Blogroll

Monday, December 2, 2013

HAPUS SHORTCUT PANAH DI WINDOWS

Pada interface utama Windows, secara default shortcut-shortcut yang terdapat di sana mengandung tanda panah. Bagi sebagian user, tanda panah pada shortcut tersebut cukup mengganggu dan mengurangi keindahan shortcut di tampilan utama. Tidak ingin jika Windows memberikan tanda panah pada ikon shortcut Anda? Berikut ini ada cara mudah untuk menghapusnya dan lebih menariknya lagi Anda tidak perlu menginstal software atau aplikasi apapun.
image190
Sebelumnya, mengedit tanda panah pada shortcut dapat dilakukan registry tweak. Namun, sekarang ada cara baru yang lebih praktis yaitu melalui Windows Shortcut Arrow Editor. Program yang satu ini tidak perlu diinstal dan dapat bekerja pada Windows Vista hingga Windows 8.

Menghapus Shortcut Panah di Windows

  • Download program Windows Shortcut Remover dari link berikut ini: http://winaero.com/download.php?view.39
  • Dan ekstrak menggunakan 7-Zip atau WinRar atau ekstraktor lainnya. Hasilnya, maka akan muncul folder seperti berikut ini.
Cara Mudah Menghapus Panah Shortcut
  • Folder ‘Shortcut Arrows’ memiliki 6 buah file. Dua di antaranya terdapat folder ‘x86 ‘ dan ‘x64’ dengan program di dalamnya. Buka ‘cmd’ dari menu Start dan ketikkan ‘wmic os get osarchitecture’ untuk menemukan folder mana yang harus dibuka untuk Windows Anda.
Cara Mudah Menghapus Panah Shortcut
  • Saya menemukan bahwa komputer ini menggunakan 64-bit system sehingga saya pun membuka folder ‘Windows 8’ > ‘x64’. Untuk memulainya buka ‘Windows Shortcut Arrow Editor’ dari folder ini.
Cara Mudah Menghapus Panah Shortcut
  • Pilih pada ikon-ikon yang memiliki tanda panah. Hapus semua shortcut panah dengan pilihan ‘No Arrow’
  • Ini adalah ikon- ikon ‘Windows Default’ yang diatur pada Windows 8
sshot-2581
  • Tampilan yang lebih menarik akan terlihat setelah Anda menghapus tanda panah tersebut dan Anda dapat melihatnya seperti berikut ini
Cara Mudah Menghapus Panah Shortcut
Cara menghapus shortcut panah pada Windows Shortcut Remover jauh lebih mudah daripada menghapus tanda panah pada shortcut menggunakan registry tweaks. Menariknya, cara ini hanya memerlukan waktu beberapa detik saja dan Anda juga tidak perlu melakukan instalasi program apapun untuk dapat menghapus shortcut panah tersebut. Selain itu, Anda juga tidak perlu takut kehilangan registry Anda. Selamat mencoba!

Tuesday, November 26, 2013

PENDEDAHAN INI MUNGKIN DAPAT ELAK DRP DIPERDAYA

Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.


"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar  akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.

"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.
Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.

"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.

Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.
"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.
"Kemudian?," celah saya.

Sunday, November 17, 2013

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUN GRED 1-GRED 54 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Jabatan Perkhidmatan Awam telah memuatnaik ke dalam portal JPA Pekeliling Perkhidmatan Bil 36/2013 yang menerangkan mengenai "Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred 1 hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia"

Berdasar pekeliling ini penetapan gaji minima dan maksima baru telah dibuat di mana dua tanggagaji baru ditambah untuk gaji maksima. Mereka yang telah berada pada gaji terakhir akan terus menerima kenaikan gaji untuk dua tahun lagi. Lihat contoh di bawah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau guru:






 Download pekeliling melalui link di bawah:
 http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp362013.pdf

Monday, November 4, 2013

ENAM JENIS WANITA YANG BURUK

SEORANG penceramah wanita di tv ada menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.
Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.
1. Al Nananah – wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Al Manaqah – wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Al Hudaqah – wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Al Basaqah – wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
6. Al Salaqah – wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Saturday, November 2, 2013

UJI KECEPATAN OTAK

1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT),
tk boleh fikir lama2..
2. baca satu demi satu. 
3. fokus..
Permainan fokus warna ... Mulaiiiiiii.
1. kertas A4 warnanya apa ?
2. awan warnanya apa ?
3. tisu warnanya apa ?
4. lembu minum apa ?
Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air
1. rambut anda warna apa?
2. bulu mata warnanya apa ??
3. jalan tar warnanya apa ???
4. kelawar tidur bila?
Yang menjawab malam, maknanye fokus anda tergganggu. sbb kelawar tidur di siang hari.
1. warna dari cendol apa?
2. daun kelapa warnanya apa?
3. warna umum rumput?
4. Zirafah makan apa?
Yang jawab rumput , itu salah,sbb Zirafah makan daun.
Haaaa..!! salah berapa?? cepat ngaku..jgn senyum sorang2..nnti ada yg ingat anda kurang siuman..hehehe.. gurau je..  enjoy your life..jgn stress!!

