Blogroll

Thursday, May 16, 2013

GST Malaysia Sudah Dilaksanakan? Setiap Pembelian Barangan Dikenakan Caj 4%?

GST
Ketika ini, GST Malaysia menjadi ketakutan rakyat malaysia terutamanya pengguna Internet apabila yang mula menyebarkan kononnya GST sudah mula dilaksanakan. Sudah dilaksanakan? Kenapa kami tidak tahu? Sebenarnya…..
Paling mudah untuk difahami atau diketahui samada nak tahu GST yang menjadi ketakutan rakyat Malaysia sekarang ialah pelaksanaan GST Malaysia perlu di bawah ke Parlimen terlebih dahulu. Di bawa ke parlimen pun belum, bagaimana mungkin mahu dilaksanakan GST Malaysia sekarang. Negara kita masih ada undang-undang.  Ok, itu yang pertama.
Dan ada pula yang menyebarkan GST Malaysia akan dilaksanakan hanya bersandarkan memo seperti di bawah ini :
GST Malaysia
Sebenarnya, masih ramai lagi yang salah faham, keliru dan tidak tahu membezakan di antara :
Goverment Service Tax (GST) VS Goods and Services Tax (GST)
Kedua-duanya adalah cukai yang berbeza :
  • Goverment Service Tax sebanyak 6% memang normal daripada dahulu sudah wujud, tidak silap kami sejak tahun 2011 lagi di mana ketika itu dikenakan caj sekitar 5% sebelum dinaikkan kepada 6% seperti yang dikenakan kepada anda sekarang.
  • Kalau anda pergi restoran seperti Nanos contohnya lagi cekik darah iaitu sehingga 10% yang mana dipanggil “Service Charge”
  • Manakala Goods and Services Tax pula masih belum dilaksanakan dan jikalau dilaksanakan pun kelak, had caj yang dibenarkan adalah sebanyak 4% untuk dikenakan untuk setiap pembelian.
  • Dan….dengan pengenalan GST maka Goverment Sales Tax (Cukai jualan) sebanyak 6% & Service Tax (Cukai perkhidmatan) 10% dijangka akan dihapuskan kelak
  • Ini bermakna cukai yang akan dikenakan untuk setiap perbelanjaan & pembelian adalah hanya GST 4%.
GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan  ke atas :
bil telekomunikasi internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax)
SST adalah cukai atas cukai. GST mahu hapuskan cukai atas cukai yang dikenakan ketika ini.
GST Malaysia 2013
Pihak Perbendaharan Negara sendiri melalui kakitangan mereka sendiri telah memberikan kenyataan cuma ada sedikit kekeliruan seperti kenyataannya di atas di mana :
  • Resit parking Tesco yang ditunjukkan
  • Jadi cukai yang dikenakan adalah cukai perkhidmatan bukannya cukai jualan seperti yang dinyatakan oleh kakitangan Perbendaharaan Negara
Sekali lagi, GST belum dilaksanakan lagi. GST kalau nak dilaksanakan memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 tahun kerana memerlukan persediaan daripada pelbagai pihak kedai runcit dan lain lain lagi dan GST yang dicadangkan adalah pada kadar 4% yang mana tidak melibatkan keperluan harian garam gula sabun & lain-lain.

sumber: beritasemasa.com

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...