Hari ini, aku telah menukar dua buah komputer yang bermasalah dengan power supply. Oleh kerana tiada peruntukkan maka aku telah mencari komputer lama yang power supplynya masih elok untuk ditukar pakai.
Alhamdulilah tindakan aku telah berjaya menyelesaikan masalah ini. Komputer yang berjaya aku baik pulih akan digunakan di kelas abad ke-21.
Aku amat berharap pada masa hadapan akan ada sumber kewangan untuk membaik pulih komputer agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. Terima kasih juga kepada bekas juruteknik SK Sungai Puteri Mohd Irwan yang sudi membantu dalam proses membaik pulih ini.