Lama fikir nak cari idea untuk update blog hari ni. Last2 terfikir mcm mana nak ubah icon pendrive yg lebih menarik berbanding yang sedia ada. So google punya google dapatlah sumber dari nabeelstories.com
efect yang dimaksudkan seperti di bawah bila korang cucuk je pendrive dalam laptop , dia akan jadi macam ni :
Style kan ? So dekat sana aku dah malas nak reka icon untuk pendrive aku , aku letak je banner blog ni sebagai icon . Cantik jugak engko !! Aku ada cari tutorial kat google tadi , tapi malangnya susah nak ikut . Apakata kali ni aku buat version aku sendiri ? Baik , ini dia cara2nya :
1. First , korang kena convert gambar yang korang nak jadikan sebagai icon . Format gambar tu mesti dalam.ico ye . Tak tahu macam mana nak convert ? Okay mula2 pergi sini dulu ---> ICO Converter
2. Lepas tu , akan keluar satu benda macam ni kan ?
Apa yang korang perlu buat , tekan "Choose File" dan pilih gambar yang korang nak upload , dan lepas tu terus tekan "Convert" . Jangan memandai ubah benda lain yang ada kat sana ok ?
3. Dah habis proses upload , nanti dia akan automatik download dengan sendiri gambar baru dalam format.ico . Dah tu , korang bukak pendrive korang , buat satu folder baru dan bagi tajuk "banner" . Contoh macam ni :
4. Lepas tu , korang pindahkan gambar .ico yang korang convert tadi ke dalam folder banner tadi . Faham kan ? Contoh macam di bawah :
Korang bagi je nama apa2 dekat gambar .ico korang . Letak nama sendiri lagi senang . Macam aku , aku letak nama "nabeel" je . Tengok gambar kat atas tu sebagai rujukan .
5. So sekarang korang buka pendrive korang , right-click lepas tu pilih "New" , dan kemudian pilih "Text Document" . Rujuk gambar kat bawah :
6. Lepas tu buka Text Document yang korang buat tadi . Text document tu masih kosong kan ? Haaa sekarang , korang copy kod bawah ni :
[autorun]label=NABEELicon=banner\nabeel.ico
7. Paste kod di atas pada ruangan Text Document yang korang buka tadi . So akan jadi macam ni :
8. Sekarang , korang perlu tukar nama kod seperti berikut :
Kod warna merah - Nama pendrive korang . Ikut sebijik macam nama pendrive korang ok ? Kalau huruf besar , buatlah huruf besar .
Kod warna ungu - Tak payah ubah . Sebab korang dah namakan file pada step nombor 3 tadi sebagai "banner" kan ? So jangan usik .
Kod warna hijau - Nama gambar icon korang .
9. Dah habis tukar kod tadi , korang nak SAVE pulak . Cara nak SAVE , korang tekan "File" , lepas tu pilih"Save As..." , lepas tu korang ubah nama file kepada autorun.inf . Bahagian "Save as type" tu korang pilih"All Files" ok ?
10. Lepas tu eject pendrive korang . Then , cucuk balik . Tengoklah perubahannya ! Hehee =)
Semoga berjaya !! Best ok try benda ni .
0 ulasan:
Post a Comment