7 Jun 2013, aku telah ke Kuantan bertujuan membaiki pendawaian kereta wajaku di First Star. Dek kerana keesokkan harinya kuliah pertama semester 8 OUM bermula aku mengambil keputusan untuk menginap di salah sebuah hotel budget di Kuantan kerana seperti yang aku jangkakan masalah pendawaian keretaku memang memakan masa yang lama.
Setelah mengambil kira acara Jom Heboh yang akan berlangsung di Kuantan pada 8-9 Jun, aku dengan rasa malas nak round2 Kuantan untuk cari hotel budget lain, maka Hotel De SPRING menjadi sasaran aku memandangkan berdekatan dengan Kedai First Star.
De SPRING Hotel Budget di Kuantan hanya menawarkan empat jenis bilik
iaitu Standard Room tanpa tingkap dengan harga RM98, Dulexe Room dengan
tingkap RM118, Super Deluxe dengan harga RM158 dan Family Room dengan
harga RM188. Harga yang ditawarkan berubah mengikut promosi semasa yang
dilakukan oleh pihak hotel. Alhamdulilah aku berjaya mendapat harga RM78 untuk Standard Room kerana hotel ini tengah membuat promosi....