Thursday, October 31, 2013

MANA SATU PILIHAN ANDA



Lwn

Aksi Perlawanan Akhir Watson Piala Malaysia 2013 akan berlangsung pada malam 3 November bagi mengetahui pasukan manakah yang akan merebut gelaran Juara Piala Malaysia Watson 2013.

Dengan kemenangan yang dilakar sekali gus menemukan dua pasukan pantai timur itu di pentas final yang dijadualkan berlangsung pada 3 November ini dan Stadium Shah Alam di pilih sebagai venue perlawanan akhir. Lebih manis lagi, impian Pahang untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai selepas menanti selama 16 tahun

Kelantan pula selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan tersebut yang dilakarkan pada musim lalu

Melihat kepada statistik rekod perlawanan antara Kelantan dan Pahang sebelum ini, keputusan lebih memihak kepada pasukan Kelantan. Apapun rekod tetap rekod, sejarah tetap sejarah. Itu cerita dulu, Pahang yang kini bukanlah seperti dahulu kerana mempunyai pemain yang sungguh lasak seperti Azamuddin Akil (Alex) tetapi perlu diketahui juga Kelantan bukan ala-ala punya pasukan, kerana pasukan ini tidak pernah terlepas peluang untuk masuk ke Separuh Akhir tiap kali Kempen Piala Malaysia bermula.

SUMBER : http://live-radio-streaming.blogspot.com

Sunday, September 1, 2013

MESIR, PETANDA KIAMAT SEMAKIN DEKAT?

Bayt Al-Iman: MESIR, PETANDA KIAMAT SEMAKIN DEKAT?: Mesej ini saya terima melalui adik-beradik bulatan gembira kami dahulu dalam kumpulan WhatsApp Usrati kami malam semalam. Ianya isu penting...

Friday, August 30, 2013

SELAMAT ULANG TAHUN ANGAH

Hari ini aku telah mengadakan sambutan hari lahir buat anak keduaku yang ke-8 tahun. Walaupun sambutannya cukup kecil tapi bagiku ianya bermakna dalam kesibukanku dengan tugasan seharian seorang pendidik.

SELAMAT HARI LAHIR ANGAH (NUR AYUNI BATRISYIA)
SEMOGA MENJADI MUSLIMAH YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT SERTA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.



Friday, August 2, 2013

TAHNIAH ALONG

Hari ini 24 Ramadhan 1434 H bersamaan 2 Ogos 2013, aku memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana anak sulungku Muhammad Amirul Afham Akif telah diraikan dalam satu Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Sepanjang bulan Ramadhan ini anak sulungku sibuk bertadarus setiap kali waktu rehat di sekolahnya. 

Perasaan bersyukur dan bangga menyelumbungi jiwa ragaku. Harapanku semoga ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacanya akan melindunginya dari godaan duniawi ini.Semoga anak sulungku menjadi hambaNya yang mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Terima kasih ku tujukan buat semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF SK Sungai Puteri yang membimbing anak sulungku sehingga khatam Al-Quran. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian.







Tuesday, July 30, 2013

2013 BONUS DIBAYAR 2 KALI

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. CONFIRM.. !!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.

2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.

3. Dibayar tahun ini juga.

4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.

5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.

6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :
  1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
  2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal.
  3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
  4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.


Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggungjawab hamba untuk mencarinya.

Sunday, July 28, 2013

KAEDAH BUAT TESIS- Cara buat Table of Contents, List of figure dan list of table secara automatik


Membuat Heading bagi semua tajuk chapter, sub-chapter, sub sub-chapter dan seterusnya

Kalau nak mudah, semua chapter dalam fail yang berasingan.

