Program SISC ataupun juga dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak awal tahun 2011. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".
Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah.
Program ini telah diadakan secara berperingkat, dengan 2 negeri perintis telah dimulakan di Kedah dan Sabah pada tahun 2011. Atas keberkesanan program SISC yang telah dijalankan, maka jawatan SISC+ akan diwujudkan mulai tahun 2013, dengan pelaksanaan nya adalah merangkumi seluruh negara.
Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.
Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah utk membimbing guru dlm aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.
Bidang Tugas SISC
1. Membina hubungan dengan guru dan membimbing guru di sekolah
2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh guru
3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah
Download Maklumat SISC+ dan FAQ
Download Brosur SISC+
Download Brosur SIPartner+
Faedah Yang Diterima oleh SISC
1. Peningkatan peluang untuk impak
Anda akan membina hubungan khusus dengan ~20 guru. Dengan membimbing 20 guru, anda boleh meningkatkan kualiti pengajaran sebanyak 20 kali ganda berbanding dengan seorang guru biasa
2. Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan anda adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran.
Selaku SISC+, anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa anda bekerja dengan guru, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang
3. Masa bimbingan berkualiti
Pertumbuhan profesional yang tidak dapat ditandingi
Program latihan yang boleh diakses sebanyak 15 hingga 20 hari dalam setahun. Di samping itu, anda akan diberi seorang Jurulatih Utama Peribadi yang akan bekerja bersama anda di PPD untuk membantu anda menjadi seorang pembimbing
4. Laluan kerjaya yang dipercepat
Selaku pendidik yang terbaik, SISC+ menikmati kemajuan kerjaya yang pesat melalui laluan kerjaya Cemerlang baharu *sedang dibangunkan dan dimuktamadkan
Syarat Memohon SISC
- Mempunyai pengalaman mengajar dalam subjek sekurang-kurangnya 5 tahun
- Berpengetahuan dalam subjek dan pedagogi serta memiliki BScEd/ BA(Ed)/ B.Sc dengan Dip Edu/ B.A dengan Dip Edu.
- Mengajar subjek pilihan utama (major/minor)
- Menunjukkan kemahiran pengajaran yang cemerlang
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan insaniah yang baik
- Bersedia untuk belajar dan mencuba cara dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terbaru dan inovatif
Download Maklumat SISC+ dan FAQ
Download Brosur SISC+
Download Brosur SIPartner+
0 ulasan:
Post a Comment