Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di
Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi
jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui
sebelum ini.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3.
Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi =
doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam
masa serentak.
5. Apa yang
diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh
dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman
kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada
sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah
teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di
dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..
8. Tempat
yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan
aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah
bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur
dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan
terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.
11.
Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat
secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini
bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.
Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13.
Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14.
Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan
haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.
15. Selepas
selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.
0 ulasan:
Post a Comment