Blogroll

Sunday, December 13, 2009

Kisah Teladan - PAKU

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. Ayah pemuda itu menyuruh pemuda itu memaku dinding di depan rumah mereka setiap kali pemuda itu marah.

Pada hari pertama sahaja pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya dan begitu juga dengan jumlah paku yang digunakan turut berkurang. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dengan mengetuk paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari di mana pemuda itu tidak marah walau sekalipun.

Dia memberitahu kepada ayahnya mengenai perkara itu dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh pemuda itu mencabut kembali pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda itu lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan perasaan penuh bangga.

Bapanya lantas memimpin tangan pemuda itu ke tembok tersebut lalu berkata " kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya".

"Tetapi ingatlah tak kisah beberapa kali kau nak memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Oleh itu janganlah cepat marah serta maaflah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita", jelas ayah pemuda itu.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...