Blogroll

Sunday, June 19, 2011

Buat ayahandaku yang amat kusayangi dan kasihi RAZAK BIN HAJI BAKAR.
Sesungguhnya beliau seorang bapa yang amat tegas namun penyayang.
Dek kerana ketegasannya itulah  aku jadi sepertimana sekarang. 
TERIMA KASIH ABAH.....

Monday, June 13, 2011

5 LANGKAH PUJUK SUAMI YANG MERAJUK

1. Beri masa
Terlebih dahulu berikan suami bersendiri atau tenang. Jangan tergopoh-gapah.
2. Pilih masa yang sesuai
Waktu yang terbaik adalah ketika di bilik sebelum suami tidur.
3. Mohon maaf
Minta maaf daripada suami jika rajuknya itu berpunca dari kesalahan isteri. Ketepikan ego.
4. Rayulah suami
Gunakan bahasa yang lembut, lebih perlu rayulah suami.
5 Beri hadiah
Pemberian barang yang cukup diidamkan sudah tentu menyejukkan hati suami. Atau lebih mudah “hadiahkan “ diri di malam hari untuk suami. Ini selalunya paling berkesan untuk memujuk suami.

Saturday, June 11, 2011

TIPS UNTUK ELAK AKAUN FACEBOOK DIGODAM

  1. Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. So, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
  2. Sila berhati-hati dengan aplikasi Android seperti FaceNiff. Aplikasi FaceNiff selalu digunakan oleh hacker untuk hijack akaun Facebook si mangsa.
  3. Sila aktifkan Https di akaun Facebook anda melalui setting Account Security di akaun Facebook anda.
  4. Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware.
  5. Gunakan perisian Anti-Virus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials atau Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  6. Gunakan perisian Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.

PAPARKAN AKAUN ADMINISTRATOR PADA WINDOWS 7 YANG TERSEMBUNYI

Baiklah pada post kali ini,saya akan berkongsi kepada pembaca-pembaca CK yang dikasihi sekalian cara bagaimanakah untuk memaparkan akaun Administrator pada sistem operasi Windows 7 anda.
Pertama sekali,buka Command Prompt pada komputer anda.Caranya ialah,klik pada butang “Start Menu” > All Programs > Accessories > Kemudian buka “Command Prompt” melalui “Run as Administrator”.Rujuk gambar di bawah.


Kemudian,setelah tetingkap Command Prompt dipaparkan.Taip command berikut :
net user administrator /active:yes
rujuk gambar di bawah.

Saturday, June 4, 2011

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Contohi Pengorbanan RASULULLAH

Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. Tetapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.

“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia…” Demikianlah bait-bait puitis yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan pasangannya Zaiton dalam filem Hang Tuah suatu masa dahulu. Kedengarannya amat mudah. Namun, hakikatnya hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.

Allah menjadikan setiap ciptaan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah juga keadaannya dalam rumah tangga. Isteri menjadi pelengkap suami, sementara suami pula menjadi pelengkap isteri. Justeru, mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa ‘pengorbanan’ itu perlu dilakukan bagi memastikan keluarga yang dibina lengkap, ataupun setidaktidaknya berada dalam keadaan sejahtera.

Wabak E.coli kini di 12 negara

pix_gal0
Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya


GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.
WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...