhir, selepas semua nilai-nilai tersebut telah dikeluarkan, barulah kita mencantumkan semula menjadi format tarikh dengan menggunakan fungsi DATE dari kategori Date & Time. Iaitu:

=DATE(D3,E3,F3)

dimana, D3 mewakili nilai Tahun
E3, mewakili nilai Bulan
dan F3 mewakili nilai Hari.


9. Jika format tarikh yang terhasil tidak menepati citarasa anda, sila klik pada butang kanan pada mouse anda semasa cursor berada pada nilai Tarikh Lahir. Pilih Format Cells, dan pilih tab Number, kemudian click pada Date, dan seterusnya di senarai yang muncul disebelah kanan window, pilihlah format yang bersesuaian.




Sekian untuk kali ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...