Blogroll

Sunday, September 25, 2011

PEROKOK MUDAH LUPA

NEWCASTLE - Individu merokok boleh kehilangan kira-kira satu pertiga daripada ingatan harian mereka, menurut penyelidik di Universiti Northumbria, Britain.
Kajian terbaru dijalankan universiti itu menunjukkan perokok mempunyai tahap ingatan lebih rendah berbanding individu tidak merokok.
Namun, perokok yang menghentikan tabiat itu mendapati kemampuan ingatan mereka kembali pulih kepada tahap hampir sama seperti individu yang tidak merokok.
Semasa ujian itu, sekumpulan 70 responden terdiri daripada perokok dan bukan perokok diarah menyenaraikan beberapa maklumat yang diberikan sebelum itu, dengan perokok hanya mengingati 59 peratus daripada keseluruhan maklumat.
Kumpulan bekas perokok mampu mengingati 74 peratus maklumat dan mereka yang tidak pernah merokok pula mampu menyenaraikan 81 peratus daripada maklumat yang diberi.
Sumber : SINAR HARIAN

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...