Blogroll

Sunday, January 31, 2010

Latih Jari-jemari Menaip

Bagaimana cara dan teknik anda menaip komputer? cekap? jangan berbohong pada diri sendiri... saya tahu anda hanya menggunakan dua jari sahaja.

Terutama kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah juga lepasan sekolah berusahalah memajukan diri sendiri. Tanpa mengira peringkat umur jangan ketinggalan menggunakan kemudian berlatih menaip yang disediakan.

Kenalkan kepada teman dan rakan sebuah laman web untuk melatih menguji kecekapan kita menaip dengan teknik yang betul.


Sila kunjungi laman web berikut:

Typing Web

Kalau dah cekap menaip nanti boleh uji kepantasan menaip anda di laman bawah ini. Saya dah cuba berlawan kepantasan cuma dapat 68 perkataan seminit, masa ni peserta yang paling laju menaip 131 perkataan seminit camana nak lawan depa?

Typer Race

Saturday, January 16, 2010

Panduan Mendaftar Google Blogger

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah pertama. Sila buka laman web Google Blogger. Anda akan dapati laman dengan gambar seperti di atas. Klik anak panah warna merah "CREATE YOUR BLOG NOW" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah Kedua. Anda akan lihat paparan muka "Create a Google Account" seperti dalam gambar di stas. Untuk mendaftar sila isi semua ruangan yang disediakan:-

  • Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar
  • Retype Email Address: Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.
  • Enter a Password: Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger.
  • Retype Password: Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.
  • Dispaly Name: Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti.
  • Word Verification: Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul.

Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik panah "CONTINUE" untuk langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.

Klik gambar untuk lihat yang lebih jelas.

Langkah ketiga. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di atas untuk menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-

  • Blog Title. Isikan ruangan ini dengan tajuk (title) yang berkaitan dengan isi tulisan bakal ditulis dalam blog anda. Sebarang Tajuk. Tajuk ini akan dipaparkan nanti dalam 'dashboard' anda, dalam blog anda dan dalam profil anda.
  • Blog Address (URL). Pilih nama yang sesuai dan masukkan nama blog anda dalam ruangan ini (http://NamaBlogAnda.blogspot.com). Alamat URL ini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membuka dan membaca blog anda, jadi anda kena catatkan alamat ini. Selepas menaip nama blog anda klik dulu "Check Availability untuk menyemak nama yang anda taip belum digunakan oleh orang lain serta dibenar untuk digunakan.
  • Word Verification. Masukkan huruf-huruf yang sedia dipaparkan diatas itu dalam ruangan ini, sama dan tepat seperti huruf yang dipaparkan.
Setelah lengkap ditaip sila klik panah "CONTINUE" unruk langkah berikutnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keempat. Memilih 'template' untuk blog anda. Dalam paparan muka ini ada disediakan gambar dua belas (12) jenis template dengan gambar contohnya, (lihat gambar di atas), skroll keatas dan kebawah untuk melihat semuanya dan pilih satu yang anda suka. Nama dua belas template tersebut adalah seperti berikut:-

  • Minima
  • Minima Black
  • Dots
  • Son of Moto
  • No.897
  • Scribe
  • TicTac
  • Thisaway Rose
  • Snapshot
  • Rounders 3
  • Dots Dark
  • Sand Dollar

Klik pada butang bulat gambar blog tersebut untuk memilih satu yang anda suka kemudian klik "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.


Langkah kelima. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di atas. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat URL blog anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.

Klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keenam. Akhir anda telah berjaya sampai di sini, dimana dalam paparan bahagian ini anda akan menulis dalam ruang yang disediakan apa-apa sahaja cerita-cerita yang ingin anda tulis dan sampaikan kepada pembaca blog anda nanti. Sila beri tajuk artikel yang akan anda tulis dan masukkan dalam ruangan "Title:" di atasnya. Selesai menaip anda kena klik pada "PUBLISH POST" untuk dipaparkan dalam blog anda. Google akan 'save' pos anda selepas itu dan anda boleh klik pada "View Blog" untuk melihat rupa blog yang anda tulis. Sila baca artikel "Membuat Posting Dalam Blog" sebagai penerangan bagaiman menggunakan "setting" dalam bahagian ini.

Tuesday, January 5, 2010

TADIKA

Anak keduaku mulai bersekolah Tadika walaupun umurnya baru 4 tahun lebih (ikut tarikh lahir). Aku dan isteriku mengambil keputusan untuk menghantarnya ke sekolah adalah bertujuan memberi pendedahan kepada anakku itu berkaitan sekolah, pergaulan dengan rakan-rakan dan sebagainya.

Walaupun pada mulanya kami hampir tidak menghantarnya ke sekolah memandangkan permohonan kami ke prasekolah ditolak serta tiadanya sebarang pemberitahuan dari Tadika. Namum, sememangya ALLAH itu maha mengetahui segalanya, akhirnya anakku yang kedua NUR AYUNI BATRISYIA BINTI AMIR REZAL diterima untuk mengikuti pelajaran di Tadika Kemas Leban Chondong.

Tambahan pula kesibukan aku dan isteriku dengan urusan pendidikan dewasa ini amat sukar untuk kami memberi tumpuan kepadanya terutama dalam soal pelajaran. Kami mengharapkan dengan ke sekolah anakku itu dapat belajar asas seperti mengenal huruf, mengenal nombor dan sebagainya. Aku dan isteriku akan memberi 'backup' kepadanya pada hari kami tidak mengajar.

Kami amat berharap beliau menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat dengan ilmu yang diperolehinya sepanjang berada di TADIKA ini.

Monday, January 4, 2010

Najis Kecil, Najis Besar

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Friday, January 1, 2010

PENDAFTARAN TAHUN SATU ANAK SULUNGKU


Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup anak sulungku, Muhammad Amirul Afham Akif Bin Amir Rezal kerana akan didaftarkan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2010. Sebagai bapa aku dapat merasakan bagimana perasaan bapaku dahulu sewaktu aku anak sulungnya memulakan sesi persekolahan.
Alhamdulilah kerana semua persiapan untuk anakku ini bersekolah dapat aku dan isteriku sediakan. Aku berdoa agar anakku menjadi seorang murid yang cemerlang dan berjaya menimba semua ilmu yang diajar kepadanya agar dia menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...