Blogroll

Saturday, August 13, 2011

50 PERKARA YANG DIPELAJARI DARI DRAMA KOREA


Hari ni aku rajin pulak nak translate 50 perkara ni. Benda ni aku terbaca kat forum Soompi, dah lama. Best juga kalau baca. Peminat-peminat drama Korea mesti perasan benda-benda ni.. hahaha. Tapi ni hal KDrama dulu-dulu. La ni, dah banyak kelainan yang dibuat. Terutama pasal kanser. Dah jarang aku tengok cerita yang wataknya kena kanser.

50 Perkara Yang Dipelajari Dari Drama Korea

1) Lelaki yang kacak dan kaya akan suka pada perempuan yang lebih tua dan buruk.
Biasanya second heroin lebih cantik dari heroin utama, tapi mesti kena reject.

2) Jika anda ada kawan baik (lain jantina), dia akan jatuh cinta dengan anda. Tanpa sedar, anda pun berperasaan sama.
Selalu

3) Anda dan pasangan anda suka bergurau senda dan mengejar antara satu sama lain di gelanggang ais, di tepian pantai dan di atas dedaunan. Dan anda akan tertawa tanpa alasan dan pasangan anda akan memukul anda "main-main" tapi kekuatannya seakan mendorong anda terbang menyeberangi bilik. Tapi tak apa. Cuz anda masih tertawa seperti orang gila.

4) Adik beradik / sepupu / pakcik - anak saudara selalunya akan mencintai gadis yang sama.
Memang selalulah drama macam ni.

5) Anda dibenarkan untuk membuat u-turn di mana pun anda inginkan di Korea. Jalan akan sentiasa clear masa anda buat u-turn tu.
Bila part buat u-turn ni memang aku selalu tergamam, ngeri pun ada..kekeke

6) Ada alat bayaran giler cepat yang membolehkan anda membayar bil dan sempat kerjar makwe yang lari keluar restoran pasal menrajuk.

7) Semua orang kena kanser.

8) Jika anda sakit, yang anda perlukan adalah IV untuk membuat anda merasa lebih baik.

9) Seluruh Seoul penuh dengan muntah dan air kecing pada malam hari.
Lepas minum arak semua orang muntah

10) Bergaduh dengan orang yang tak dikenali di pojangmacha(gerai tepi jalan) adalah perkara biasa pada waktu malam.

Thursday, August 11, 2011

8 PUNCA RUMAHTANGGA BERGOLAK


  • (1) Kritikan yang melampau - Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka tentang masalah ini. Mereka lebih memikirkan kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan sensitiviti pasangan.

    Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.

    Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang membina sebaliknya ia boleh menjatuhkan semangat seseorang.

    (2) Penipuan - Jangan sesekali memulakan penipuan dalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil kerana ia akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang.

    Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas di antara satu sama lain.

    (3) Intipan - Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui setiap pergerakkan atau aktiviti pasangan anda, tetapi ia sebenarnya akan membawa masalah besar dalam perhubungan sekiranya tindakan "intipan" diketahui pasangan anda.

    Oleh itu, binalah kepercayaan dan elakkan keraguan terhadap diri pasangan anda. Sekiranya tanda-tanda kecurangan dapat dikesan atau was-was, barulah anda cuba melakukan intipan. Apa yang paling penting ialah jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.

    (4) Cemburu yang melampau - Cemburu sememangnya amat penting dalam hubungan. Ia adalah sebagai tanda anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Malangnya, perasaan cemburu yang tidak terkawal akan menjadi punca masalah dalam hubungan. Perasaan cemburu itu haruslah dikawal agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.

