Blogroll

Thursday, April 8, 2010

Astro Byond

Hari ini,rumah aku telah pun dipasang Astro Byond perkhidmatan televisyen berbayar definisi tinggi atau yang mana turut dikenali sebagai HDTV di Malaysia. Untuk menikmatinya, aku hanya perlu membayar tambahan RM20 sebulan. Aku mendapat dekoder serba baru yang menyokong HDTV.

Saluran HD yang akan ditayangkan adalah dalam bentuk 1080i, tetapi buat masa ini, belum semua saluran yang disokong dalam bentuk HDTV lagi. Untuk fasa pertama, hanya beberapa saluran utama sahaja yang akan disokong dalam bentuk HD, iaitu saluran sukan, dokumentari dan filem. Saluran lain dijangka akan disokong secara berperingkat. Saluran-saluran rancangan tempatan dijangka akan disokong dalam bentuk HD pada fasa kedua kelak.

Aku memasang Astro Byond ini bukan semata untuk menunjuk-nunjuk atau riak TETAPI adalah mengikut peredaran zaman kerana aku pasti satu hari nanti semua pengguna astro akan menggunakan Astro Byond ini juga akhirnya.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...