Blogroll

Sunday, January 27, 2013

SEJENAK BERSAMA YB DATO HJ HUSAM MUSA




Kehadiran YB Dato Hj Husam Musa di majlis perkahwinan adik iparku Rosmawati binti Ramli pada bulan Disember 2012 yang lalu telah memberi kesempatan kepada bapaku serta abang iparku untuk mengenali lebih dekat YB Dato Hj Husam Musa.

Friday, January 25, 2013

PUSAT PANGGILAN 1 MALAYSIA



Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Panggilan 1 Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa dua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013. Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012 merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12 November 2012. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat.1MOCC membolehkan orang awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal, 03 8000 8000. 

SALAM MAULIDUR RASUL 2013


WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Sunday, January 20, 2013

4 INISIATIF PELAN PENDIDIKAN DIUTAMA

Putrajaya,11 Jan : Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.

Inisiatif pertama ialah memperkenalkan Program Rakan Pembimbing Peningkatan Sekolah (SI Partners) Plus dan Program Jurulatih Khas Peningkatan Sekolah (SISC) Plus di Kedah dan Sabah.

Ia sebahagian usaha membimbing guru Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutama di sekolah yang berada dalam Band Lima, Enam dan Tujuh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru opsyen BI menerusi Cambridge Placement Test (CPT) dan kemudian guru dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian .

Bagi guru yang tidak mencapai tahap kemahiran ditetapkan, latihan separuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini, kementerian bercadang melatih 5,000 guru BI, ketika menyampaikan perutusan tahun baru kementeriannya di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, inisiatif  PPPM lain dalam Gelombang Pertama 2013, seperti meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan murid diteruskan. 

Latihan HOTS membabitkan 31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dilaksanakan dengan harapan menjelang akhir Gelombang Pertama, kira-kira 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah berasakan pemikiran aras tinggi.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, bagi memperlihat kejayaan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), lapan keberhasilan perlu dicapai menjelang akhir tahun ini, termasuk 100 peratus literasi bahasa Malaysia.

Katanya, keberhasilan lain ialah numerasi Tahun Tiga serta peningkatan ketara literasi bahasa Inggeris (BI).

Ini termasuk memastikan 100 peratus guru opsyen BI lulus satu tahap penguasaan lebih tinggi dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT) serta 50 peratus pengurangan sekol
ah Band enam dan tujuh di Kedah dan Sabah.

Sunday, January 13, 2013

FUNGSI EXACT UNTUK BANDING TEKS ATAU DATA

Sudah cukup lama saya tidak mengupdate blog tercinta ini,sekarang saya akan membuat tutorial bagaimana menggunakan fungsi EXACT pada excel.
Memang fungsi EXACT tidak sepopular fungsi sum, count, sumif dan lain-lain.Fungsi exact akan sangat membantu untuk membandingkan antara data lama dengan data baru.
EXACT Fungsi di Excel membandingkan dua teks dan menyatakan TRUE jika data itu sama, dan FALSE sebaliknya. EXACT adalah case-sensitive tetapi mengabaikan perbezaan format. Jadi huruf besar dan huruf kecil dibezakan. Gunakan EXACT untuk menguji teks yang dimasukkan ke dalam sebuah spreadsheet Excel.
Adapun ayatnya adalah sebagai berikut :

=EXACT(text1,text2)

Penjelasan :
Text 1 adalah teks pertama
Text 2 adalah teks kedua

Berikut langkah - langkah berkerja menggunakan fungsi EXACT 1. Siapkan data yang ingin Anda bandingkan 2. Kemudian gunakan fungsi EXACT seperti ayat pada penjelasan di atas 3. Berikut ilustrasinya






Anda juga boleh menggunakan tanda = (sama dengan) untuk membuat perbandingan yang tepat. Sebagai contoh :
=A1=A2

Mengembalikan nilai yang sama seperti

=EXACT(A1,A2)

Demikian tutorial singkat bagaimana Menggunakan Fungsi Exact Excel Untuk Membandingkan Text Atau Data. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...