Blogroll

Friday, April 9, 2010

2 orang kaya dan pemandu

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus dia panggil pemandunya si Pandir " Pandir, ini RM10, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."
Pandir pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Luncai. " Luncai, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"
Luncai: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.
Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
Pandir : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia beri aku RM10 dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Luncai : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la rumahnya!
!"


3 Sahabat Kemalangan

Tiga orang sahabat mati dalam sebuah kemalangan jalanraya dan pergi ke syurga untuk orientasi.
Mereka semua bertanya, “Saat kamu sudah mati, dan teman serta keluargamu berduka di sebelah mayatmu, kamu ingin mendengar apa yang mereka cakap?”
Orang pertama berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah seorang doktor yang hebat dan juga seorang ketua keluarga yang baik.”
Orang kedua berkata, “Aku ingin mendengar mereka berkata bahawa aku adalah suami dan guru yang baik yang memberikan impak positif yang besar bagi anak-anak di masa depan.”
Orang terakhir menjawab, “Aku ingin mendengar mereka berkata, “Lihat, ia bergerak!!!!


Thursday, April 8, 2010

Astro Byond

Hari ini,rumah aku telah pun dipasang Astro Byond perkhidmatan televisyen berbayar definisi tinggi atau yang mana turut dikenali sebagai HDTV di Malaysia. Untuk menikmatinya, aku hanya perlu membayar tambahan RM20 sebulan. Aku mendapat dekoder serba baru yang menyokong HDTV.

Saluran HD yang akan ditayangkan adalah dalam bentuk 1080i, tetapi buat masa ini, belum semua saluran yang disokong dalam bentuk HDTV lagi. Untuk fasa pertama, hanya beberapa saluran utama sahaja yang akan disokong dalam bentuk HD, iaitu saluran sukan, dokumentari dan filem. Saluran lain dijangka akan disokong secara berperingkat. Saluran-saluran rancangan tempatan dijangka akan disokong dalam bentuk HD pada fasa kedua kelak.

Aku memasang Astro Byond ini bukan semata untuk menunjuk-nunjuk atau riak TETAPI adalah mengikut peredaran zaman kerana aku pasti satu hari nanti semua pengguna astro akan menggunakan Astro Byond ini juga akhirnya.

Thursday, April 1, 2010

Perlawanan Persahabatan


Petang ini aku dan rakan-rakan sekerjaku di SK Sungai Puteri akan menghadapi perlawanan persahabatan bola sepak dengan staf SK Pontian. Debaran jelas terasa kerana hampir dua tahun lamanya kakiku ini tidak menyepak bola apatah lagi mahu berlari seperti masa mula-mula mengajar di SK Sungai Puteri.
Ini ditambah lagi dengan ketiadaan beberapa orang OTAI yang telah bertukar ke sekolah lain. Dengan barisan pemain baru aku rasa kami mungkin memerlukan lebih banyak perlawanan persabahatan jika ingin menjadi JUARA.
Apa-apa pun aku berharap paling tidak pun kami memperolehi keputusan yang tidak memalukan seperti pasukan Aston Villa ataupun pasukan Machester United di perlawanan Liga Juara-Juara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...