Kesemua syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk menangguhkan implimentasi cukai perkhidmatan untuk tambah nilai pra bayar, pek permulaan dan kad sim, yang telah dinaikkan ke 6% awal tahun ini. Ini adalah maklumbalas terhadap nasihat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan cadangan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.
Sebelum ini, semua syarikat telekomunikasi telah menanggung cukai ini bagi pihak pelanggan, dan telah menyumbangkan lebih kurang RM6.0 billion kepada pihak Kerajaan. Kini, hanya tinggal servis pra bayar yang cukainya disubsidi oleh pihak syarikat telekomunikasi dan tidak dibayar oleh pengguna.
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah bersetuju untuk membawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi untuk mencapai kata putus yang adil dan saksama untuk semua pihak yang terlibat.
0 ulasan:
Post a Comment