Blogroll

Monday, April 21, 2014

MARAN OH MARAN




Buat julung kali dalam hidupku aku berada di Daerah Maran. Pemergianku ke daerah ini untuk mendengar taklimat berkaitan Sekolah Kluster Kecemerlangan di Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Ini kerana sekolah ku iaitu SK Sungai Puteri telah dicalonkan untuk memohon menjadi sebuah sekolah kluster. 

Aku ke daerah ini bersama -sama dengan Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri. Oleh kerana taklimat ini akan berlangsung pada pukul 8:30 pagi, maka guru besarku telah mengambil keputusan untuk menginap di Daerah Maran. Kami telah memilih homestay yang berada di bawah selian Majlis Daerah Maran. Terdapat dua kategori bilik di homestay ini iaitu untuk VIP yang berharga RM220 semalam dan bukan VIP pada kadar biasa RM60 semalam. Sungguhpun begitu jumlah bilik untuk homestay ini agak terhad. Walau bagaimanapun, suasana pada sebelah pagi cukup menenangkan jiwa. Malah bagi kaki pancing amat sesuai untuk menginap di homestay ini kerana terdapat sebuah kolam di hadapan homestay ini.

Kesimpulan yang boleh aku buat setelah berada sekejap di Daerah ini adalah, Maran sebuah daerah yang tidak terlalu sibuk serta sukar untuk mencari tempat untuk menginap. Ini mungkin kerana ianya berhampiran dengan Daerah Temerloh yang jauh lebih pesat membangun.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...