Tuesday, August 31, 2010
Thursday, August 26, 2010
10 Perkara Kurang Digemari Bila Ke Bazar Ramadhan
Sunday, August 22, 2010
Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Sumber : http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06
Tanda Hati Mati
2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil
pengajaran daripadanya.
Thursday, August 19, 2010
Cara Cepat Buat Garisan MS Word 2007
Berikut cara membuat berbagai jenis garis pada Word 2007.
Pertama, jika kita ingin membuat garis lurus sederhana, ketik tiga strip (---) kemudian tekan ENTER.
Kedua, jika kita ingin membuat garis titik-titik, ketik tiga asterisk (***) kemudian tekan ENTER.
Ketiga, jika kita ingin membuat garis lurus lebih tebal, ketik tiga tanda garis bawah (underscore) (___) kemudian tekan ENTER.
Keempat, jika ingin membuat garis lurus double, ketik tiga sama dengan (===) kemudian tekan ENTER.
Kelima, jika kita ingin membuat garis triple, ketik tiga tanda kres (###) kemudian tekan ENTER
Keenam, jika kita ingin membuat garis zigzag, ketik tiga tanda tildes (~~~) kemudian tekan ENTER.
Tuesday, August 17, 2010
Saturday, August 14, 2010
Wednesday, August 11, 2010
10 Jalan Yang Syaitan Gunakan Untuk Pengaruhi Kita
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawaRasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.
P/S:KEPADA SEMUA SAUDARA KU,AKU TIDAK INGIN KITE SEMUA TERGOLONG DLM GOLONGAN YANG DIBENCI DAN DIMURKAI OLEH ALLAH DAN AGAMA,JANGAN KITA MENCALARKAN KEISLAMAN KITA DENGAN KENIKMATAN SEMENTARA TAPI CARILAH KENIKMATAN YANG BERKEKALAN YANG ALLAH SEDIAKAN UNTUK KITA SEMUA....
ALLAH ITU MAHA PEMBERI RAHMAT,DAN BERSYUKURLAH DENGAN SETIAP RAHMAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA.....
Tuesday, August 10, 2010
Suami vs Jin Aprit
Si suami seorang yang sangat komited dengan peranannye sebagai seorang suami. Setiap masa dia akan bekerja untuk menyara keluarganya. Pantang dengar ada peluang perkerjaan, pasti dia akan memohonnya (maklumlah Kontraktor Kelas F).
Si isteri pulak tidak bekerja (suri rumah sepenuh masa). Segala urusan berkaitan rumah tangga diambil tahunya. Makan, pakai si suami semua dalam poketnye. Matlamat utama si isteri menjadi isteri cemerlang dan terbilang. Cuma si isteri ini mempunyai satu tabiat yang amat tidak disenangi si suami iaitu suka berleter. Setiap masa di mana saja si isteri akan berleter sampai si suami naik bosan dan hilang perhitungan (nak hitung 1,2,3 hingga 10 pun tak boleh).
Pada suatu hari, sebaik sahaja si suami menghempaskan punggungnya di atas sofa bernilai RM2000 sebaik sahaja pulang bekerja, tiba-tiba si isteri keluar dari dapur lalu terus membebel kepada si suami. Si suami terus cuba memekakkan telinganya tapi si isteri terus membebel kepada si suami tanpa henti walaupun jam dinding menunjukkan bebelan itu telah berlangsung hampir 45 minit. Si suami mula hilang kesabarannya lalu menangkap si isteri dan membawanya ke belakang rumah mereka. Tiba di sebuah perigi buta si suami terus menghumban si isteri ke dalam perigi buta itu sambil memberi kata dua kepada si isteri iaitu jika si isteri ingin kembali ke rumah dia perlu menghindarkan tabiat buruknya yang suka berleter.
Si suami terus meninggalkan si isteri di dalam perigi buta itu, lalu menyambung istirehatnya. Selang beberapa hari si suami mula merasa kekosongan, dia mendapati macam satu kekurangan yang terdapat di rumahnya. Si suami mula merindui leteran si isteri. Tanpa berlengah si suami terus ke perigi buta lalu menghulurkan tali sambil memujuk si isteri dengan kata-kata yang penuh penyesalan dan pengharapan disulami kasih sayang. Harapan si suami agar isterinya memegang tali yang dihulurnya untuk ditarik keluar dari perigi buta itu.
Tiba-tiba si suami terasa tali yang dihulurnya direntap oleh seseorang dan terasa akan beban yang akan ditariknya. Dengan sepenuh tenaga kejantanannya si suami menarik ke atas. Sesampai sahaja di permukaan perigi buta, alangkah terkejutnya si suami bila mendapati yang keluar dari perigi buta itu bukanlah isterinya tetapi lembaga hitam.
Lantas diajukan soalan kepada lembaga hitam itu. "Siapa kamu? Kamu bukan isteriku. Kamu hitam dan rupamu amat hodoh?," tanya si suami. "Aku Jin Aprit", jawab lembaga itu. "Kenapa kamu yang menyambut tali yang aku hulurkan kepada isteriku di bawah sana", tanya si suami lagi. "Sejak kau mencampakkan isterimu ke dalam perigi buta ini, kehidupan aku jadi kacau bilau. Aku dah tak tahan mendengar leteran isterimu saban masa dan ketika. Itu sebab aku ingin pergi dari sini", jelas Jin Aprit lagi dengan muka yang sugul. Si suami terpingga-pingga.
Pengajaran dari cerita di atas :-
Leteran bukan sahaja tidak disukai oleh suami malah Jin Aprit turut tidak menyukainya.
Monday, August 9, 2010
Fadhilat Puasa dan Solat Terawikh
* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)
* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).
Sunday, August 8, 2010
Gunakan Shortcut key untuk Aplikasi anda
Katakan anda ingin membuka aplikasi Photoshop, anda perlu sekurangnya 3 langkah untuk membuka Photoshop seperti START >> ALL PROGRAM >> PHOTOSHOP, atau cara mudahnya dengan mengklik icon Photoshop di permukaan desktop. Tetapi cara yang lebih mudah dan profesional adalah dengan menggunakan shortcut key seperti Ctrl + Alt + P. Dengan cara ini,setiap kali anda menekan Ctrl + Alt + P secara automatik aplikasi Photoshop akan terbuka tanpa perlu anda klik pada icon.
Pilih perisian yang anda ingin dan klik properties :
Di bahagian “shortcut”, cari ‘Shortcut Key’ dan set kan kepada huruf kegemaran anda, lihat gambarajah di bawah :
kemudian klik Apply dan OK.
info dari pcislam.com
Saturday, August 7, 2010
Anak kembar
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.
Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.
Potong
Nazri: "Kenapa menangis?"
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"
Doktor Muda
Doktor senior: Kenapa ni?
Doktor muda: (termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit. Alamak... matilah saya macam ni, matiiiii!
Doktor senior: Silap macam mana pulak?
Doktor muda: Saya tersain nama saya kat ruangan Punca Kematian!
Mencuri
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!