 
  1. Kene buat level of chapter sebelum nak buat TOC secara automatic. Untuk nama chapter, contohnya chapter one, highlight keseluruhan tajuk chapter one, kemudian klik kat tab reference. Belah kiri sekali, ada bahagian untuk table of content. Klik add text, amik level 1.
  2. Untuk ‘anak2’ chapter one, contohnya, 1.1 introduction, step yang sama jugak macam kat atas. Tapi kali ni add text untuk level 2 sebab yang ni level kedua.
  3. Untuk ‘cucu2’ chapter one, contohnya 1.1.1 level of words, langkah yang sama kecuali add text tekan level 3. Dan begitulah seterusnya. Tapi sebaiknya, level tak boleh lebih daripada 3.
  4. Sekiranya tulisan (font) berubah (kebiasaannya akan berubah sebab ‘default’ yang telah dibuat dalam MS Office. Edit balik menggunakan ‘home’ tab.

 
Menggabungkan fail-fail chapter

Kita perlu menggunakan fungsi ‘insert file’ untuk menggabungkan fail-fail yang ada. Sebelum menggabungkan fail-fail chapter, terlebih dahulu perlu memastikan function ‘insert file’ berada dalam senarai tool bar.

Sekiranya tool bar untuk fungsi ‘insert file’ tidak ada, turuti langkah2 berikut:

  1. Di sebelah kanan ‘office button’, terdapat satu anak panah kecil. tekan anak panah tersebut dan akan keluar seperti gambarajah di bawah.
  2. Klik pada more commands.
  3. Cari ‘insert file’ kemudian tekan add (disusun secara alphabetical order, cari yang bermula dengan insert). Tekan OK, dan fungsi insert file akan berapa disebelah office button tadi (bertanda kuning).
Menggabungkan fail-fail chapter.
  1. Halakan kursor ke perkataan terakhir chapter, ambil tab ‘page layout’. Ambil break. Ambil ‘next page’.
  2. Secara automatic, kursor akan berada dimuka surat berikutnya.
  3. Ambil ‘insert page’, pilih chapter yang ingin dimasukkan.
  4. Sekiranya ingin memasukkan chapter sebelumnya, halakan kursor pada awalan huruf chapter tadi. Ambil page layout, tekan break, kemudian amibil page break. secara automatic, kursor akan berada dimuka surat sebelum chapter yang telah sedia ada tadi. Masukkan chapter yang tertinggal tadi seperti di langkah c.
 

Kebaikan menggunakan ‘page break’.

  1. Bila nak print or ada perubahan pada setiap chapter, chapter yang berada dibawah chapter yang telah berubah tadi TIDAK akan lari kedudukannya (iaitu, berada dimuka surat yang baru).
  2. Untuk header n footer, kita boleh ubah tanpa melibatkan perubahan pada keseluruhan chapter. Contohnya, untuk perbezaan header antara chapter one n two.
  3. Untuk membuat perubahan muka surat terutamanya muka surat yang menggunakan nombor roman (i, ii, iii, …..) dan muka surat yang menggunakan nombor biasa (1, 2, 3….).

Configure List of table (LOT), List of Figure (LOF)

Sebelum memasukkan LOT dan LOF, kita perlu set terlebih dahulu tables dan figures yang ada dalam teks sebenar.

Configure List of Table (LOT)

  1. Highlight kan table tersebut, klik kanan dan ambil insert caption.
  2. Klik new label. Masukkan tulis ‘table 1. (kene ada titik lepas 1 tu. Kalau tak, numbering dia akan salah)’. Klik OK. Sekiranya table berada di chapter 2, maka new label akan menjadi Table 2. Sekiranya chapter 3, maka new label akan menjadi Table 3. Kesimpulannya, new label adalah untuk menamakan label-label yang baru yang tiada kaitan dengan label seterusnya.
  3. Sebelum menekan OK, pastikan bahawa ‘position’ table tersebut adalah betul seperti yang anda mahu. Sama ada  di bawah table, atau di atas table. kebiasaannya, caption untuk table berada di atas table.
  4. Masukkan caption table tersebut. Secara automatic, caption untuk table 1.1 beserta nama table telah dimasukkan di atas table tersebut. Edit font bagi caption tersebut dengan cara biasa. iaitu, highlight, tekan siaz font, jenis font, dan sebagainya.
     


  5. Untuk tables yang seterusnya yang berada dalam chapter yang sama, langkah yang sama juga dilakukan, kecuali, tidak perlu klik pada ‘new label’. Cukup sekadar, insert caption, dan automatic, numbering caption akan menjadi automatic jadi Table 1.2, Table 1.3 dan seterusnya.

