Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Panggilan 1 Malaysia atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC) kini memasuki fasa dua dengan penglibatan kesemua 25 kementerian mulai 15 Januari 2013.
Fasa satu 1MOCC telah dilaksanakan secara perintis sejak November 2012
merangkumi Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan
Pengangkutan Jalan, Perbadanan Putrajaya serta 21 agensi lain di bawah
Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran 1MOCC telah disempurnakan oleh YAB
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 12
November 2012. 1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS)
bertujuan untuk memudah cara komunikasi orang awam dengan agensi
Kerajaan melalui konsep pusat panggilan setempat.1MOCC membolehkan orang
awam untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada
pelbagai agensi Kerajaan menggunakan satu nombor perhubungan tunggal,
03 8000 8000.
Friday, January 25, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment