Hari ini 24 Ramadhan 1434 H bersamaan 2 Ogos 2013, aku memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana anak sulungku Muhammad Amirul Afham Akif telah diraikan dalam satu Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Sepanjang bulan Ramadhan ini anak sulungku sibuk bertadarus setiap kali waktu rehat di sekolahnya.
Perasaan bersyukur dan bangga menyelumbungi jiwa ragaku. Harapanku semoga ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacanya akan melindunginya dari godaan duniawi ini.Semoga anak sulungku menjadi hambaNya yang mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Terima kasih ku tujukan buat semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF SK Sungai Puteri yang membimbing anak sulungku sehingga khatam Al-Quran. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian.