Blogroll

Friday, February 28, 2014

APA ITU NEW DEALS ATAU BAI'AH?

APA ITU "NEW DEALS" ATAU "BAI'AH"

GANJARAN KEPADA GURU BESAR / PENGETUA.
1.       Penilaian  Ke atas Guru Besar / Pengetua Dilakukan Pada Penghujung Pusingan Tahun Penilaian Semasa Setelah Keputusan UPSR Diumumkan & Markah  SKPM Di Isi Ke Dalam Portal Oleh Guru Besar –
2.       PENCAPAIAN Guru Besar DIUKUR SEBAGAI SKOR KOMPOSIT
3.       SKOR GPS (70%) + SKOR SKPM (30%)
4.       Guru Besar  BERKHIDMAT DI SEKOLAH BERKENAAN  MELEBIHI 6 BULAN
5.       SEKOLAH LAYAK DINILAI DAN MELALUI SARINGAN APABILA;
6.       SKOR KOMPOSIT LEBIH 84% (Kategori 1)
7.       RANKING LONJAKAN SEBANYAK 2050 (Kategori 2)
8.       BEZA SKOR KOMPOSIT – 6.33 (Kategori 3)
VERIFIKASI KE ATAS  SEKOLAH BERJAYA SARINGAN  BERDASARKAN  PORTAL NKRA- TAWARAN BARU  AKAN DI LAWATI OLEH
1.       Nazir
2.       Bahagian Audit Sekolah
3.       JPN/PPD
4.       (sjk&panel lnpt negeri)
SYARAT PERAKUAN  LAYAK TERIMA GANJARAN
1.       Audit tanpa  berteguran (*pada tahun penilaian)
2.       Guru Besar bebas tindakan tatatertib
3.       lnpt Guru Besar melebih 90%
4.       Pencapaian linus lebih 90% (bagi sek.84%)
5.       Meningkat 50% dari  saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)
6.       Diperaku oleh jk panel penilai yg dipengerusikan oleh  KSU KPM.
TIADA TAWARAN BARU KEPADA
1.       Guru Besar/ Pengetua baru dilantik kurang dari 6 bulan pada tahun penilaian
2.       Guru Besar/ Pengetua sedang berkhidmat di sekolah baru yang belum ada  peperiksaan awam
3.       Guru Besar/ Pengetua akan bersara kurang 6 bulan pada tahun penilaian
4.       Guru Besar/ Pengetua tiada di sekolah melebihi 6 bulan secara berterusan.
SEKOLAH LAYAK TAPI TANPA GURU BESAR / PENGETUA
1.       Dengan syarat Guru Penolong Kanan menanggung kerja;
2.       Guru Penolong Kanan tanggung kerja Guru Besar melebihi 6 bulan
3.       Tawaran baru di beri kepada Guru Penolong Kanan tersebut
4.       Ganjaran diberikan secara prorata (proportionate) bukan sepenuhnya.
GANJARAN KEPADA GURU
Bagi sekolah yang GBnya mendapat ganjaran, guru-gurunya juga layak dipertimbangkan ganjaran dengan syarat:
1.       Guru tersebut telah berkhidmat di sekolah itu melebihi 6 bulan.
2.       Mencapai SKT/KPI mengikut LNPT dan bukan prestasi statik
3.       Bebas daripada Tindakan Tatatertib.
4.       Tidak meninggalkan sekolah melebihi 6 bulan untuk cuti tanpa gaji, sambung belajar dll.
5.       Tidak akan bersara dalam tempoh kurang 6 bulan pada tahun penilaian.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...