Blogroll

Tuesday, August 9, 2011

5 SEBAB KENAPA iPAD TIDAK PERLU DIMILIKI

iPad merupakan salah satu peranti yang menarik perhatian pada awal tahun 2010 sehinggakan ramai yang mahu (dan sudah) memilikinya. Namun, apakah ianya sesuatu yang perlu dimiliki? Bagaimanakah dengan penggunaannya? Menepati keperluaan harian anda? atau hanya sekadar memenuhi citarasa? Sekiranya anda berfikir untuk memiliki iPad mahupun iPad2 dengan harga yang tidak kurang dari RM 2000 seunit, fikirkan kembali setelah anda membaca 5 sebab kenapa tidak perlu memiliki atau membeli iPad ini. Sekiranya sebab di bawah tidak releven bagi anda, silakan memiliki iPad sekadar segera :)
ipad vs notebook 358x520 5 sebab kenapa iPad tidak perlu dimiliki gadjet iphone ipad apple
1. Harga – iPad2 yang termurah adalah RM 2000 seunit dengan kapasiti storan sebanyak 16GB. Harga ini pada penulis agak keterlaluan jika dibandingkan dengan fungsi, spesifikasi dan penggunaan yang boleh di lakukan oleh iPad. iPad bukanlah sesuatu yang boleh menggantikan peralatan mudah alih lain seperti laptop, smart phone dan sebagainya. Ini adalah disebabkan spesifikasi peralatan itu sendiri mempunyai limitasi. Salah satu contoh yang mudah, ipad tidak memiliki keyboard. ipad juga tidak mempunyai CD/DVD-rom. ipad juga tidak mempunyai card reader. iPad juga tidak mempunyai slot tambahan kad memori. ipad juga tidak mempunyai GPS (bagi unit WIFI tanpa 3G sahaja). iPad juga tidak mempunyai port-port usb lebihan. Kesemua ciri-ciri yang disebutkan tadi boleh di dapati dari peranti mudah alih lain dengan harga yang sama dengan iPad. Mungkin anda mengatakan keyboard secara virtual adalah lebih moden. Namun, harus di ingat bhawa keyboard maya kadang kala gagal berfungsi dengan baik dan ianya bergantung pada sensitiviti skrin sesentuh. Fikirkan kembali dengan harga RM2000 anda boleh mendapatkan laptop dengan skrin yang lebih besar dan kapasiti storan yang lebih besar dengan lain-lain ciri yang lebih menepati keperluan harian anda berbanding ciri-ciri yang hanya menepati citarasa yang biasanya akan berubah pada suatu masa.
2. Capaian GPS – tahukah anda, hanya dengan RM 400 anda boleh memiliki peranti mudah alih yang mampu berfungsi sebagai penunjuk arah menggunakan GPS? iPad2 dengan fungsi GPS memerlukan anda berbelanja sehingga RM 2700 seunit bagi fungsi yang sama. Ianya agak keterlaluan. Penulis mengesyorkan anda untuk mendapatkan telefon mudah alih yg berkemampuan GPS berharga kurang dari RM1000 dengan fungsi tambahan yang lain. Ianya lebih bernilai dan menepati penggunaan semasa.
3. Kualiti Gambar / Video – iPad2 menambah baik ciri iPad sebelumnya dengan penambahan kamera pada sisi hadapan dan belakang. Namun, kualiti video bagi kamera sisi hadapan adalah dalam mode VGA manakala pada sisi belakang berkemampuan sehingga 780p HD. Ramai pengguna iPad2 agak kecewa dengan kualiti gambar dan video yang terhasil dari iPad2. Ini adalah kerana kualiti yang terhasil tidak setanding kualiti gambar yang boleh dimiliki dari telefon mudah alih yang beharga RM1500 ke atas atau pun kamera digital yang biasa.

4. Ruang Simpan Data – Ruang bagi simpanan data adalah terhad. Dengan kapasiti yang ditawarkan, 16GB hanya mampu menyimpan 1-2 movie 1080p HD /4-5 movie DVD 4.5GB / 4000 mp3. Tiada slot bagi ruang simpanan melalui kad memori tambahan. Bagi menambah ruang kapasiti simpanan data, anda perlu membeli iPad dengan kapasiti ruang simpanan yang lebih tinggi berbanding 16GB, iaitu 32GB dan 64GB.  ipad2 – 32GB berharga RM 2499 manakala 64GB adalah RM 2799. Ianya amat keterlaluan.
5. Penggunaan – Adakah ianya menepati penggunaan anda seharian? Pengguna peranti mudah alih sedia ada seperti laptop, smart phone, tablet pc, akan menambah lagi satu peralatan mudah alih seharian apabila memiliki iPad. Adakah anda akan menggunakan kesemua peranti mudah alih ini pada satu masa yang sama? Menulis blog atau membuat assignment menggunakan iPad dilihat tidak praktikal dan kurang selesa.
Namun, iPad mungkin menjadi pilihan anda untuk merasai kelainan dari sudut yang berbeza. Ianya tetap keputusan anda untuk memilikinya atau sebaliknya. Terdapat banyak pilihan lain selain dari iPad bagi tablet PC. Namun penulis belum sempat untuk menulis semuanya. :) Bagi penulis, setiap peranti yang dimiliki haruslah memenuhi keperluan dan kegunaan semasa. Jika tidak, ianya hanya pembaziran. Teknologi akan terus kehadapan.. dan iPad akan ditinggalkan satu masa nnti. Fikir-fikirkan lah…

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...