PELIK TENTANG KUIH

kuih plg ganas - lompat tikam
kuih paling sexy - puteri mandi
kuih paling kotor - taik itik
kuih bajet cun - cek mek molek
kuih awet muda - seri muka
kuih paling alim - kuih ketayap
kuih penyakit kronik - batang buruk
kuih paling garang - kuih lompang
kuih dalam zoo - badak berendam
kuih tiru nama buah - butir nangka
kuih bangun sendiri - kuih bangkit
kuih paling lembap - kuih siput

Tuesday, August 9, 2011

5 SEBAB KENAPA iPAD TIDAK PERLU DIMILIKI

iPad merupakan salah satu peranti yang menarik perhatian pada awal tahun 2010 sehinggakan ramai yang mahu (dan sudah) memilikinya. Namun, apakah ianya sesuatu yang perlu dimiliki? Bagaimanakah dengan penggunaannya? Menepati keperluaan harian anda? atau hanya sekadar memenuhi citarasa? Sekiranya anda berfikir untuk memiliki iPad mahupun iPad2 dengan harga yang tidak kurang dari RM 2000 seunit, fikirkan kembali setelah anda membaca 5 sebab kenapa tidak perlu memiliki atau membeli iPad ini. Sekiranya sebab di bawah tidak releven bagi anda, silakan memiliki iPad sekadar segera :)
ipad vs notebook 358x520 5 sebab kenapa iPad tidak perlu dimiliki gadjet iphone ipad apple
1. Harga – iPad2 yang termurah adalah RM 2000 seunit dengan kapasiti storan sebanyak 16GB. Harga ini pada penulis agak keterlaluan jika dibandingkan dengan fungsi, spesifikasi dan penggunaan yang boleh di lakukan oleh iPad. iPad bukanlah sesuatu yang boleh menggantikan peralatan mudah alih lain seperti laptop, smart phone dan sebagainya. Ini adalah disebabkan spesifikasi peralatan itu sendiri mempunyai limitasi. Salah satu contoh yang mudah, ipad tidak memiliki keyboard. ipad juga tidak mempunyai CD/DVD-rom. ipad juga tidak mempunyai card reader. iPad juga tidak mempunyai slot tambahan kad memori. ipad juga tidak mempunyai GPS (bagi unit WIFI tanpa 3G sahaja). iPad juga tidak mempunyai port-port usb lebihan. Kesemua ciri-ciri yang disebutkan tadi boleh di dapati dari peranti mudah alih lain dengan harga yang sama dengan iPad. Mungkin anda mengatakan keyboard secara virtual adalah lebih moden. Namun, harus di ingat bhawa keyboard maya kadang kala gagal berfungsi dengan baik dan ianya bergantung pada sensitiviti skrin sesentuh. Fikirkan kembali dengan harga RM2000 anda boleh mendapatkan laptop dengan skrin yang lebih besar dan kapasiti storan yang lebih besar dengan lain-lain ciri yang lebih menepati keperluan harian anda berbanding ciri-ciri yang hanya menepati citarasa yang biasanya akan berubah pada suatu masa.
2. Capaian GPS – tahukah anda, hanya dengan RM 400 anda boleh memiliki peranti mudah alih yang mampu berfungsi sebagai penunjuk arah menggunakan GPS? iPad2 dengan fungsi GPS memerlukan anda berbelanja sehingga RM 2700 seunit bagi fungsi yang sama. Ianya agak keterlaluan. Penulis mengesyorkan anda untuk mendapatkan telefon mudah alih yg berkemampuan GPS berharga kurang dari RM1000 dengan fungsi tambahan yang lain. Ianya lebih bernilai dan menepati penggunaan semasa.
3. Kualiti Gambar / Video – iPad2 menambah baik ciri iPad sebelumnya dengan penambahan kamera pada sisi hadapan dan belakang. Namun, kualiti video bagi kamera sisi hadapan adalah dalam mode VGA manakala pada sisi belakang berkemampuan sehingga 780p HD. Ramai pengguna iPad2 agak kecewa dengan kualiti gambar dan video yang terhasil dari iPad2. Ini adalah kerana kualiti yang terhasil tidak setanding kualiti gambar yang boleh dimiliki dari telefon mudah alih yang beharga RM1500 ke atas atau pun kamera digital yang biasa.

KERAJAAN UMUM SETENGAH BULAN GAJI

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

cuepacs omar osman 181007Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menjalani Ibadat Puasa

Alhamdulilah Ramadhan menjelang lagi, syukur ke hadrat Illahi kerana mempertemukan aku dengan bulan yang penuh keberekatan ini. Semoga aku dapat mengerjakan ibadat ini dengan sempurnanya dan mendapat pahala disisi-Nya. Aku turut mengharapkan dapat mengerjakan ibadat sunat seperti Solat Tarawih secukupnya seperti tahun-tahun sebelum ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...