Configure List of Figures

Untuk list of figure, step yang sama juga perlu diikuti. Syaratnya, setakat yang diketahui, hanya gambar yang dimasukkan (paste) ke dalam word sahaja yang akan ada ‘caption’ bila gambar tersebut diklik kanan. Kalau gambar yang dilukis straightforward dalam word, dah cuba (walaupun buat group), bila klik gambar tersebut, takde caption.

Ada kebaikan jika menggunakan gambar yang di’paste’. sekiranya gambar tersebut terlalu besar, sekiranya kita paste, ia tetap akan menjadi satu page. Berlawanan sekiranya kita melukis terus di atas word. Berkemungkinan gambar tersebut akan terpecah di muka surat berikutnya.

sekiranya telah melukis secara terus di dalam word, ‘select all’ gambar tersebut, kemudian group kan. Tekan copy, paste pada MS Excel. Copy kembali daripada MS Excel, paste kembali ke word. Saya menggunakan MS Excel kerana lebih mudah terutamanya sekiranya banyak menggunakan anak-anak panah (banyak membuat flowchart).   Untuk graf yang di import dari MS Excel, gambar tersebut akan ada caption. Jadi jangan risau. Dipendekkan cerita, pastikan yang berada di MS Word adalah dalam bentuk gambar supaya senang dimasukkan caption. So, terpulanglah nak buat camana.

Memasukkan caption pada figures.

  1. Select figure, klik kanan dan ambil caption, tekan new label, tulis kat ruangan new label tu, ‘Figure 1.’ (bergantung kepada gambar tersebut ada dalam chapter berapa). Pilih drop down button untuk position. Tekan OK.
  2. Untuk figures yang seterusnya yang berada dalam chapter yang sama, langkah yang sama juga dilakukan, kecuali, tidak perlu klik pada ‘new label’. Cukup sekadar, insert caption, dan numbering caption automatic jadi Figure 1.2, Figure 1.3 dan seterusnya.

Mengemaskini figures dan Tables

Untuk pengemaskinian figures dan tables di dalam teks thesis atau dissertation, ada beberapa kes yang dikenal pasti. Iaitu;

Memasukkan table atau figure yang baru,

  • masukkan sahaja table atau figure yang baru tadi.
  • klik pada table atau figure, klik kanan, insert caption.
  • masukkan nama caption.
  • numbering table/figure yang berada di bawahnya, secara automatik akan berubah.

Memadamkan table atau figure yang sedia ada

  • Numbering table/figure yang berada di bawahnya, tidak akan berubah secara automatic.
  • padam table/figure yang hendak dipadam
  • pergi ke table/figure seterusnya.
  • Highlight caption table/figure tersebut.
  • klik kanan
  • klik update table/figure (numbering table/figure akan terkemaskini secara automatic) .
  • habiskan untuk keseluruhan table/figure yang berada dalam chapter yang sama.

 Memasukkan TOC, LOT, LOF ke dalam file thesis.

Memasukkan Table of Contents (TOC)

  1. Letak cursor dipermulaan huruf  chapter one. Tekan tab page layout, amibil break. Automatic chapter one akan turun ke bawah (seperti di 1.2.2.(d)).
  2. Halakan kursor ke muka surat yang atas.     
  3. Ambil tab references, klik pada Table of Contents (kiri sekali) dan ambil automatic.

 
Mengemaskini TOC

  1. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan (ejaan, numbering dsb), betulkan dibahagian text dalam chapter. Kemudian, halakan kursor kembali pada TOC. Klik kanan, update field, update entire table.
  2. Step yang sama juga digunakan sekiranya memasukkan topic atau sub-topik atau sub sub-topik yang baru (dengan syarat, topic tersebut telah dibuat references, add text, level 1, or 2, or 3).
 


Kesilapan dalam TOC

  1. Sekiranya dalam TOC termasuk text yang sepatutnya tidak berada dalam TOC (seperti gambar di bawah), highlight kan text tersebut (yang mana tidak dikehendaki masuk dalam TOC) di dalam text asal.
  2. Ambil references, ambil add text, ambil ‘do not show in table of contents’.
  3. Bawakan kursor kembali ke Table of Contents, klik kanan, update filed, update entire table. TOC anda akan menjadi seperti yang dikehendaki.

Hint: Bagi memudahkan untuk menjejaki text manakah yang termasuk dalam TOC, halakan kursor ke text dalam TOC yang tidak dikehendaki, tekan papan kekunci ctrl+click pada taxt yang tidak dimahukan tadi. Secara automatic, kursor akan ke text yang tidak dimahukan tadi di dalam text penuh).

Memasukkan List of Tables (LoT) dan List of Figures (LoF).

