Blogroll

Thursday, April 1, 2010

Perlawanan Persahabatan


Petang ini aku dan rakan-rakan sekerjaku di SK Sungai Puteri akan menghadapi perlawanan persahabatan bola sepak dengan staf SK Pontian. Debaran jelas terasa kerana hampir dua tahun lamanya kakiku ini tidak menyepak bola apatah lagi mahu berlari seperti masa mula-mula mengajar di SK Sungai Puteri.
Ini ditambah lagi dengan ketiadaan beberapa orang OTAI yang telah bertukar ke sekolah lain. Dengan barisan pemain baru aku rasa kami mungkin memerlukan lebih banyak perlawanan persabahatan jika ingin menjadi JUARA.
Apa-apa pun aku berharap paling tidak pun kami memperolehi keputusan yang tidak memalukan seperti pasukan Aston Villa ataupun pasukan Machester United di perlawanan Liga Juara-Juara.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...