Salam dan
selamat sejahtera semua. Ada sesiapa yang tidak tahu macamana cara nak
tunaikan solat tarawih ke? Ikut imam je kan. Tapi sebagai umat islam,
kenalah tahu walaupun kita mengikut imam. Manalah tahu suatu hari nanti
kalau darurat, boleh jadi pengganti imam untuk tunaikan solat sunat
tarawih.
Nak lengkapkan puasa dibulan
ramadhan, mestilah ditambah dengan amalan-amalan sunat lain termasuk
solat tarawih. Bukannya puasa semata-mata tahan lapar dan dahaga.
Biasanya
kat tempat korang buat berapa rakaat? Sebelum ni kampung aku di Felda
Tersang, diorang buat 20 rakaat dengan diimamkan pelajar Tahfiz dari
Jerantut Pahang. Masa tu majoriti muda-muda lagi. Ayah aku pun time tu
umur masih 30 an, tapi sekarang tempat aku buat solat sunat tarawih 8
rakaat je sebab yang tinggal kebanyakannya warga emas. Kalau buat 20,
jawabnya imam toleh belakang, tinggal berapa kerat je nanti.
Panduan Solat Sunat Tarwaih Dari JAKIM :
Panduan-Solat-Sunat-Tarawih.pdfDefinisi Solat Sunat Tarawih :
Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Sejarah Solat Sunat Tarawih :
Sejarah
solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi.
Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di
masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda
mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai
datang dan mengikutnya.
Pada malam
yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu
ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir.
(Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah
s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan
daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat
itu diwajibkan ke atas kamu.”
Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.
Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:
“Rasulullah
s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan
witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan
kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid
sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami
berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan
kami.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih)
diwajibkan ke atas kamu.”
0 ulasan:
Post a Comment