Proses untuk memasukkan LoT dan LoF adalah lebih kurang sama sahaja.

  1. Untuk memasukkan muka surat LOT ngan LOF, halakan kursor pada perkataan terakhir dalam TOC, atau perkataan  pertama chapter 1 (di mana LOT dan LOF hendak dimasukkan, disitulah diletakkan kursor tesebut. Seperti dalam 1.2.2. (d)).
  2. Amik page layout, klik breaks, klik next page.
  3. Halakan kursor ke muka surat yang baru.
  4. Ambil tab ‘references’ (nombor 1)
  5. Ambil ‘insert table of figures’ (nombor 2)
  6. Klik pada drop down button ‘tab leader’ (jarak antara tajuk/caption Figures/Table dengan muka surat, perlukan titik-titik atau kosong sahaja – seperti dalam rajah) (Nombor 3)
  7. Klik pada caption label. Pilih Figure atau table yang hendak dimasukkan (nombor 4).  
  8. Klik OK (nombor 5).
 

Hint: Disebabkan kita nak masukkan semua table ngan figures tuk semua bab, maka, setiap ini perlu diulang berkali-kali sehingga selesai semua figure/table dalam setiap bab.

Memasukkan LoT, LoF, LoA, ToC, etc ke dalam senarai ToC

  1. Highlight kan tajuk LoT, LoF, LoA, ToC, References (dan segala tajuk yang ingin dimasukkan dalam ToC).
  2. Ambil tab references.
  3. Klik add text.
  4. Klik Level 1
  5. Update ToC.

Memasukkan muka surat

  1. Untuk memasukkan muka surat, ambil tab insert, ambil tab header and footer, tekan page number.
  2. Pilih di manakah hendak meletakkan muka surat tersebut (atas kiri/kanan/tengah atau bawah kiri/kanan/tengah).
 

Mengubah nombor muka surat untuk nombor roman

  1. Halakan kursor ke muka surat yang hendak di ubah.
  2. Ambil tab insert (1), ambil tab footer (sekiranya muka surat di bawah) atau header (sekiranya muka surat di atas) (2), kemudian klik pada edit footer/header (3).
  3. Akan keluar satu tab baru – design.
  4. Highlightkan muka surat tersebut (yang hendak kita tukar ke nombor roman).
  5. Klik pada ‘link to previous’. yang ni akan hilangkan pertalian antara muka surat sebelum dan muka surat selepas.
Hint: Bagi memastikan bahawa kedua-dua muka surat ini (sebelum dan selepas) boleh dipisahkan, page break diperlukan. Sekiranya tidak boleh dipisahkan, section pada muka surat sebelum dan selepas adalah sama (seperti dua gambar di bawah). 
 
SECTION TIDAK SAMA, MAKA BOLEH DIUBAH MUKA SURAT SEBELUM DAN SELEPAS.

SECTION SAMA, MAKA TIDAK BOLEH DI UBAH MUKA SURAT SEBELUM DAN SELEPAS. PERLU MENGGUNAKAN PAGE BREAK.

 
      6.   Ambil page number, klik pada format page number.
      7.   Di drop down button page number format, pilih roman number.
      8.  Di menu page numbering, pilih continue from previous section, atau, 'start at'…
 
 

Hint: untuk memudahkan kerja,, sekiranya ingin mengubah muka surat yang seterusnya dengan format yang sama, hanya perlu menekan button ‘continue from previous section’. Contohnya, sekiranya, selepas TOC, untuk muka surat LOT, LOF, LOAbreviation, etc, hanya perlu tekan ‘continue from previous section’.

Mengubah header n footer untuk bahagian2 atau chapter2 tertentu.

  1. Adakalanya, kita perlu mengubah tajuk-tajuk yang diletakkan disetiap header. Contohnya, chapter one: introduction di dalam semua muka surat yang berada dalam chapter one. Manakala, untuk chapter two: literature review, untuk semua muka surat yang berada dalam chapter two.
  2. Untuk mengubah header atau footer, secara umumnya, cara yang sama perlu dilakukan seperti mengubah format muka surat (roman atau no biasa) seperti di atas. Iaitu;
    • Edit header atau footer.
    • Halakan kursor ke muka surat yang kita ingin ubah (Nombor 1).
    • klik ‘link to previous’ – menghilangkan pertalian dengan muka surat sebelumnya (nombor 2).
    • Betulkan header tersebut (Nombor 3).
    • klik ‘close header and footer’.
 
Hint: sama seperti perubahan muka surat tersebut, pastikan bahawa section sebelum dan selepas adalah berbeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...