- Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. So, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
- Sila berhati-hati dengan aplikasi Android seperti FaceNiff. Aplikasi FaceNiff selalu digunakan oleh hacker untuk hijack akaun Facebook si mangsa.
- Sila aktifkan Https di akaun Facebook anda melalui setting Account Security di akaun Facebook anda.
- Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti
http://goo.gl/M3lNj
,http://bit.ly/Y97B
,http://adf.ly/Zpk
dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware. - Gunakan perisian Anti-Virus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials atau Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
- Gunakan perisian Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
- Selalu scan komputer anda dengan perisian Anti-Virus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
- Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti
askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}
. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password. - Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
- Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
- Jangan menggunakan talian Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
- Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web
jiwang.org
dan sebagainya. - Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan
Info
di Akaun Facebook anda. - Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya. Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
- Jangan online Facebook anda di kafe siber.
- Jangan menjadi mangsa keylogger. Sila gunakan perisian Anti-Virus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada
keylogger
yang menusup masuk ke sistem komputer anda. - Jangan install sebarang perisian
crack
ke dalam komputer anda. Jika hendak crack sebarang perisian, gunakanserial number
dan bukannyakeygen
. - Jangan mencari gaduh dengan hacker atau penggodam.
- Untuk anda yang memiliki Facebook Fan Page, kalau boleh jangan pamerkan Page Owner di sidebar kiri Facebook Fan Page anda sebagai langkah keselamatan.
- Bagi yang memiliki Facebook Fan Page sendiri, sila pastikan semua admin Fan Page anda itu mengikuti tips yang tertera di atas ini bagi mengelakkan Facebook Fan Page anda mudah digodam.
Saturday, June 11, 2011
TIPS UNTUK ELAK AKAUN FACEBOOK DIGODAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment