Blogroll

Tuesday, August 10, 2010

Suami vs Jin Aprit

Di sebuah negara, dalam sebuah negeri ada sebuah daerah. Dalam daerah itu ada sebuah kampung dan dalam kampung itu ada sebuah rumah. Dalam rumah itu tinggallah sepasang suami isteri yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Si suami seorang yang sangat komited dengan peranannye sebagai seorang suami. Setiap masa dia akan bekerja untuk menyara keluarganya. Pantang dengar ada peluang perkerjaan, pasti dia akan memohonnya (maklumlah Kontraktor Kelas F).

Si isteri pulak tidak bekerja (suri rumah sepenuh masa). Segala urusan berkaitan rumah tangga diambil tahunya. Makan, pakai si suami semua dalam poketnye. Matlamat utama si isteri menjadi isteri cemerlang dan terbilang. Cuma si isteri ini mempunyai satu tabiat yang amat tidak disenangi si suami iaitu suka berleter. Setiap masa di mana saja si isteri akan berleter sampai si suami naik bosan dan hilang perhitungan (nak hitung 1,2,3 hingga 10 pun tak boleh).

Pada suatu hari, sebaik sahaja si suami menghempaskan punggungnya di atas sofa bernilai RM2000 sebaik sahaja pulang bekerja, tiba-tiba si isteri keluar dari dapur lalu terus membebel kepada si suami. Si suami terus cuba memekakkan telinganya tapi si isteri terus membebel kepada si suami tanpa henti walaupun jam dinding menunjukkan bebelan itu telah berlangsung hampir 45 minit. Si suami mula hilang kesabarannya lalu menangkap si isteri dan membawanya ke belakang rumah mereka. Tiba di sebuah perigi buta si suami terus menghumban si isteri ke dalam perigi buta itu sambil memberi kata dua kepada si isteri iaitu jika si isteri ingin kembali ke rumah dia perlu menghindarkan tabiat buruknya yang suka berleter.

Si suami terus meninggalkan si isteri di dalam perigi buta itu, lalu menyambung istirehatnya. Selang beberapa hari si suami mula merasa kekosongan, dia mendapati macam satu kekurangan yang terdapat di rumahnya. Si suami mula merindui leteran si isteri. Tanpa berlengah si suami terus ke perigi buta lalu menghulurkan tali sambil memujuk si isteri dengan kata-kata yang penuh penyesalan dan pengharapan disulami kasih sayang. Harapan si suami agar isterinya memegang tali yang dihulurnya untuk ditarik keluar dari perigi buta itu.
Tiba-tiba si suami terasa tali yang dihulurnya direntap oleh seseorang dan terasa akan beban yang akan ditariknya. Dengan sepenuh tenaga kejantanannya si suami menarik ke atas. Sesampai sahaja di permukaan perigi buta, alangkah terkejutnya si suami bila mendapati yang keluar dari perigi buta itu bukanlah isterinya tetapi lembaga hitam.
Lantas diajukan soalan kepada lembaga hitam itu. "Siapa kamu? Kamu bukan isteriku. Kamu hitam dan rupamu amat hodoh?," tanya si suami. "Aku Jin Aprit", jawab lembaga itu. "Kenapa kamu yang menyambut tali yang aku hulurkan kepada isteriku di bawah sana", tanya si suami lagi. "Sejak kau mencampakkan isterimu ke dalam perigi buta ini, kehidupan aku jadi kacau bilau. Aku dah tak tahan mendengar leteran isterimu saban masa dan ketika. Itu sebab aku ingin pergi dari sini", jelas Jin Aprit lagi dengan muka yang sugul. Si suami terpingga-pingga.


Pengajaran dari cerita di atas :-
Leteran bukan sahaja tidak disukai oleh suami malah Jin Aprit turut tidak menyukainya.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...